-->

Antara 6 Kes Pembunuhan Yang Menggemparkan Malaysia!

Nurul Nadhirah, 5, ataupun dikenali sebagai Dirang hilang pada dan ditemui mati dibunuh dan dibakar dalam sebuah lubang di tapak perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini pada 8 Mac lalu. Kanak-kanak itu sebelum ini dilaporkan hilang pada 1 Mac lepas ketika keluar membeli mi segera dan telur di sebuah kedai runcit di kawasan flat kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.





Nurin Jazlin : Tarikh Pembunuhan : Antara 20 Ogos 2007 - 17 September 2007( ditemui ) 
Gadis yang berusia lapan tahun itu dilaporkan hilang selepas die pergi ke pasar basah berhampiran rumahnya untuk membeli klip rambut pada malam 20 Ogos 2007 di KL. Walau bagaimanapun, mayat mangsa ditemui di dalam sebuah beg pada pagi 17 September 2007. Mangsa ditemui telanjang, dalam kedudukan janin dengan timun dan terung disumbat ke dalam kemaluannye. Siasatan telah dijalankan, tetapi sehingga hari ini pihak polis masih gagal mengesan pembunuh

 Altantuya Shaariibuu : Tarikh pembunuhan : 18 Jun 2006 
Mayat Altantuya telah diletupkan sehingga menjadi cebisan dan ditemui bertaburan berhampiran Empangan Tasik Subang di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam, Selangor. Altantuya telah ditembak dua kali sebelum bom jenis C-4 diletupkan pada mayatnya. Mahkamah mengambil masa 159 hari untuk menyelesaikan kes berkenaan dimana tertuduh, Sirul Azhar dan Azilah dijatuhi hukuman mati


 Sosilawati Lawiya  : Tarikh pembunuhan : 30 Ogos 2010 
Jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya telah dibunuh bersama-sama dengan peguam, penasihat kewangan dan pemandu beliau apabila mereka membuat perjalanan ke Banting untuk berunding berhubung perjanjian tanah. Keempat-empat mangsa yang dilaporkan hilang, dipukul sehingga mati dan mayat kemudiannya dibakar. Abu mayat bertaburan di sepanjang sungai berhampiran Ladang Gadong di Tanjung Sepat, dekat Banting. Buat masa ini seorang peguam, N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyalagan, R Matan dan R Kathavarayan dituduh melakukan pembunuhan itu

 Canny Ong : Tarikh pembunuhan : 14 Jun 2003 
Canny telah diculik dengan diacukan sebilah pisau ke arahnya, di kawasan meletak kenderaan di kompleks membeli-belah Bangsar. Kemudian mangsa dirogol, ditikam dan dicekik sebelum di buang ke dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya. Penyerangnya, Ahmad Najib Aris kembali sehari kemudian untuk membakar mayat mangsa. Ahmad Najib kemudiannya menerima hukuman gantung sampai mati 




Mazlan Idris : Tarikh Pembunuhan : 18 Julai 1993 ( 10-12 malam ) Mangsa,Mazlan Idris yang juga merupakan ADUN Batu Talam, ingin meningkatkankerjaya politiknya meminta bantuan Mona. Semasa upacara ‘pembersihan’,mangsa diarahkan berbaring di atas lantai menghadap atas, manakala Monameletakkan bunga kepadanya. Mangsa kemudiannya diarahkan untuk menutupmata dan menunggu ‘wang jatuh dari langit’. Pembantu Mona, Juraimi Hassankemudian memenggal kepala mangsa dengan sebilah kapak sebelum mayatnyedikerat kepada beberapa bahagian. Mayat mangsa dijumpai dalam 18 keratan,dikebumikan di stor berhampiran dengan rumah Mona di Pahang

LihatTutupKomentar