-->

Bekas Mr. Universe Sambut Ulangtahun Kelahiran Ke-100, Rahsia Panjang Umur Ialah ‘Jangan Serius’

Sambil memperagakan ototnya dan tersenyum menampakkan gusi yang tidak bergigi, bekas penyandang gelaran Mr. Universe yang juga dikenali sebagai ‘Pocket Hercules’ menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-100. Dan rahsia umur panjang lelaki sasa ini yang pernah bertarung dengan kemiskinan, tempoh dalam penjara dan satu serangan strok kecil – ialah dengan tidak mengambil serius tentang kehidupan.Manohar Aich, si bertubuh kecil dengan ketinggian 4 kaki 1 inci, menempuh pelbagai halangan untuk menjadi juara dalam bidang bina badan. Dilahirkan di pekan kecil Comilla di Bengal, dia tertarik untuk bersenam dan membina otot semasa masih bersekolah dapabila melihat perlawanan gusti.
 Setelah menghabiskan persekolahan pada tahun 1942, dia menyertai tentera udara diraja di bawah pemerintahan British dan dari situ dia meneruskan impian dan menyertai sukan bina badan. Digalakkan oleh seorang pegawai tentera British bernama Reub Martin, yang memperkenalkan dia kepada acara angkat berat, Aich mendapat pujian tentang badannya dari pasukan tentera udara. Bagaimanapun, beberapa tahun kemudian dia dimasukkan dalam penjara kerana menentang penindasan penjajah. Dia berkata:
Saya berlatih angkat berat dengan serius semasa dalam penjara. Ia membantu saya untuk bersedia bagi kejohanan dunia. Dalam penjara saya berlatih sendiri, tanpa apa-apa alatan, selama 12 jam sehari.
Pihak berkuasa penjara sangat kagum dengan semangatnya, dan untuk itu dia diberikan diet istimewa untuk membantu staminanya dan pada kemerdekaan India tahun 1947, Aish dibebaskan dari penjara. Dibelenggu kemiskinan, Aich dan isterinya berusaha untuk menyekolahkan empat anak mereka. Tidak terdapat banyak wang untuk menyokong hobi Aish dalam bina badan, jadi dia bekerja sampingan untuk terus melakukan hobinya.
Dia memenangi gelaran ‘Mr. Hercules’ pada tahun 1950 dan dari situ menyertai kejohanan Mr. Universe di London tetapi mendapat tempat kedua. Dia membuat keputusan untuk terus tinggal di London bagi menyertai kejohanan tahun berikutnya dan berjaya menyandang gelaran Mr. Universe pada tahun 1952.Enam dekad kemudian, Aich masih ke gimnasium untuk membantu anak-anak lelakinya mengusahakan pusat kesihatan dan menghabiskan masa melatih remaja-remaja untuk memiliki badan sepertinya.

Credit :Amazing
LihatTutupKomentar