-->

Jaga Merogol Budak Bawah Umur!


GEORGETOWN: Seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tiga tuduhan merogol seorang gadis bawah umur berusia 14 tahun, pertengahan bulan lalu.
Tertuduh, Shahrizan Zakaria, 19, dari Sungai Nibong Setia, Kota Setia, Perak, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 5 petang hingga 6 petang, 17 September lalu di dalam bilik sebuah hotel bajet di Lorong Muda di sini.
Shahrizan didakwa melakukan kesalahan sama dua kali lagi iaitu antara jam 8 malam dan 9 malam serta antara 9 malam dan 10 malam pada tarikh dan tempat sama.

Sitarun Nisa kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Oktober ini untuk sebutan semula kes bagi memberi peluang tertuduh melantik peguam.

"Harapkan pagar, pagar makan padi" 
LihatTutupKomentar