-->

SMARTPHONE yang terbaik bakal keluar untuk 2014.!

Samsung Galaxy S5

Bagi ramai, telefon pintar terhangat yang akan muncul tidak lama lagi sudah pasti Galaxy S5 dan kemanakah arah tuju Samsung selepas Galayx S4 yang sudah serba lengkap dan kemudian hadir pula Galaxy Note 3 dan selepas itu Samsung membalas kritikan semua dengan memperkenalkan Galaxy J yang hadir dengan reka bentuk keluli.

Galaxy S5 yang akan dilancarkan tahun hadapan sudah mula mencuri tumpuan dengan banyak khabar angin melaporkan ianya akan dilengkapi dengan skrin paparan QHD 5.25-inci dengan resolusi 2560 x 1440 (560ppi) yang bermaksud skrinya akan memberikan gambar yang tajam dan jelas. Selain itu,dari segi spesifikasi dalaman kami menjangkakan ianya akan sekurang-kurangya menyamai Galaxy Note 3 dan Galaxy J dengan pemproses Snapdragon 800 dan 3GB RAM. Selain itu, seperti dikatakan sebelum ini, Galaxy S5 mungkin akan mempunyai reka bentuk berasaskan keluli memandangkan model HTC One yang hadir dengan reka bentuk besi ini mendapat sambutan hangat.

Samsung Galaxy S5 dijangka akan mula dijual dipasaran mulai bulan April dengan majlis pelancara dikatakan akan diadakan pada bulan Februari di MWC.



Apple iPhone 6

iPhone 6 dijangka akan menjadi satu titik perubahan baru bagi Apple apabila model ini dijangka akan hadir dengan skrin paparan yang lebih besar sekaligus memberikan pengguna sesuatu yang baru pada telefon pintar Apple ini memandangkan skrin paparan iPhone 5s hanya berukuran 4-inci. Skrin paparan 4-inci ini boleh dikatakan ketinggalan jauh jika dibandingkan dengan gergasi telefon pintar Android seperti Galaxy S4 dan Galaxy Note 3. Apple iPhone 6 dijangka akan dilancarkan pada bulan Oktober 2014 dan akan menjadi antara peranti terbaik tahun hadapan. Antara spesifikasi yang disebut ialah kamera 12MP iSight, pemproses A8, iOS 8 dan kapasiti bateri yang lebih besar.


HTC M8/ HTC ONE 2

Sejak bulan Julai tahun ini kita sudah sedia maklum bahawa telefon pintar utama HTC yang seterusnya dikenali sebagai HTC M8 iaitu pengganti kepada HTC M7 yang sudah dilancarkan sebagai HTC One. Dengan HTC mengeluarkan kenyataan bahawa nama ikonik “One” akan kekal kami menjangkakan generasi kedua HTC One ini akan dikenali HTC One 2 ataupun HTC One (2014).

HTC One yang baru ini dikatakan akan dilancarkan pada bulan Februari 2014 namun bukan pada Mobile World Congress 2014 namun beberapa minggu selepas tamatnya acara tahunan itu.

Dari segi spesifikasi, HTC akan melengkapkan M8 dengan pemproses Snapdragon 800, skrin paparan 5-inci 1920 x 1080 piksel dan disertakan dengan Android 4.4 KitKat bersama-sama Sense 6.0 sekaligus memberikan cabaran hebat kepada telefon pitar lain. HTC One 2014 juga dijangka akan mengekalkan reka bentuk berasaskan keluli yang memang popular.

Sony Xperia Z2

Sony dijangka akan menjadi pengeluar pertama yang akan mengumumkan barisan telefon pintar utama mereka. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Sony Mobile berusaha keras untuk menguasai tangga teratas pasaran Android dengan pelancaran telefon pintar utama setiap 6 bulan. Tahun ini kita melihat Xperia Z dan Xperia Z1 dilancarkan dan kami menjangkakan pada CES 2014, Sony akan memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru yang dikenali sebagai Xperia Z2 yang dikenali dengan kodnama Avatar.

Reka bentuk telefon pintar siri Xperia Z memang amat menarik dan Xperia Z2 pasti mengekalkan reka bentuk yang sama dengan reka bentuk yang lebih nipis.

Dari segi spesifikasi dalaman, Xperia Z1hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 800 dan berkemungkinan dengan 3GB RAM manakala skrin pula dijangka bersaiz 5.2 inci untuk menyaingi LG G2 dan Galaxy S5. Sony juga mungkin membekalkan sokongan video 4K pada kamera Xperia Z2 memandangkan Sony akan melancarkan TV 4K.

Setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarakan daripada Sony mengenai model Xperia Z2 ini namun dengan Sony dijadualkan akan mengadakan sidang media pada 6 Januari di CES 2014 kami menjangkakan Xperia pasti menjadi salah satu agenda utama kelak.


Nokia Lumia 929

Nokia pada tahun ini dikatakan sudah berada dilandasan terbaik untuk mengembalikan zaman kegemilanganya dan Windows Phone kini merupakan sesuatu yang boleh bersaing dengan telefon pintar Android sejak 12 bulan kebelakangan ini. Peranti terbaik setakat ini adalah Lumia 1520 yang hadir dengan skrin paparan dan memori simpanan dalaman yang baik.
Lumia 929 dikatakan merupakan satu lagi model harapan Nokia dan walaupun setakat ini, Lumia 929 dikatakan hanya akan hadir untuk syarikat telekomunikasi Amerika Syarikat iaitu Verizon, ini merupakan model yang boleh memenuhi barisan model Lumia. Lumia 929 ini dikatakan akan hadir dengan skrin paparan HD penuh 5-inci dan kamera 20MP PureView yang pasti menarik perhatian pengguna telefon pintar Android.
Jika Lumia 929 ditawarkan kepada pasaran utama dunia kami pasti ianya akan menawarkan kesemua ciri terbaik daripada Lumia 1520 namun dengan reka bentuk dan saiz skrin yang lebih selesa digunakan oleh pengguna menjadikanya model yang menarik.

P/s : admin fan of samsung....!! credit to mobile88(dot)com
LihatTutupKomentar