-->

Gambar Salji Turun Di Vietnam 15 Disember 2013

Gambar salji turun di Vietnam pada 15 Disember 2013. Fenomena salji jatuh di utara Vietnam terutamanya di pergunungan Sapa bukanlah perkara pelik kerana salji pernah dilaporkan turun beberapa kali pada setiap tahun iaitu pada 19 Disember 2011 dan 13 Disember 2012. Terkini pada ahad 15 Disember 2013, salji dilaporkan turun lagi mulai jam 9.30 pagi sehingga suhu jatuh ke paras beku pada pukul 11.30 pagi di pergunungan Sapa, wilayah Lao Cai dan Ha Giang. Untuk info, hanya kawasan utara Vietnam terutamanya pergunungan Sapa mengalami salji untuk hampir setiap tahun pada bulan Disember. Sapa juga adalah salah sebuah bandar yang menjadi daya tarikan pelancong untuk merasai fenomena salji pada setiap musim sejuk. Vietnam merupakan negara yang mempunyai iklim unik dimana kawasan selatan beriklim Tropika manakala bahagian utara iaitu hanya di Sapa beriklim sejuk atau dingin.






Gambar Salji Turun Di Pergunungan Sapa Utara Vietnam 15 Disember 2013


LihatTutupKomentar