-->

Update Samsung note 2 ke Android 4.3 Jelly Bean .

Admin baru je update note 2 ke Android 4.3 Jelly Bean .. sebenarnya dari 20/11/2013 lagi Android Jelly Bean ini boleh didapati  pengguna Galaxy Note 2 LTE (GT-N7105) cuma admin saja yang agak bz sikit... pendek kata tak up2tdate la... Untuk pengetahuan anda, pengguna Samsung Galaxy Note II tidak pernah menerima sebarang kemaskini Android sejak phablet ini dilancarkan tahun lalu. Sehingga kini, pengguna Galaxy Note II masih menggunakan Android 4.1.2 Jelly Bean. Seperti Galaxy S III, Samsung tidak pernah melakukan sebarang ujian menggunakan Android 4.2.2 Jelly Bean bagi kedua-dua model Samsung yang dilancarkan tahun lalu.

Perbezaan yang dapat dirasai .


  1. Android 4.3 ini lebih stabil dan pantas
  2. Icon lebih cantik dan tersusun ( seperti Samsung  Note 3)
  3. Terdapat banyak perubahan pada sistem operasi ini berbanding Android 4.1.2 Jelly Bean. Samsung telah memperkenalkan reka bentuk UI yang sama seperti Galaxy S4 dan Note 3 
  4. Beteri lebih tahan lama ( pendapat admin)
  5. Galaxy Note II melalui Android 4.3 Jelly Bean ini ialah Samsung KNOX, sokongan ‘TRIM’ yang membolehkan peranti berfungsi dengan lebih pantas dan penggunaan RAM yang lebih baik




Terdapat dua cara untuk mengemaskini telefon pintar anda kepada Android 4.3 Jelly Bean secara rasmi iaitu melalui perisian Samsung KIES atau melalui OTA. Untuk kemaskini melalui OTA anda perlu mengikut langkah-langkah ini tekan Settings > More > About Device > Software update > Update.
Selepas kemaskini ini ditawarkan, Samsung dikatakan akan mula mengalihkan perhatianya untuk menawarkan Android 4.4 KitKat yang telah dilancarkan awal bulan ini bersama-sama Nexus 5 dan peranti Samsung pertama yang akan menerima Android KitKat ialah Galaxy S4.


LihatTutupKomentar