-->

Ganti rugi saman Johan diketahui 28 April



24 Jan – Berhubung kes saman pelakon dan pelawak, Johan terhadap seorang pengarah dan syarikat penerbitan, Mahkamah Tinggi telah menetapkan tarikh 28 April depan untuk perbicaraan taksiran ganti rugi.
Dipetik dari Sinar Harian, perkara itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Su Geok Yiam di kamarnya dengan dihadiri peguam Johan iaitu Suhaimi Saad dan Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz dan peguam Mohd Javed Mohd Nizar dan syarikat Juara Filem Production Sdn Bhd, Baljit Singh.
Pada 7 Januari lalu, mahkamah telah membenarkan tuntutan saman Johan.
Sebelum ini, Johan dan isterinya Rozlinawaty telah memfailkan saman menuntut RM1 juta sebagai ganti rugi pada 18 Julai 2010 terhadap Mohd Javed dan syarikat penerbitan itu dengan mendakwa Mohd Javed telah mencederakan Johan dengan membaling gelas kaca sehingga Johan mengalami kecederaan di dahu kirinya ketika mereka berjumpa di sebuah restoran di Sikamat, Seremban pada 11 Mei 2010.
LihatTutupKomentar