-->

Justin Bieber ditahan


24 Jan – Penyanyi popular Justin Bieber telah ditahan polis kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah selepas dilihat berlumba kereta di kawasan perumahan Pine Tree Drive, Pantai Miami, Florida.
Menurut laporan AP, pihak polis berkata Bieber yang memandu kereta Lamborghini berwarna kuning kelihatan mabuk ketika itu dan gagal menunjukkan lesen memandu yang sah serta melawan daripada ditangkap tanpa menggunakan kekerasan.
Bieber, 19, yang turut gagal ujian pemeriksaan tahap alkohol dikatakan mengaku kepada polis bahawa dia telah mengambil alkohol, ubat yang dipreskripsi dan menghisap ganja sebelum itu.
Rakan Bieber, penyanyi rap Khalil Amir Shareff turut ditahan oleh polis dan berhadapan dengan dakwaan yang sama.
Beberapa jam selepas ditahan, pelantun lagu "Beauty And A Beat" ini yang diwakili oleh peguam Roy Black telah hadir ke mahkamah dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak AS$2,500 (RM8,329).
Ini bukan kali pertama Bieber berhadapan dengan masalah undang-undang. Minggu lalu kediamannya di Los Angeles telah digeledah oleh polis bagi mencari bahan bukti untuk kes membaling telur ke rumah jirannya. Walaubagaimanapun polis telah menemui dadah dan menahan rakannya, Lil Za.
Bieber dituduh membaling telur ke rumah jirannya sehingga menyebabkan kerosakan ribuan dolar.
Sebelum itu ada sumber mengatakan beberapa orang penting dalam hidup Bieber merayu agar dia ke pusat pemulihan, tetapi Bieber enggan mengikut nasihat mereka.
LihatTutupKomentar