-->

Seks boleh cegah penyakit jantung !


Seronok pasangan baru berkahwin apabila baca keputusan hasil kajian saintis terbaru ini. Rupa-rupanya selain daripada membakar 120 kalori, hubungan intim di kalangan suami isteri atau seks juga boleh mencegah daripada beraneka jenis penyakit merbahaya terutamanya penyakit jantung!

Yayasan Jantung UK menemui bahawa aktiviti seks yang dilakukan selama 30 minit setiap hari boleh menguatkan jantung dan paru-paru.

Bukan sekadar menguatkan jantung dan peparu, malah seks juga didapati bermanfaat untuk mengurangkan sakit kepala (migraine) dan mengurangkan risiko barah prostat di kalangan para lelaki.

Kajian yang dilakukan oleh University Nottingham dapati bahawa lelaki berusia 50 tahun yang masih aktif lakukan seks kurang terdedah kepada risiko barah prostat.
LihatTutupKomentar