-->

Bapa Kepada Enam Anak Didakwa Di Mahkamah Selepas Dituduh Rogol Kanak-Kanak Umur 12 Tahun

Bapa enam anak didakwa melakukan kesalahan merogol kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun kira-kira tiga tahun lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Ayer Keroh, hari ini.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa yang merupakan rakan adik di sebuah rumah di Umbai, Jasin, antara jam 1 tengah hari dan 4 petang, pada Februari 2014 lalu.

Tertuduh berusia 32 tahun bekerja sebagai pemetik kelapa didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 30 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.




Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM15,000 oleh Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Nora Yaacob, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kes disebut semula pada 13 Disember bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.


sumber:bernama


LihatTutupKomentar