-->

Jaan punching bag full part 1-15 ( 11 )


Terima kasih utk semua sokongan dari readers. Sy sangat terharu sebab ramai yg sayangkan sy di luar sana. Ramai yg ambil berat pasal diri sy. Jangan risau sy masih ok dan baru saja ok. Sy sibuk sekarang ni membina kehidupan yg baru. Seperti yg sy cakap sy tidak akan membuat sebarang laporan polis atau apa2 tindakan. Sy sudah maafkan semua orang di dalam penceritaan ini. Biarlah menjadi iktibar buat kita semua. Kepada ibu2 yg sayangkan anak mereka jangan sesekali tinggalkan anak dengan bapa penagih. Sy tiada pilihan masa tu, apa yg sy ingat cinta mamy hanya sementara. Kepada kamu semua yg ada kehidupan di hari ini jalanilah hidup dengan seindah-indah kehidupan. Kisah "jaan punching bag" tinggal beberapa episode lagi. Sy berterima kasih kepada penulis cerita kakak Andrea, kepada Elli pemenang cover pilihan dan kepada semua readers yg sy sayangi. Terima kasih utk doa kalian dan kata2 semangat...



'Yang baik itu datangnya dari ALLAH, yg jahat itu datangnya dari manusia... Ya Allah.. Ya Rabbi.. maha memberi dan lebih mengetahui..'

Shakid bilang kami akan ke pakistan minggu depan. Tiada apa perlu di fikir.. apa lagi tentang duit. Semua shakid yg atur. Sy hanya ikut. Sekarang ni shakid tidak memukul lagi malah terus memberikan kasih sayang yg melebih-lebih

Shakid: kesian jaan...

Shakid menangis sambil pegang muka sy dan lengan yg penuh dengan lebam. Shakid menitiskan air mata.. Air mata? Apa nilai sebenar air mata? Sy pun terikut menangis sebab teringat tangan yg membelai ini adalah tangan yg hingap pedih di badan. shakid peluk sy penuh kasih

Shakid: jaan abg minta maaf sy tidak mau sakiti jaan lagi. berapa kali pun sy cakap tidak mau sakiti jaan sy tetap terpukul. sebab sy tidak dapat kawal emosi. Jaan jangan benci sy.. Jaan cinta sy yaa...? jaan jangan pergi tinggalkan sy... sy cintakan jaan seorang ja
Sy: hmmm..

Sy hanya diam tanpa suara. Malas mau bercakap lagi. kalau sy bersuara tetap akan terjadi juga. Memukul ni bukannya sekali dua. Sudah berkali-kali. Badan ini sudah ada coraknya sendiri. Luka semalam belum sembuh lagi tapi akan di tambah corak lagi. Air mata yg menitik adakah orang bersimpati?? Orang pun tidak tahu keadaan sy macam mana. Siapa yg boleh tolong budak bodoh macam sy? Sekolah pun tiada.. Apa pengetahuan pun tidak ada. Apa lagi belajar undang-undang negara. Sy hanya percaya apa yg ada depan mata iaitu sy ada dady dan suami. Sy tiada sesiapa lagi

Dari petang tadi sy menunggu shakid pulang. Tiada. Sy call shakid, dia bilang tidak mau balik malam ni. Ada urusan. hmmm



Sy: urusan apa bang?
Shakid: Jaan sy sangat menyesal sebab selalu pukul jaan. Hari ni sy betul2 nampak keadaan badan jaan sangat teruk. Sy menyesal!
sy: abg di mana ni?
shakid: abg tidur di rumah kak niz malam ni. Jangan cari sy malam ni. Sy cuba tenangkan diri. Sy tidak mau sakiti jaan lagi.. hati sy pun sakit
Sy: kenapa begitu..? balik lah sy sudah maafkan abi..
Shakid: tidak jaan. malam ni saja. sy mahu pisah dulu sama jaan.. sy mau rasa tidak dekat sama jaan supaya sy berfikir tidak sakiti jaan
Sy: ok..

Kak niz call sy juga. Dia bilang memang shakid tidur di rumah dorang malam ni. Kak niz bilang muka shakid kecewa betul ni. Kak niz tanyalah apa masalah kami. Sy cerita sedikit ja supaya perkara tidak menjadi besar. Kak niz terkejut juga sebab shakid tampar sy. Sy hanya cerita shakid tampar.. selebihnya biar sy simpan utk memori sendiri. Kak niz tidak sangka perangai shakid begitu rupa. Sebab shakid yg dorang kenal seorang yg baik. Biarpun shakid tegas tapi semuanya bertempat. Memang tidak ada seorang pun percaya shakid orangnya kuat memukul. Kalau sy cakap dia buat begitu begini.. semua itu adalah kesalahan sy. Tiada orang akan percayakan sy...

Selepas kak niz tahu yg shakid pernah tampar sy.. kak niz cuba nasihatkan shakid jangan buat begitu lagi. Shakid cuba berubah sebab dia pun tidak mau menyakiti sy lagi. Haraplah nasihat kak niz tu dia dengar

Malam yg dingin. Mungkin betul jugalah tindakan shakid pisah satu malam ni. Biar shakid fikir apa masalah kami di sini. Malam ni sy sangat tenang tidur dengan shanji. Sy belai muka anak.. teringat inilah muka shakid

Shakid apa pun yg kau buat dengan sy kenapa hati sy masih cintakan kau? Demikian rupa pun kau mencintai sy melebihi segalanya. Tapi kenapa perlu ada keganasan dalam perhubungan kita? Sy takut dengan rumah sendiri. Takut pada suami sendiri..

Begitu besarkah cinta? Sy pandang muka di cermin seteruk gambaran cover album ini lah wajah sy. Bila sy di hias dengan kasih sayang maka cantiklah sy. Bila masa sy di dera maka gambaran wajah di sebelah itulah jaan

pagi

Sebagai seorang isteri sy masih mengharap shakid akan berubah menjadi suami yg baik. Sy dan shanji baring di ruangtamu. Hati tetap risau dari semalam shakid tidak pulang

Shakid baru sampai. Muka yg sayu..

Sy sambut di depan pintu. Ciuman penuh kasih dan cinta kembali lagi. Shakid peluk sy menangis sekuat hati

Shakid: i'm sorry jaan.. Sy sayangkan jaan. Sy tidak dapat kawal kemarahan sy. Sy tidak mau pukul jaan lagi
Sy: abg.. sy risau dari semalam abg tak balik
Shakid: sy tidak boleh pisah dengan jaan. sy sudah rasa.. hati sy makin sakit
Sy: sudahlah.. jaan sudah maafkan abi

Shakid peluk sy penuh kecintaan. Bersemarak lagi cinta kami. Mulai hari ni sy akan dengar cakap shakid. Kalau benda yg menyakitkan hati dia sy tidak akan buat lagi. Sy cukup menyayangi keluarga kami. Sudahlah anak masih baby.. shanji dan shakid adalah orang yg memberikan sy rasa masa depan itu lebih cerah di sana...

Sy: lain kali jangan tidur luar lagi ok?
Shakid: jaan pun rindu abi?
Sy: (angguk kepala. Menangis. Entahlah..)
Shakid: jaan jangan menangis...

Shakid menangis. Sy dalam pelukannya menangis. Terasa kesakitan puncing bag hilang lagi. Shakid membelai manja lagi..



Sy: abg kahwinlah satu lagi..?
Shakid: kenapa jaan suruh sy kahwin lain?
Sy: sy sudah tidak tahan layan abg. Sy penat urus anak.. urus rumah.. lagipun sy kena operate. Luka dalaman masih belum sembuh. sy tidak tahan
Shakid: jaan sampai hati jaan cakap begitu.. Sy tidak mau kawin lain. Sy maukan jaan seorang ja
Sy: abg carilah perempuan lain..
Shakid: Jaan sy sudah bilang berkali-kali.. sy ada duit. Bila-bila masa sy boleh cari perempuan tapi sy masih ada akal fikiran. Sy takut ada penyakit dan dosa. Sy tidak pernah s*ks selama ni. Sy tahu pun selepas kahwin dengan jaan
Sy: hmm...
Shakid: jaan bersyukurlah Abi setia sama jaan. Lelaki di luar sana banyak main perempuan sebab bosan dengan isteri mereka..
Sy: jaan penat bah.. abi kuat mau bersama..
Shakid: jaan kita akan hantar shanji p pakistan. Jaan lepas ni tidak akan penat lagi. Jaan tidak perlu risau sebab abi akan tolong jaan buat kerja rumah. Jaan hanya perlu jaga abi seorang...
Sy: tak taulah.. sy takut sakit dalaman sy ni..
Shakid: tidak jaan. lepas ni pasti semua ok. Jaan taukah bila jaan layan abi.. abi semangat kerja
Sy: hmmmm....
Shakid: jaan hanya layan abi saja. yang lain abi tolong jaan ok? jaan pun sudah kena suntik perancang lepas ni tidak akan mengandung lagi
Sy: kenapa shanji di hantar ke pakistan?
Shakid: biarlah keluarga yg jaga. kita hidup berdua di sini dulu. Bila shanji sudah mau sekolah baru dia sekolah di sini..
Sy: sy tidak mau pisah sama anak
Shakid: jangan risau shanji akan di jaga dengan baik di sana. keluarga sy di sana kaya pasti dia hidup mewah jaan...
sy: hmmm...

Shakid: sy sayang jaan...
Sy: hmmm...

Hari berganti hari. seminggu sudah berlalu

Shakid: jaan esok kita p pakistan
Sy: ok
Shakid: Jaan akan jumpa semua keluarga sy di sana..
Sy: ok

Tiba lah hari kami pergi ke pakistan. Kami transit dari KL baru ke Lahore pakistan. Perjalanan yg agak jauh mengambil masa berjam-jam. Harga tiket pun bukannya murah. Sy hanya ikut shakid. Shanji pun di bawa bersama

Menurut Shakid tujuan utama kami ke pakistan sebab mau hantar baby shanji di sini. Shanji akan di besarkan di sini. Biar shanji hidup di sini sebab keadaan lebih selesa. hmmm hati sy makin sedih berpisah dengan anak. Shanji baru berusia 5 bulan. kesian kau anak

Sy: abg sy boleh jaga anak kita di sini
shakid: biarlah keluarga sy yg jaga. di sana kehidupan lebih baik dan selesa. Jaan jangan risau kalau jaan rindu kita akan balik sini ataupun shanji akan di bawa ke sini
Sy: hmm...
Shakid: jaan.. jangan sedih ok. shanji pasti ok

Setibanya di bandar Lahore, Pakistan

Sebuah bandar yg besar dan pesat dengan pembangunan yg maju. Sepanjang perjalanan tadi bahasa yg di gunakan english dan Hindi. Kedua-dua bahasa sy tidak mengerti. Sy hanya ikut rentak. Shanji dalam pelukan

Beberapa Jam kemudian kami tiba di satu perkampungan xxx. Di rumah shakid. Omooo rumah sebesar-besar rumah seperti dewan persidangan. Di hadapan ada pintu pagar gerbang besar. Ini pintu utama masuk ke dalam rumah. Pintu pagar di buka.. Woww.. luasnya kawasan halaman rumah. Dari kejauhan tersergam sebuah rumah seperti istana. Memang keadaan rumah di sini semuanya besar2. Patutlah shakid bilang rumah di kk tu sempit. Rupa-rupanya rumah mereka ni huhu macam betul2 rumah istana. Luas tinggi dan sangat besar

Shakid ada 6 org adik beradik. Shakid adalah anak pertama dan tunggal lelaki. Patutlah shakid nampak tegas sebab sudah biasa terdidik erti tanggungjawab dengan keluarga dan adik-adik perempuannya. Adik perempuannya semua sudah berkahwin. Masing-masing ada anak. Shanji adalah cucu pertama dari anak lelaki..

Kami di bawa ke ruangtamu duduk. Ramainya menunggu kedatangan kami di sini. Sy di sambut dengan baik oleh mama mentua dan bapa mentua. Ramainya orang di dalam rumah ni semuanya bercampur ipar duai sanak saudara entah macam mana keadaan di sini terlalu ramai orang. Ruangan di bawah ni sudah macam padang bola.. sy mendongak ke atas rumah.. ada tangga utama menuju ke atas. Punyalah banyak bilik. Hiasan rumah betul2 macam yg dalam filem hindustan yg kita selalu tengok di tv

Shanji di dukung penuh manja.. Semua orang bilang "cute... cute..." itu bahasa sy fahamlah. Selebihnya semua bahasa asing. Kami hanya berpandangan senyum. Sy tidak dapat berkomunikasi hanya bilang "ya.. ya...". Satu hal di sini terlalu ramai adik beradik shakid.. lelaki perempuan bercampur. Ipar2 lelaki pun ramai. Sy sentiasa berhati-hati sebab sy tahu shakid kuat cemburu. Apa lagi dengan semua orang di sini. Sy tidak pandang yg lelaki. Sy hanya bercerita dengan Adik perempuan dan saudara perempuan shakid. Memang semuanya ok

Kedatangan kami di sambut dengan meria. Ada majlis jamuan lagi dari sanak saudara. Sy melayan ala kadar saja. Apa lagi kalau lelaki memang sy tak pandang takut shakid cemburu lagi. Lagipun sy tidak mahu bergaduh dengan shakid disebabkan hal-hal begini

Shakid bilang kami akan tinggal di sini selama dua minggu. Sy ikut saja. Shakid bilang isteri tempatnya di belakang suami. Sy mesti belajar adat istiadat di pakistan. Macam yg selalu dia bilang tidak perlu peduli.. Sy mesti diam dan ikut saja

Shanji di bawa oleh nenek dan datuknya berjalan-jalan maklumlah cucu baru. Lagi2 kacukan pakistan melayu. Shanji betul2 ikut muka shakid dan sedikit ada rupa sy

Shakid bawa sy naik ke atas rumah menuju ke bilik shakid. Pertama kali sy masuk bilik husband di pakistan ni. Pintu saja pun sudah tebal. Dinding batu semen.. Bila berdiri di atas ni terasa ruangan rumah boleh di pandang dari atas sangat luas. Shakid bilang ruangtamu wajib luas sebab bila masa keluarga berkumpul semuanya akan di situ berbincang. Lagipun ruangan itu di gunakan utk majlis keramaian dan tari menari

Shakid buka saja pintu biliknya.. Omooo... besar o. Katilnya yg luas. Tandas punyalah luas besar lagi dari bilik tidur sy di kampung. Kaya bah orang pakistan ni. Shakid bilang mandi dulu baru rehat. Sy p mandilah shakid pun ikut sama. Yayy.. terus2 lagi kena asereje

Shakid: jaan kau lah orang pertama ada dalam bilik sy.. sy mahu bersama jaan di atas katil sy..

5 minit kemudian

huhu lawanan sengit. Selesai perlawanan sengit tadi. Shakid bilang cepat siap dia mau bawa jalan2 sekitar rumah mereka ni. huhu besarnya..

Shakid bawa sy keluar jalan2 di halaman luar rumah mereka. punyalah luas.. sejuk lagi kawasan ni macam kundasang. Kawasan perumahan yg di kelilingi oleh bukit2 seindah tempat. . Ada masa-masa memang negara pakistan bersalji di beberapa tempat. Negara 4 musim. Shakid pegang tangan sy sambil berjalan. Punyalah sy ni kecil bah macam anak dia ja hahaa. Shakid bawa sy jalan keliling rumah

Woww Dapur dorang di bahagian lain. Sebesar2 dewan makan. Di sinilah semua orang makan. Adat mereka.. Lelaki akan makan duluan. Kemudian baru isteri dan anak-anak. Masing-masing punya tugas di sini sebab tiada orang gaji. Keadaan bilik semuanya sama macam yg lain. Bayangkanlah ada hampir 10 bilik di rumah ni. Semua keluarga ada di sini

Adik perempuan shakid hanya pandang kami senyum2. Sy memang tidak perlu bercakap bahasa pun tidak tau

Malam

Malam yg dingin. Nafas bersuara pun ada asap2 huhu. Sejuk. Sy cepat2 mandi ada air panas dan tub mandi. Memang selesa. Siap mandi pakai baju kesejukan. Shakid keluar saja dari kamar mandi apa lagi start lah enjin dia. Sejuk2 kama matilah tirangan husband memang tidak pandai habis

Sy layan sajalah

Sy betul2 kepenatan

Jam4 pagi

Shakid bangunkan sy. Aduiii awal buta begini ingatkan mau main lagi. Rupanya shakid bilang sy mesti turun ke dapur sekarang. Omoo jam 4 pagi.. Shakid bilang perempuan tidak boleh lambat bangun dari suami. Sy mesti bangun sebelum orang lain bangun. Sy masih kepenatan dari semalam 7 kali melayan suami. Sekarang sy di suruh ke dapur

Sy buka pintu saja sudah ada mama mentua berdiri di sini. Dia suruh kasi susu shanji. Sy susukan anak dulu baru tolong dorang buat kerja

Sy turunlah menuju ke dapur. Bangunan sebelah.. punyalah luas kawasan ni. Sy masuk dapur rupanya semua adik perempuan shakid sudah ada di sini memasak utk sarapan pagi. Aduiii dapur juga kah ni begitu luas. Berguni2 tepung. Sy minta tunjuk apa yg perlu sy buat..



Selepas sarapan pagi

Mama mentua bising2 tapi sy tidak faham. Kebetulan ada ipar lelaki nama dia adnan. Adnan ni suami kepada adik shakid. Adnan pernah ke sabah. Jadi dia boleh bercakap melayu. Adnan bilang mama mentua suruh sy sapu dan mop belakang rumah. huhu dalam hati sy.. kami kan tetamu terus2 o di suruh buat kerja. Shanji sy tinggalkan dengan abi dia

Sy buka lah pintu belakang lagi. Omooo...Punya luas mau di sapu ni. Sy termenung sekejap berdiri entah mau mula sapu dari mana. Matilah begini luas kawasan mau2 3 orang menyapu ni..

Tiba-tiba kepala sy kena ketuk oleh mama mentua

Mama mentua tunjuk2 tu sapu dan bising. Aduiii nah lain juga ni si ammi

Mama mentua sy cakap sama adnan. Jadi adnan pun tolong translatekan apa ammi cakap

Adnan: ammi bilang awal pagi begini tidak bagus termenung jauh begitu..
Sy: oh.. Sy berfikir macam mana mau sapu ni. luas betul
Adnan: Kawasan ni memang hari-hari mesti sapu dan mop. Cepatlah kau buat sebelum ammi bising kau.. apa2 hal tanya ja
Sy: ok

Takut-takut juga sy bercerita sama adnan nanti shakid jeles lagi. Tapi shakid bilang ok saja kali ni sebab bahasa sy tidak faham. sekurang-kurangnya adnan boleh tolong bagitau sy apa yg dorang cakap

Sy start menyapu dari hujung ke hujung. kawasan perumahan di sini sangat jauh dengan jiran. Keadaan di belakang ni berbukit-bukit. Sabar sajalah.. sejuk2 lagi ni. Siap menyapu.. Sy sambung memop lagi. Mau-mau patah pinggang. Baru hari pertama di sini sudah di bagi tugasan macam ni. Setahu sy lah kalau adat melayu tetamu akan di layan seperti tetamu.. Kalau sudah tinggal lama barulah boleh tolong membersihkan rumah. Ini sy baru sampai semalam.. Sambutan baik hanyalah semalam. Lepas dari semalam layanan berubah sudah. sy cuba positifkan diri mungkin sebab dorang anggap sy ahli keluarga sebab tu lah sy mesti membantu buat kerja rumah

Siap menyapu dan mop. Sy ke dapur minum air. Penatnya sy duduk di kerusi luar. Shakid datang ke tempat sy bawa shanji. Senyuman sy mekar kembali bila shakid dukung shanji terasa shakid seorang bapa yg baik

Tiba-tiba

Mama mentua datang lagi. Dia bising. Shakid explain apa ammi cakap

Shakid: jaan ammi suruh jaan cuci kain
Sy: aaah...?
Shakid: pergilah cuci kain sekarang!
Sy: kejap lah sy masih penat..
Shakid: kalau ammi atau baba suruh terus buat! jangan tangguh2.. pergilah!

Wahhh adat pakistan memang taat pada ibu dan bapa. Apa saja yg di suruh mesti terus buat. Tidak boleh ingkar. Sebab syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Satu kelemahan shakid yg jelas nampak bila dia dengan keluarganya dia jadi seorang yg lemah. Ammi dan baba memang dia hormat dan sedikit pun tidak menjawab. Takut menjadi anak durhaka!

Sy: abg cuci kain di mana?

Shakid tunjuk di hujung sana ada sungai. Kena jalan melalui hutan baru sampai di tepi sungai. hmmm sy berdiri

Mama mentua arahkan satu ipar lelaki hantar semua kain kotor p sungai. 3 besen besar penuh kain. Sudahlah kain2 dorang ni semua besar2. Shakid bilang pergilah sana cuci kain. hmmm

Sy menangis dalam perjalanan menuju sungai. Sy tidak biasa kawasan hutan ni. Takut ada binatang buas atau apakah. Sekali sampai di tepi sungai nampak sudah kawasan air sungai yg deras. Hati sentiasa takut.. seumur hidup sy tidak pernah lagi mencuci di sungai.hmmm

Sungai yg luas dan sangat cantik. kawasan pergunungan yg sejuk. Air sungai yg jernih. Sy mula mencuci kain sambil menangis

Tiba-tiba

Ada pelukan dari belakang. Rupanya shakid datang cari sy di sini. Shakid bilang sorry..

Shakid: jaan kenapa menangis?
Sy: hmmm...
Shakid: kuat menangislah jaan ni..
Sy: sy penat tadi sudah mop lantai
Shakid: jangan nangis yaa.. mari abi tolong cuci kain. Kalau jaan penat nanti tidak dapat layan abi lagi

Shakid tolong mecuci kain. Bestnya mencuci kain sebab ada shakid di sini. Segala ketakutan hilang. Banyaknya kain ni.. Sabar sajalah

Shakid: jaan.. Adat kami di sini tidak boleh tinggi kepala sama ibu. Kalau ammi suruh buat itu jaan terus buat. Adik-adik perempuan sy semua dengar cakap
Sy: hmmm...
Shakid: mereka masing-masing ada kerja sendiri. Jaan jangan fikir kena suruh2 ok?
Sy: hmmm ok

Siap mencuci. Kami menjemur kain sama2. Siap menjemur shakid balik ke rumah ambil tuala dan sabun

Shakid: Jaan mari mandi sungai..
Sy: tak mau! sy penat sudah..
Shakid: marilah..

Sudah badan sy di angkat ke dalam sungai

Sungai yg luas ada kawasan batu-batu besar. Shakid bawa sy di sana. Memang tiada orang di sini.. sunyi

Shakid ajak berssama Sampailah adik ipar shakid mencari kami di sungai.. Aduiiii

Kami cepat2 pakai baju balik rumah

Setibanya di rumah. Mama mentua sy sudah di depan pintu membebel. Shakid hanya tunduk diam. Sy berdiri di sebelah diamkan diri. Mana sy faham apa dorang cakap ni. Adik bongsu shakid ni memang ada lain sikit. Macam dia tidak suka sy.. Sy tanya shakid kenapa ammi marah. Shakid bilang tiada apa2. Hmmm tapi sy tahu ada benda lain dorang ceritakan sebab mama mentua menjeling dan adik bongsu shakid macam marah

Shakid pujuk manja2 seolah-olah tiada apa yg berlaku. Sy kasi ok sajalah. Sy ambil shanji dan kasi menyusu

Malam

Shanji tidur di bilik nenek dan datuknya. Sy dan shakid di dalam bilik. Apa lagi projek saja ni si kawan. Keadaan yg sejuk2 lagi memang habislah kena hentam ja..

Pagi

Macam biasa sy awal bangun. Tolong-tolong buat sarapan dulu. kemudian sy buka pintu belakang menyapu dan mop. Pegang pinggang saja ni time menyapu.. punyalah penat

Sedang sy asyik menyapu. Anak buah shakid berumur 2 tahun tiba-tiba terjatuh dari tangga atas. Sy paniklah cepat2 p tengok kenapa jatuh. Aduiii berdarah bah mulut dan hidung ni budak. Sy cuba tenangkan ni budak. Tapi Apa yg sy dapat????

Jelingan dari mama mentua dan adik-beradik shakid semuanya menjeling tajam. Seolah-olah sy yg kasi jatuh ni budak. Tambah2 lagi sy sedang memop dan menyapu lantai. Lagi pun hanya sy yg ada di ruangan ini. Demi Allah! sy tidak tahu.. Buat apa sy mau jatuhkan anak sekecil itu? kenapa darah yg mengalir di badan itu bestkah rasanya? sy diam..

Mereka semua panik bawa budak tadi ke hospital. Sy di tinggalkan begitu ja.. Jelingan dan maki hamun dari dorang semua. Sy tahu itu nada marah dan benci..

Shakid tiba-tiba datang

Shakid: jaan apa sudah jaan buat..?
Sy: sy tidak buat apa2...
Shakid: kenapa kau mau bunuhkah budak tu?
Sy: Ya allah! sumpah sy tidak tahu budak tu bermain di sini. Sy di luar sana menyapu
Shakid: Jaan sy bawa kau ke sini supaya keluarga sy suka kau jaan.. tapi dorang sudah benci kau jaan..
Sy: jadi kenapa lagi ni? kau mau pukul sy..?
Shakid: Tidak jaan. sy tidak mau pukul kau. buat apa sy mau pukul kau lagi? Tiada hasil. Kau berdoalah budak tu tidak apa2..
Sy: bukan sy yg buat budak tu begitu...

Shakid jalan dan terus bercerita panik dengan yg lain pasal kejadian tadi. Adakah sy di salahkan..

Selelsai dari hospital budak tadi di bawa balik ke rumah. Tiada apa2 juga hanya cedera ringan. Tapi keadaan di rumah sudah menjadi lain.. Ya Tuhan tiada sudah senyuman mesra dari adik-beradik shakid. Mama mentua pun benci sy. Astaga.. itu budak berjalan pun tidak stabil. Dorang yg biarkan budak tu sendirian berjalan. Sy tidak tau apa2. Sy hanya mahu menolong tapi di salah ertikan..

Hanya beberapa hari semuanya sudah benci tengok muka sy. Tapi shakid memang tidak berubah dia tetap sokong sy. Memang tiada pukulan. Sy hanya berharap dengan shakid semoga dia pun tidak membenci sy.. Hidup sy dalam ketakutan berada di rumah orang

Tengah hari

Shakid suruh sy susun bajunya di dalam satu beg. Sy pelik jugalah

Sy: abg mau ke mana..?
Shakid: jaan sy mau ke khyber pakhtunkhwa..
Sy: di mana tu..?
Shakid: jauh dari sini. Abi pergi tidak lama 3 hari nanti abi balik
Sy: jaan ikut boleh?
Shakid: jaan jangan ikut.. abi pergi dengan sepupu. Jaan jaga diri ya.. jangan nakal2. Jaga shanji di sini
Sy: abg.. syg mau ikut
shakid: tidak boleh jaan. Ini urusan kerja.. sibuk lepas ni abi kena pergi ke bahria town dan hunza valley gilgit baltistan
Sy: hmm... abang..
Shakid: no worries ok?! Abi pulang juga..

Sy lambai tangan di luar tingkap bilik. Dari kejauhan shakid sudah menuju ke gerbang pintu luar. Shakid lambai tangan. hmmm sy duduk di katil menangis sampai tertidur

Tiba-tiba

Adik kedua shakid bernama anjana siram muka sy dengan air. Sy terduduk di katil. boleh-boleh dia masuk dalm bilik kami

Anjana: $$&$&//£/!&$&$€/¥(/(!!€!!
Sy: apa masalah ni...?

Anjana marah betul. Apa yg dia cakap langsung sy tidak tahu. Anjana terus tarik rambut sy dan tendang. Sy terduduk. entah apa masalah ni. Anjana tarik rambut sy sampai ke ruangtamu. dia tendang sy dari atas tangga. Terjatuh bah sy dari tangga atas sampai ke bawah. Sy hanya fikir shanji tadi macam mana

Adnan cepat2 leraikan pergaduhan. Sementara adik-beradik shakid yg lain hanya tersenyum dan bercakap seperti orang geram. Mama mentua sy ada di sini.. Bapa mentua sy hanya tengok. Beginikah adat pakistan?

Adnan: Isha dorang tanya kenapa kau tidur kerja rumah masih banyak?
Sy: adnan sy baru tidurkan adnan. sy penat tadi..
Adnan: isha si anjana tidak puas hati sama kau sebab kau kasi jatuh anak dia di tangga kemarin..
Sy: Ya Allah.. Bukan sy yg kasi jatuh.. Budak tu jatuh snediri..
Adnan: isha sy minta maaf.. kau jangan lah ambil hati sama dorang. kau sabar saja

Adik shakid bernama tania datang tiba2 lempar kain di muka sy. Punyalah sy terkejut. Semua hanya senyum. Mama dan bapa mentua hanya duduk melihat keadaan kami

Adnan: isha bagus kau cuci saja.. nanti dorang kerjakan kau..

Sy berdiri kesakitan kaki terjatuh tadi. Pelahan-lahan sy angkat satu2 baju masukkan ke dalam besen. Kali ni sy angkat sendiri ke sungai

Adnan pun tidak boleh rapat dengan sy. Sebab dia suami kepada karisma. Takut lagi isu cemburu. Hanya adnan sajalah boleh translatekan bahasa melayu. Tapi itupun macam dia tapis supaya sy tidak lebih sakit hati. Mana mungkin dia mau sampaikan cerita maki hamun dari keluarganya..

Sy menuju ke sungai mencuci kain. Shanji dalam pelukan ammi menangis minta di susukan

Sy: adnan sy mau kasi susu anak dulu sebelum cuci kain
Adnan: kau jalan ja lah.. jangan risau dorang buatkan susu juga
Sy: kesiankan kami adnan..

Adnan tunduk serba salah. Mata dia penuh simpati tapi dalam masa yg sama dia pun tersepit utk melawan cakap keluarga shakid. Apa lagi mama dan bapa yg perlu di hormati

Adnan: kau jalanlah..

Sy keluar sambil lap air mata. Begitu juga tangisan shanji melihat sy tidak pedulikan dia. Ya Allah sungguh2 dugaan hidup sy sebegini rupa. Sy ingatkan akan mempunyai keluarga bahagia, berharap boleh menumpang kasih dengan keluarga baru. Rupanya sy memang tiada tempat utk berteduh kasih....





LihatTutupKomentar