-->

Jaan punching bag full part 1-15 ( 14 )



Tiada kesalahan yg tidak boleh di maafkan. Sy sentiasa memaafkan mereka yg pernah menyakiti hati sy dan berdoa semoga mereka pun di beri peluang utk bertaubat

Dady: isha maafkan dady..
Sy: sy sayangkan dady.. (menangis)

Dady: dady banyak buat salah.... kenapa dady buat isha begini? Kenapa keadaan isha begini? (Menangis)
Sy: semua orang jahat dady.. jahat..
Dady: Maafkan dady.. semua punca dari dady..



Petang

Dady: sudahlah.. isha rehat dulu. Dady mau keluar sekejap. Malam ni kita ada hal mau bincang..

Dady keluar. Dady bilang dia akan jumpa kawannya malam ni. Dady mau kasi konfirm tempat tinggal baru kami. Dady bilang mahu bawa sy keluar dari rumah ini. Rumah yg penuh dengan kenangan pahit. Jiran-jiran kami terus2 memandang hina. Kutukan dan ejekan dari mulut ke mulut. Apa lagi dorang sudah nampak keadaan sy balik ke rumah begini. Sy tutup pintu..

Masuk ke bilik. Menangis dan terus menangis

Berpuluh missed called dan mesej dari shakid

📩 jaan... di mana? Reply mesej sy jaan. Please 😢
📩 i love you jaan.. i really love you
📩 jaan balik sekarang. Sy mahu ambil jaan di rumah. Bolehkah jaan? Please jawab..
📩 jaan abg stress tidak ada mood kerja. Makan pun tidak mau.. hati sy sakit. Hati sy rindu...
📩 i'm sorry.. jaan baliklah sekarang. Sy terlalu rindu
📩 jaan angkat call please.. jaan jangan begini sy masih cintakan jaan. Jaan sy tunggu jaan balik rumah malam ni

Shakid terus2 call dari pagi tadi hingga ke malam. Sy biarkan saja. Sy tidak block sebab sy masih mengharap sy di pertemukan dgn shanji

Malam

Sy duduk di ruangtamu menunggu dady. Dady baru sampai rumah. Duduk di sebelah kerusi

Dady: isha.. dengar sini. Minggu depan kita akan pindah ke XX. Kita bina kehidupan baru di sana. Di kampung ni memang semua orang tidak sukakan kita lagi
Sy: kita tinggal dengan siapa?
Dady: ada kawan dady macam abang sendiri dia tinggal di sana. Isha akan mulakan hidup baru di sana. Dady pun akan kerja di sana. Kita keluar dari kampung ni
Sy: sy tetap akan ikut dady. sy tiada sesiapa lagi.. (menangis)
Dady: Dady tidak akan tinggalkan isha disini. Dady janji berikan isha kehidupan yg lebih baik. Sudah jangan nangis lagi..
Sy: dady orang di luar sana bagus juga kah?
Dady: Dady minta maaf dengan isha sebab buat isha begini.. Ya Allah ampunkan sy. Mesti mama isha sedang menyumpah dady sekarang ini.. (menangis)

Sy: dady pernah juga sayangkan isha?

Dady: Ya Tuhan.. sy dady yg bodoh! Dady yg buat kamu begini
Sy: sy sentiasa maafkan dady..
Dady: yaa dady sayangkan isha. Hanya gara2 syabu tu dady terlupa ada anak.. isteri sy buat begitu. Ya Tuhan... (menangis)
Sy: dady adakah orang mau kawan dengan sy lagi?
Dady: pasti ada.. di luar sana kehidupan isha pasti cerah
Sy: dady kenapa tiba2 dady berubah?
Dady: Dady sudah lama cuba bertaubat. Sejak baby shanji lahir lagi. Ya Allah cucu dady.. Shanji..

Sy dan dady menangis teringat muka shanji, senyuman dan tangisan shanji. Ya Allah lindungi anakku

Dady: 5 bulan yg lalu dady selalu mimpi buruk.. (menangis sekuat hati)

Dady: rindunya dengan shanji...

Sy peluk dady menangis

Sy: ya dady.. Sy pun rindukan shanji. Apa yg buatkan dady berubah? dady mimpi apa?
Dady: dady mimpi seperti di bakar hidup2. Mula2 dady fikir itu hanya halusinasi. Tapi dady cuba tidak sentuh syabu beberapa bulan. Ternyata mimpi itu bukan halusinasi ia nya satu mimpi ngeri menyedarkan dady satu petanda. Ya Tuhan... setiap malam badan dady macam di pukul. Sehinggakan dady takut utk tidur. Malam2 dady tidak dapat tidur sebab ada orang memukul.. akhirnya dady tersedar dady sudah sakitkan isha banyak kali.. maafkan dady.. anak..
Sy: janganlah kita ingat semua tu dady. Isha mahu hidup dengan dady.. sy tidak mahu sesiapa lagi. Selama ni isha sakit.. sakitnya ada di hati..
Dady: kenapa badan isha begini..?

Malam tu sy ceritakan semua kisah dari bermulanya randy dan juga shakid. Kedua manusia ini belum layak mendapat pengampunan. Semoga kamu bertaubat dan insaf. Dady mendengar sambil menangis... Dady mengucap berkali-kali. Tidak terkata2 lagi hanya tangisan sy di malam ini. Sy luahkan semua yg terpendam. Dady sungguh2 menangis..



Dady: Ya Tuhan. Mari peluk dady.. anak.. dady janji lepas ni tiada siapa boleh sakiti anak lagi..
Sy: yaa dady.. mereka tidak pernah baik dengan sy...
Dady: sudah.. mari kemas barang. Minggu depan kita bertolak
Sy: dady shakid ada bagi sy duit.. dady bayarlah hutang

Dady tunduk. Mata merah menangis. Geleng kepala tidak. Duit tadi dady tolak

Dady: tidak isha. Dady sudah kerja dady pelan2 bayar. Duit tu isha guna utk diri isha. Simpan baik2. Ingat lepas ni kalau ada apa2 isha kena selamatkan diri.. Dady tidak mahu duit sesiapa lagi.. Dady takut dengan dosa sendiri

Sy: ya dady. Dady.... sy rindukan shanji. Macam mana mau ambil dia di sana?

Dady: isha sabar dulu.. kita akan usahakan. Sekarang apa yg penting isha kena bina kehidupan baru dulu.. baru kita urus shanji.. shanji di sana pasti di jaga dengan baik. Isha jangan risau.. isha mesti kuat. Isha tetap ibu shanji dan berhak dengan shanji

Sy: ya dady sy berharap dapat jumpa shanji lagi...

Dady: in shaa allah. Pasti kita jumpa shanji. Pasal shakid tu janganlah layan lagi. Sampai hati dia buat isha begini. Dia janji dengan dady mau jaga isha dengan baik. Rupanya begini pula.... (menangis)

Sy: Dia betul2 seksa sy... (seksaan yg tidak boleh di ungkapkan dengan kata. Sakit rasanya)

Dady: isha.. bagi dady peluang utk menjadi bapa yg terbaik..masih belum terlambat utk dady buktikan. Dady sayangkan isha.. (menangis)

Sy: in shaa Allah dady
Dady: Alhamdulillah...

Sy: Dady...... Sy sayangkan dady
Dady: anakku.. dady sayangkan isha

Alhamdulillah. Ya Allah sungguh benar ajaibnya doa itu. Hanya doa di dalam hati sudah Engkau makbulkan apa lagi doa2 orang yg sujud kepadaMU. Ya Allah sy mahu hentikan tangisan ini.. sy mahu mulakannya dengan hidup baru. Bantu lah kami.. mencari jalanMU.. di dalam redhaMU. Aaamiin

Hari berganti hari. Sy baru ada masa utk berehat itupun terlalu sibuk mengemas barang pindah. Shakid memang tidak berani datang ke rumah lagi. Dia malu dan takut juga dengan dady. Kami hanya menunggu hari utk pindah ke XX. Semua barang kemas sedia

20.sept.2017 Tengah hari

Andrea mesej sy lagi
📩 Salam isha malam ni sy akan post part 1 cerita kamu. Kamu kena baca dulu sebelum sy publish cerita jam 10.00 malam

Sy reply mesej
📩 wlslm. Tq kak Andrea. Post saja.. sy masih sibuk. Ada masa sy akan buat fake acct utk reply komen reader

20.sept.2017 Detik 10.00 malam

Malam yg di tunggu2 oleh semua readers. Hanya Andrea kiss saja yg pasti di rindui pada jam ini. Sy pun ikut teruja sebab cerita sy akan di publish malam ini. Menunggu jam 10 malam.. tick tick tick 9.59 pm.. readers pun selalu menunggu tu kan?? 😂

"Jaan punching bag" Part 1

Sy membacanya di sini sambil memegang dada. Sakitnya masih terasa. Bisa kesakitan sudah hilang tapi memori itu kuat mengingat babak2 yg menyakitkan hati. Sy menangis dan terus menangis.. Terima kasih kepada yg sanggup menangis bersama2 sy

Beberapa hari berlalu. Cerita jaan sudah beberapa part, dan sy mula reply komen semua. Bertubi2 orang add tanpa henti. Bukan sombong tak layan tapi masa ini sy sibuk utk majukan diri

23.sept.2017 : 6.30 pagi

Kami akan tinggalkan rumah ini. Rumah ini akan menjadi kenangan pahit kami di sini. Air mata deras mengalir melihat keadaan rumah. Beranda luar rumah di mana sy selalu bicara dengan langit.. bintang dan bulan menyuluh di sini. Terasa sy memang tiada kawan. Hanya duduk di beranda ini terasa langit itu lebih dekat dari manusia. Rumah ini ada memori yg tertinggal dari mamy. Senyuman dan tawa dari mamy. Kesedihan selepas kehilangan mamy dan terus menjadi kenangan pahit. Rumah ini sungguh memilukan hati... Tapi inilah rumah di mana sy bermula.. Selamat tinggal

Selamat tinggal KK. Selamat tinggal semua...

Setibanya di pekan XX. Di satu pekan besar xx. Kami menyewa sebuah rumah. Dady sudah urus kesemuanya



Bismillahirahmannirahim..

Bermulanya hari baru. Nafas baru. Suasana baru. Jiran mesra mungkin sebab tidak mengenali diri kami. Kami berjiran dengan kawan dady. Kawan dady seperti abang kandung sendiri. Kawannya bernama uncle Asri inilah yg membawa dady terus2 bertaubat. Kawan yg membawa kaki ke masjid.. kawan yg memberikan perlindungan. Hati sy mula terbuka.. masih ada manusia baik di luar sana

Uncle asri bilang sy akan mula ikut tolong2 di gerai bersama anak perempuannya. Kak jen namanya. Sy akan mula kerja. Hati teruja sebab inilah pertama kali sy merasa erti pekerjaan. Kak jen datang ke rumah. Memang mesra

Keluarga kak jen memang baik orangnya. Sy terasa lucu bila satu hari tu sy di rumah kak jen yg sedang rancak bercerita sambil menangis.. Rupanya Kak jen pun membaca cerita jaan punching bag haha

Kak jen menangis2 bercerita dengan mamanya. Sy hanya duduk. Memang sy seorang pendiam. Sy pun tidak tahu macam mana mau mulakan cerita. Sy hanya duduk dan bila ada yg bertanya sy bersuara juga

Kak jen: sedih mak.. masih budak bah kena buat begitu
Mama jen: kisah benar kaitu? Macam mana kau tau? Ada2 saja kalau facebook ni
Kak jen: ya mak... Mama belum tau lagi punya jahat bapanya tu

Kak jen menangis. Sy pun hairan juga apa kali cerita ni.. Tapi sy masih diam

Mama jen: Di mana bah kau baca cerita ni?
Kak jen: nah tengok ni..

Kak jen bagi tengok cover jaan punching bag sama mama dia. Lepas tu dia bagi tengok dengan sy pula. Opsss.. terus hati sy bilang 'kalau lah kamu tau sy lah orang di dalam cerita ni'. Sy senyum mau menangis tapi di tahan. Sy teruskan diri berdiam..

Mama jen: jadi macam manalah budak tu sekarang?
Kak jen: belum tau lagi. Tunggu lagi lah malam ni jam10 baru tau cerita

Haha😂.. menunggu jam10 begitu pula kan

Ya Tuhan sungguh2 bumi ini kecil.. cerita ini telah sampai ke mana2 pembaca. Sehingga sy bertemu dengan orang yg menyelamatkan keluarga kami di sini. Sy bersyukur.. tapi biarlah semuanya kekal rahsia siapa diri ini. Kak jen dan keluarganya langsung tidak tahu kisah di sebaliknya.. sy lah JAAN

Keesokannya

Kami menjual di satu pekan kecil di xx. Sangat sibuk. Sy baru merasa perasaan mencari rezeki itu begini rasanya. Sy biarpun lemah lembut orangnya, pendiam tapi kuat bekerja. Kamuorg tau jugakan dari umur 9 tahun sudah biasa berdikari. Kerja begini cikai2 ja. Sy memang jarang pegang handphone apa lagi online. Telepon hanya akan bunyi bila dady call atau ada call dan mesej dari shakid. Kali ni missed call beratus2 dari shakid... mesej segala pujangga puisi cinta.. segala pujaan hati dan jantung pisang menjadi kata2 cinta. Poraaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhh !!

Ada satu mesej tu shakid send tapi bahasa English. Kesian bah sy mana lah faham apa maksudnya. Sy tanya kak Andrea..

Mesej tu begini pula maksudnya

- Tolong jawab panggilan sy. Jangan buat sy sakit jaan.. tolong ampunkan sy. Sy betul2 merinduimu. Janganlah buat sy jadi gila. Jaan balik lah kepadaku. Di mana jaan sekarang? Sy datang ambil sekarang. Janganlah seksa sy begini. Sy rindu pelukanmu dan tubuhmu. Sy tidak mampu.. jaan jangan seksa sy. Sy btl2 minta maaf. Bagi sy peluang kedua. Sy janji tidak akan sakiti jaan lagi-

Perkataan 'rindu tubuhmu' silakak itu saja yg dia ingat. Sy membaca mesej pun sudah ngilu seluruh badan. Apa lagi mau terfikir balik sama kau. Shakid sy sudah maafkan kau tapi utk balik kepangkuanmu itu tidak sama sekali. Biarlah ia nya putus di sini dan di hati..

Berpuluh2 gambar shakid hantar di whatsap Gambar muka dia yg kusut tidak menentu. Karaww betul kerinduan dia bilang. Mukanya lebam dia tumbuk mukanya sendiri. Aduiii sy rasa lucu cara pujukan begini. Shakid... sy sudah berjanji ini adalah kali terakhir. SEKALI INI sy terlepas dari kau. Sy bukan lah isha yg kau kenali lagi. Cukup sudah! Biarkan ia nya menjadi satu mimpi ngeri yg kita memang tiada jodoh. Sy bukanlah Jaan.. Bukan Jaan punching bag kau lagi

Shakid mesej
📩 Jaan kenapa rumah kamu tiada orang? Jaan di mana sekarang? Jaan jangan lari.. jaan i miss you
📩 Kenapa jaan? Angkat sy call.. jaan please...

Kata2 rayuan demi rayuan. Hati sy jadi keras dan kering. Sy mahu bebas. Sy mahu menikmati dunia luar

Ternyata berhadapan dengan manusia itu sangat menyenangkan hati. Sy menjual penuh semangat. Ada pelbagai jenis orang penuh dengan gurauan dan senyuman. Sy suka suasana ini. Cuma sy kena belajar sedikit cara2 bercakap dan menjual. Ya Allah bumi ini masih di penuhi oleh manusia2 yg baik.. Terima kasih

Pagi jam 8, 25.sept.2017

Shakid mesej bertubi2 minta angkat call. Shakid bilang ada perkara penting. Sangat penting dia bilang. Mula2 sy tidak layan tapi shakid suruh angkat call juga. Sy angkat call sebab terfikir ini pasti berkaitan shanji

Shakid: jaaaaaannn.... (menangis. Meraung)
Sy: apa hal...? (sinis)
Shakid: jaan... baba... baba sy meninggal jaan..

Baba shakid meninggal? "Innalillah wainna ilaihi rojiun". Kepada readers muslim mesti baca dan aminkan. Sebab ini kisah benar. Apa pun kejahatan manusia itu janganlah di pertikaikan atau di dendamkan lagi

Sy panik. Kesian juga dengar cerita tu. Sy takut shakid menipu. Tapi ternyata berita ini benar. Menitik juga air mata sy mendengar berita kematian baba

Shakid: jaan.. baba sudah tiada..
Sy: takziah..
Shakid: jaan keluarga kami seperti kena sumpahan jaan. Jaan ampunkan sy.. sy menyesal
Sy: sy tiada dendam sama sesiapa, syukurlah Allah berikan sy sekeping hati utk mencintai manusia begitu ikhlas biarpun tidak berbalas...
Shakid: jaan ammi sakit jaan.. ammi stroke sebelah badannya sebab dengar berita kematian baba.. (meraung menangis)
Sy: sy bersimpati.. Sy mohon tolong jaga maruah sy.. sy tidak pernah goda laki adik kau
Shakid: jaan laila dan khismat sudah bercerai jaan..
Sy: kenapa? Gara2 hal begitu?
Shakid: tidak jaan.. bukan salah kau jaan. Khismat ada perempuan lain. Dia hina adik sy mandul. Jaan.. abg buntu ni. Abg perlukan jaan di sisi abg saat ni..
Sy: sy tiada urusan dengan kamu lagi. Sy hanya berhubung dengan kau pasal anak. Yg lain sy sudah lupakan dan sy sudah maafkan.. .
Shakid: jaan sy mau rujuk jaan semula. Sy mau jaan.. jaan.. jaan
Sy: sudahlah sy sibuk ni..

Sy off telepon. Tiada apa yg perlu di cakapkan lagi. Kalau benarlah ini balasan karma atas perbuatan kamu. Tidakkah ia nya terlalu pantas? Itu kifarah yg kamu buat2 sendiri. Akhirnya mengena diri sendiri. Apa yg ada di dalam hati sy memang sy sudah ampunkan kesemuanya. Sy ampunkan dari kesakitan hujung rambut ini hingga ke hati ini. Sy memegang dada sekuat hati menangis sebab kesiankan baba yg telah pergi. Biarpun tiada kasih sayang yg kamu berikan tapi kita pernah menjadi keluarga di waktu yg singkat. Sy hembus nafas dalam2. ALLAH....



Sy tidak mahu di rujuk balik. Fobia .. berapa kali janji di mungkiri? Hinaan seperti itu? Sy jijik. Sy manusia yg ada nilainya. Hanya kerana sy budak kecil di pergunakan oleh manusia-manusia yg berhati batu. Tiada kesanggupan lagi. Sy hanya mahu membina kehidupan sendiri di tempat baru. Di mana tiada siapa yg tahu sejarah hitam yg lampau. Sy adalah Alisha yg baru..

Shakid call lagi mahu rujuk kembali. Terus2 memujuk. Sampaikan satu masa shakid bilang mesti rujuk balik kalau mahukan shanji. Tidak mungkin. Shakid bilang dia mahu bawa sy ke pakistan lagi. Macam seolah2 satu ugutan. Biarlah sy berkorban utk anak. Memang sy tidak akan pernah kembali dengan shakid. Mendengar namanya pun sy sudah bergegar apa lagi mahu bersamanya. Mahu bawa sy ke pakistan lagi??? Tidak mungkin. Biarlah itu kali terakhir sy di sana. Sy terpaksa menahan rindukan anak... Biarlah yg penting shanji di jaga dengan baik. cukup bagus juga dia di pelihara di sana. Keluarga yg kaya. Kalau shanji di sini dengan sy pun belum tentu lagi hidup macam mana. Pasti lebih kesian sebab kehidupan sy sendiri pun belum pasti. Belum ada masa depan. Sy terpaksa berkorban utk kesenangan shanji .. 😢

Ramai readers yg memberi pelbagai cadangan. Terima kasih semuanya... Tapi siapa lah sy utk suarakan semua ini? Ada kisahnya kenapa sy tidak boleh bertindak seperti orang lain

Untuk semua kesalahan orang yg pernah menyakiti sy. Sy sudah maafkan kesemuanya utk ketenangan hati sy sendiri. Kepada yg memberi cadangan report polis tu sy tidak akan membuat sebarang laporan kerana sy sudah tutup niat utk membuat apa pun tindakan. Sy ikhlas maafkan semua org. Ya memang boleh saja sy membuat laporan sebab sy sudah bebas. Tapi bila hati sy berfikir shakid adalah abi kepada anak kami. Sy padamkan niat utk masukkan dia ke penjara. Kalau shakid di penjara bagaimana nasib anak kami? Nasib shanji dia di pakistan sana? Siapa akan kirim perbelanjaan utk shanji? Sy tidak sanggup.. biarlah sy sudah maafkan. Seperti yg sy cakap sy tidak punya apa2. Sy hanyalah manusia bodoh tapi sy ada sekeping hati utk di berikan pada yg di kasihi

Dady pernah bertanya di mana2 pihak atasan juga. Dady pernah berjumpa dengan seorang kawan polis. Dady banyak bertanya apa yg perlu di buat utk tindakan seperti ini? Dady minta pendapat tanpa dedahkan diri sy. Dady hanya berpura2 tanya. Ternyata undang2 itu bagus dan ada pembelaan tapi hakikatnya lebih merumitkan keadaan. Lebih2 lagi bila melibatkan orang yg kita sayang. Agak susah prosidur utk sy dapatkan anak kembali. Sebabnya sy hanya berkahwin kampung. Tiada hitam putih sijil perkahwinan. Kalau membuat laporan juga sy sendiri akan kena saman sebab berkahwin di bawah umur. Dady pula pasti di penjarakan kerana bagi sy kahwin awal. Apa lagi utk berurusan melibatkan kewangan? Duit sendiri pun belum ada. Kenapa sy tidak naik mahkamah? Tiada apa ku bawa.. sy tidak akan mahu pembelaan lagi. Cukuplah shanji membesar dengan baik. Sy terpaksa diamkan diri buat masa ini. Pasti sy akan tuntut bila masanya sudah tiba. Mungkin bukan hari ini tapi satu hari nanti..

Pasti juga ramai yg tertanya2 kenapa sy begini lembap? Kenapa sy tidak tahu undang2 boleh membantu situasi ini. Kalau lah cerita sy ni sampai ke hati mana2 pihak atasan. Bantulah sy..

Dengarlah pengakuan ikhlas dari sy...

Tiada ibu di dunia ini yg mahu di pisahkan dengan anaknya. Apa lagi diri sy yg masih dengan air susu di badan. Tetesan susu ini menjadi dosa sy tidak memberikannya pada anak. Tapi semuanya sy terpaksa berkorban utk kesenangan shanji di masa akan datang. Dengarlah ini bukan kisah dongeng ini adalah kisah sy 'Jaan' yg tidak akan di pandang oleh masyarakat di luar sana kerana sy bukan pemegang warganegara lagi. Sy masih memakai surat beranak sekarang ini. Shanji terpaksa pakai passport. Sebab kenapa? Mamy warganegara. Dady pula pakai passport. Kerana sy anak luar nikah. Ibubapa tidak pernah peka dengan pendaftaran kahwin berdaftar. Sy di lahirkan melalui bidan kampung. Sy berterima kasih sebab di lahirkan ke dunia ini. Sy hanya ada surat beranak yg di daftarkan atas nama mamy. Tapi mamy sudah meninggal. Sy tahu pengurusan IC itu bukannya mudah. Apa lagi sy yg tidak tahu apa2. Pernah sekali sy masih ingat masa bersama dengan shakid dulu. Sy minta pertolongan utk urus pendaftaran ic sebab masa tu dady tidak ambil kisah lagi. Tapi apa shakid bilang? Sy ni orangnya bodoh hidup di negeri sendiri tapi pakai begitu! Sy perempuan kampung! Bodoh! Tiada pelajaran! Cara berpakaian pun kampung! Buat apa mau urus ic? Sy bukannya kerja pun! Sy memang tiada harapan utk bertindak. Sekarang kesannya dengan anak kami shanji. Sy tidak tahu bagaimana nasib akan datang. Sekarang sy perlu stabilkan diri dulu baru boleh fikirkan anak. Banyak yg perlu di fikir.. sy harus bertahan. Demikian hidup kami terlalu susah. Dan di tambah lagi dengan manusia yg mengambil kesempatan. Sy betul2 rasa terhina dan tidak tahu berbuat apa. Kes ini tidak akan sampai ke muka pengadilan. Sy tidak akan membuat sebarang laporan lagi kerana terlalu banyak utk di fikir. Terlalu rumit utk di kisahkan. Kalau sy ambil shanji pun takut kehidupan semakin perit. Sy terpaksa telan segala kesakitan ini sendiri. Sy terpaksa ikhlaskan hati. Dengan keadaan yg begini susah sy masih belajar mencari rezeki sendiri. Sy pasti anak lebih baik di sana. Shanji akan di pelihara dengan segala keperluan yg lengkap. Lagipun di sana adalah sebahagian keluarga shanji. Sy yakin shanji tidak akan di sakiti di sana kerana shanji pewaris keluarga shahid. Sy yakin shanji di sana lebih selamat. Hidup shanji pasti akan senang. Berpelajaran. Sy tidak mau shanji menerima nasib seperti sy. Hidup susah..tidak bersekolah.. hidup di aniaya.. di sakiti.. Cukuplah hanya sy yg merasa semua ini

Apa yg pasti anak sy akan di jaga dengan baik di sana. Dan sy Alisha tetap ibunya di dunia dan akhirat








LihatTutupKomentar