-->

Jaan punching bag full part 1-15 ( 1 )







Sy mulakan cerita yaa. Panggil isha ja.. sy mahu di kenali isha saja k. Kalau ada yg tersama nama sorry ya..

Ibu dan Ayah di mana bermulanya sy di sini dapat melihat siang dan malam serta merasai keindahan dunia. Benarkah dunia ini indah? Entahlah...

Kisahnya mamy bertemu dengan dady di satu kilang masa tu mereka sama2 bekerja di tempat yg sama. Mamy sy berbangsa kadazan dusun dan Dady berbangsa filipino dari manila. Mamy muslim dan dady sudah memeluk agama islam setelah berkahwin dengan mamy. Mamy dan dady memang cinta tahap gabanlah ni sehingga termengandungkan sy tanpa nikah terlebih dulu. Akhirnya mamy dan dady berkahwin sebab itulah keluarga dady tidak boleh terima kenyataan sy ni anak luar nikah. Satu hal lagi dady terus memeluk agama islam. Untul kelahiran diri ini sy berterima kasih kerana mamy dan dady berkahwin dan sudi melahirkan sy ke dunia ini. Ikatan ini tidak akan pernah terputus sampai bila-bila kerana mereka adalah ibu dan ayah kandung sy dunia akhirat.. Mamy sy sayangkan mamy dunia akhirat.

Semasa dady membawa mamy balik ke manila kehidupan mamy sangat terseksa oleh keluarga dady. Ketidakpuashatian dari keluarga dady sebab sudah memeluk agama islam. Lebih-lebih lagi dady sangat sayangkan mamy. Selepas dady mengetahui mamy selalu di seksa oleh keluarganya dady tidak mahu melihat mamy di seksa lagi akhirnya dady dan mamy balik ke sabah dan meneruskan kehidupan di sini

Wajah ini berbahagi rupa seiras mamy dan dady. Tapi wajah sy lebih kepada mamy. Mamy seorang yg cantik sebab itulah muka sy pun cantik 😊. Seriously writer bilang memang sy cantik orangnya hihi. Cerita 'Beautiful me' menyedarkan sy cantiknya kita seindah ciptaan Tuhan. Terima kasih Min.... 🌈

Apa yg sy tahu ibu bapa menyayangi sy bagai menatang minyak yg penuh. Dunia yg indah di isi dengan cinta dan sayang. Kegembiraan, senyuman, ketawa riang kesemuanya menjadi memori terindah. Oh ini sewaktu memori kecil di usia 4 tahun !
k
Mamy dan dady saling mencintai di antara satu sama lain. Wujudnya sy adalah tanda bukti cinta mereka. Walaupun banyak tentangan dari keluarga dady masa tu tapi dady tetap setia dengan mamy. Akhirnya dady di buang keluarga dan mereka hidup penuh dalam kesederhanaan. Sehinggalah sy lahir ke dunia ini. Kelahiran ini cukup teristimewa tapi kenapa rasanya seperti nyawa hidup? Mati itu bukan senang bah kan..

Kehidupan kami cukup makan dan minum. Rumah persendirian di satu kampung xx. Biar miskin yg penting bersyukur dan hati senang. Terima kasih mamy dan dady

Mamy dan dady masih muda. Beza umur dady tua 3 4 tahun dari mamy. Percintaan mereka memang mengalahkan romeo dan juliet romantiknya. Yalah sy kan satu-satunya anak mereka jadi masa memang banyak utk berkasih sayang. Sy ni memang anak manja dady dan mamy

Umur 4 tahun

Sewaktu di umur 4 tahun sy memang anak yg manja. Maklumlah tunggal kan. Sy di hantar ke tadika seperti anak-anak yg lain tapi terhentinya pun hanya di sekolah kebangsaan ja. Kenapa begitu? Panjang ceritanya...

Mamy: sha cepat sikit! lambat sudah! Mari mari...

Sampai di tadika mamy dan dady akan cium sy muah muaah. Tidak pernah duit belanja tiada.. mesti ada duit dan bekal makanan. Botol air sandang sentiasa ada. Sampai depan kelas sy lambai sekuat hati pada mamy dan dady.. 'Babayyyyy....'

Dady pun terkejar2 urus sy setiap pagi. Sy rajin bah pigi sekolah ni cuma itulah lambat bertindak. Ada slow2 sikit punya perangai. Lembik! Bukan lembik bodoh kama.. haha. Lemah lembut punya orang. In real life sy memang lemah lembut je ni.. pendiam dan hanya ikut arus ombak kehidupan. Ombak baik maka baiklah.. ombak jahat maka jahanamlah

Memasuki usia 7 tahun

Di sekolah rendah darjah 1. Cita-cita sudah ada dalam otak. Setiap kali cikgu tanya apa cita2..?? mesti lah tu jawapannya doktor haha. Budak2 kan apa pun rasa senang..

Di rumah

Mamy sediakan semuanya makan minum pakaian. Cuci piring kain dan menjaga rumah kami. Mamy suri rumah sepenuh masa. Manakala dady bekerja under kontraktor kerja biasa2 ja. Biarpun hidup sederhana tapi bahagia itu ada. Dady sangat2 menyayangi mamy, katanya inilah cinta terakhir dan kekasih awal dan akhir. Harap sajalah janji ini semuanya benar

Setiap kali menjelang hari raya sy lah anak yg paling happy dapat baju baru, kasut baru. Sy pun boleh ikut kawan2 beraya minta duit raya di rumah jiran. Sy bebas bermain asalkan jangan sampai lewat petang lah. Mamy pandai bising tu

Pada usia 8 tahun..

Sy di tahun dua. Tekunnya belajar. Sy boleh membaca dan menulis dengan lancar. Tambah2 lagi sy memang minat sekolah. Kan orang bercita2 tu mesti belajar sungguh2

Dady pula bekerja keras, berpanas terik utk kehidupan kami. Pengorbanan seorang bapa itu memang tidak dapat di ukur nilainya. Dady terima kasih utk segala titik peluh selama itu Terima kasih..

Dady: sha dady belikan mainan. Suka?
Sy: suka dady..

Dady rajin bawa kami jalan2 d hujung minggu. Hari cuti adalah hari bersama keluarga. Di situ jugalah mamy dan dady dating. Sy hanya senyum melihat dady dan mamy yg begini romantik. Maklumlah cinta romeo dan juliet kan..



Di rumah memang sunyi sebab sy hanya seorang ja. Paling pun tengok tv, bermain dengan kawan2 lepas tu tidur dan makan. Dalam fikiran hanya mau sambung permainan esok. Malam buat homework nanti cikgu marah kena denda pulak kan hihi. Dady di situ juga mengajar mana yg salah dan betul. Sementara mamy memang sibuk lipat kain dan urus barang2 utk esoknya lagi

Dady: mamy sudah2lah buat kerja tu. Rehat dulu..
Mamy: sekejap lagi bang

Dady tidak mau mamy mengeluh penat atau pun sakit. Sebab beberapa menjak ni mamy selalu mengadu sakit di area perut dan bahagian sulit. Tapi bila di bawa ke hospital mamy tak mau pula.. mamy bilang sakit datang sekejap ja

Bila masa mamy kesakitan di situ juga dady menjaga mamy. Dady risau kesihatan mamy sebab mamy semakin kurus dan cengkung. Mamy pegang perut kesakitan. Sy hanya fikir mamy cirit birit atau ada baby lagi. Tau lah budak mana mau fikir benda lain..

Semakin hari mamy rasa kesakitan yg sangat teruk. Akhirnya mamy mahu berubat ke hospital. Selepas sampel darah dan pelbagai jenis rawatan. Keputusan dari hospital boleh di ambil hari ini





Di hospital

Doktor: Puan di sahkan menghidap kanser serviks tahap 3

Dady: APA..?!!

Mamy terduduk menangis. Mamy peluk sy seeratnya. Entah apa keadaan ni. Dady pula peluk mamy. Sy di antara mamy dan dady. Mau tak mau sy ikut nangis lagi kuat dari mereka. Dady bilang "isha jangan nangis tiada apa2 juga ni...". Mamy memang tiada suara lagi.. air mata laju mengalir

Sampai di rumah sy sudah lupakan tangisan tadi. Sy mau makan dan bermain lagi. Sy keluar rumah seperti biasa bermain. Mamy dan dady dari tadi asyik berbincang entah apa cerita

Mamy: sha.. mari pulang nak

Aikk mamy suruh awal balik rumah hari ni? Biasanya jam 5.30 petang atau jam 6 baru memanggil pulang. Ini masih jam 2 petang. Aduiii.. sy hentak2 kaki bawa mainan balik rumah. Mamy senyum tahu sy sedang marah

Mamy: isha punya mulut macam itik kan? Haha
Sy: mamy sy mau main lagi..!
Mamy: Mulai sekarang sha tak payah main rumah2 lagi aah.. Bagus mamy ajar isha masak nasi.. cuci piring... cuci kain. Tolong mamy di rumah kan?
Sy: isha masih budak lah mamy..
Mamy: eyaa pelan2 isha kena belajar berdikari sendiri tau..
Sy: hmmmm

Berdikari? Di umur 8 tahun? Budak mana faham.. angguk eya saja lah. Sy mula menolong mamy bilas piring. Masak nasi guna rice cooker.. macam2 kerja rumah mamy ajar sampai sy sendiri tiada masa bermain

Mamy: sha kena belajar berdikari sendiri yaa.. sha mana ada sesiapa di sini. Sha ada mamy dan dady ja
Sy: hmmm.. ok (jawapan happy lagi tu.. tak tau apa2 kan)

Hampir setiap hari mamy akan ulang perkataan yg sama. Hampir setiap hari juga mamy menangis. Kejap2 menangis sendiri. Sy tidak faham. Bila di tanya mamy bilang dia rindu mama bapa dia yg sudah meninggal. Tapi sebenarnya mamy sedih dengan penderitaan penyakit yg dia hidapi

Dady pula bertungkus lumus kerja utk mengubati mamy. Banyak kali ke hospital tapi sy tidak di bawa lagi. Mamy bilang dorang ada urusan. Rupa2nya mamy sibuk buat kemoterapi di hospital

Memasuki usia 9 tahun

Keadaan mamy makin kurus, rambut banyak kurang. Tulang2 di dada dan lengan jelas kelihatan. Mamy sakit. Sy tahu sakit dan sy dengar perkataan itu "kanser serviks" tapi sy tidak tahu apa benda. Sesekali sy dengar dady dan mamy bincang "tahap 4. Peluang tipis".. sy tidak mengerti

Di usia 9 tahun sy mula bekerja di dalam rumah menolong mamy. Mamy asyik baring dan tidak bermaya. Apa yg paling menyakitkan hati dady sudah berubah gaya

Benarlah kata orang lelaki tetap lelaki. Di waktu mamy terlantar sakit, dady makin jarang balik rumah. Dady balik rumah pun hanya tahu marah2 mamy. Dady stress melihat mamy yg tidak pandai sembuh2. Sy akan ingat memori ini di mana dady lah orang yg menyakitkan hati sy dan menyakitkan hati mamy

Mamy hanya mampu menangis. Pergerakan pun makin terbatas. Dady sudah putus asa bawa mamy berubat. Mungkinlah penyakit itu tiada penawarnya tapi salahkah utk terus merasakan kesakitan bersama biarpun ia nya bohong? Tiada apa yg lebih di perlukan bagi seorang pesakit itu hanyalah mahukan insan tersayang ada di depan mata. Mamy sesekali mengeluh kecewa biarlah dia menunggu masa di panggil illahi..

Dady hanya balik ke rumah utk mandi dan makan. Selepas tu bersiap2 jalan entah pergi kerja atau apa. Dady terus keluar tinggalkan kami di rumah. Mamy terkapus2 memanggil dady bukannya di layan malah hentak kaki dan bising terus jalan

Mamy: isha anak...

Kenapa mamy kerap menangis? Sy tidak faham situasi sekarang. Apa salah mamy kenapa mamy terus2 menangis. Kenapa dady begini sy pun tidak faham

Mamy: anak.. jaga diri selalu ya.. sentiasa berdikari
Sy: kenapa mamy..?
Mamy: mungkin mamy akan jalan jauh..

Mamy tidak pernah teruskan kata-katanya. Mamy hanya peluk dan menangis. Sy terikut-ikut menangis tapi tidak tahu apa benda

Satu hari

Dady tidak macam dulu lagi. Setiap hari dady akan bawa mamy bergaduh. Sy hanya duduk melihat dady tunjuk2 marah mamy

Dady: Kau sudah tidak boleh puaskan sy!!!
Mamy: jangan begini bang..
Dady: sy mau keluar ni..!
Mamy: abang.. kesianlah bah anak kita masih kecil lagi. Jangan buat hal..
Dady: kau diam! Kalau ikut betul2 memang sy boleh kahwin lain sebab kau bukan macam isteri lagi!

Dady terus jalan. Dady tidak mahu bawa mamy ke hospital lagi dia bilang duit sudah habis. Kalau pun dady di rumah dady hanya duduk senyum main telepon. Sementara mamy terlantar baring di situ, dady masih ada masa tengok tv dan keluar lewat malam. Sy tidak faham keadaan ini tapi bila sudah dewasa ini sy mengerti dady tidak boleh buat begitu pada insan yg dia pernah sayangi. Dady kau sudah lupa janji-janjimu pada mamy....

Mamy hanya menangis berdiri depan pintu. Entah kenapa hati sy ikut menangis. Mamy peluk sy lemah. Terlalu lemah pelukan ini tidak seperti selalunya

Mamy: kenapa sha menangis?
Sy: tidak tau mamy...
Mamy: sudah jangan nangis

Mamy hiburkan sy dengan pelbagai kerja di dalam rumah. Tiada lagi istilah makan keropok atau mainan sebab mamy bilang tiada duit utk belikan sy apa2 lagi. Hiburan sy adalah di dalam rumah dengan piring, periuk kuali, cuci kain dan menyapu

Sy ke sekolah berjalan sendiri. Dady jarang balik rumah tiada lagi yg menghantar. Lagipun jarak sekolah dari rumah boleh jalan kaki. Terasa ada sedikit beza dengan keadaan yg dulu2. Di mana ada lambaian dari luar sekolah utk mamy dan dady. Semuanya tiada lagi

Pagi sabtu

Hari cuti begini mamy tidak benarkan sy bermain lagi. Mamy bilang sy mesti di rumah belajar masak. Cuci kain. Mamy bilang semua benda mamy tidak larat buat lagi.. mamy hanya boleh duduk sekejap lepas tu baring lagi

Sy: mamy sakit?
Mamy: tidak..

Mamy bilang 'tidak' tapi mata berair. Sy lap air mata mamy entah apa kesakitan ini kenapa sy dapat rasakan ia nya sakit utk di luahkan. Mamy pegang tangan sy sekuatnya..

Mamy: kecilnya tangan sha ni.. boleh masak nasi sudah kan?
Sy: sy mau tolong mamy
Mamy: sha.. mamy sakit nak.. (mamy menangis)
Sy: sakit apa mamy?
Mamy: sakit yg tiada ubatnya..
Sy: kita pigi hospital lah mamy
Mamy: hmmm

Kami tiada duit. Selama ini pun kami hanya harap dady yg bekerja. Sekarang hampir setiap hari belanja sekolah kejap ada kejap tiada. Pakistan turun naik datang rumah menagih hutang. Mamy bilang tiada duit lagi utk bayar. Keadaan rumah kami pun tidak macam selalunya. yalah harapkan sy mengemas rumah apa jugalah..

Pagi ahad

Dady begitulah tidak balik rumah. Kadang balik rumah mabuk. Selama ini sy tidak pernah lihat dady mabuk. Pelik perangai dady bila dalam keadaan mabuk. Mamy bilang jangan dekat dady takut nanti dady pukul sy. Mamy bilang kalau nampak keadaan begini sy mesti pandai larikan diri. Dady hanya tahu memberontak sebab tiada duit utk beli minuman keras. Pelbagai jenis botol di rumah ni. Mamy hari2 bersihkan sambil menangis. Pernah sekali mamy bergaduh dengan dady

Mamy: haram bah apa abang buat ni..!!
Dady: kau apa tau?! Sy stress tengok keadaan kau macam ni! macam bangkai hidup!!!
Mamy: mengucaplah bang.. sy ni tetap isteri kau!
Dady: Aaaahhh!! Sudah!! Sy mau keluar... !!!

Dady tetap keluar. Sudah keretanya memecut laju. Mamy beginilah penderitaannya bertarung di antara sakit perasaan dan penyakitnya. Mahu di luahkan pada siapa? Tiada orang yg akan mendengarnya..

Mamy: isha.. Kalau nampak mamy dan dady gaduh. Sha tutup mata dan telinga ya? Jangan dengar
Sy: mamy kenapa dady makin jahat?
Mamy: entahlah sha.. kita sabar yaa..

Mamy bawa sy sembahyang dan ajar mengaji. kehidupan sy tidak macam dulu lagi. Sy tidak boleh ikut kawan bermain lagi sebab mamy bilang dia tiada kawan di rumah. Kesian juga mamy sendirian

Pagi

Di usia kecil inilah sy menjaga mamy biarpun dalam keadaan yg tidak teratur. Sy menyediakan bubur dan mencuci kain. Mamy pula tidak banyak cakap macam dulu.. Mungkin sebab sakit hati dan kecewa

Jiran yg datang ada juga membawa makanan dan sedikit duit sumbangan. Terima kasih semua. Mamy bilang sy kena pandai menyimpan duit sendiri. Kena pandai hidup sendiri. Mamy makin lemah. Hanya air mata yg bicara.. cukup sy fahami keadaan mamy sangat2 terseksa

Jiran ada yg bilang "kesiannya isha masih kecil lagi. Nasib ada juga dady dia". Sy di peluk oleh semua orang mungkin sebab kesiankan keadaan kami. Perkataan 'nasib ada dady dia..' Kalau lah ikatan ini boleh di putuskan. Biar sy tidak ada bapa

Pagi yg suram

Sudah hampir seminggu mamy tidak berganjak dari pembaringan. Paling pun hanya duduk kencing itu pun payah. Sy bantu mamy menukar pakaian dan lap badannya. Mamy bilang dia tidak larat lagi

Sy: mamy mau makan..?
Mamy: tidak..

Sy sudah pandai masak bubur kosong. Tekan dapur gas pun sudah arif tapi kena ada bangku utk berdiri memasak. Menjemur kain pun perlu ada bangku utk berdiri. Pendek bah sy ni haha. Bayangkanlah di usia 9 tahun ini semua kerja sy boleh buat. Mamy senyum melihat gelagat sy tapi sekejap begitu menangis lagi

Mamy: anak.. mamy makin lemah syg
Sy: mamy.. jangan sakit ok. Kan mamy janji mau sihat?
Mamy: eyaa..

Mamy berpura2 senyum. Keadaan yg kurus dan rambut semakin nipis. Tiada lagi masakan yg sedap2 di rumah ini. Hanya bubur kosong berlaukkan garam atau kicap. Mamy tidak ke dapur masak atau buat kerja yg berat2. Tambah lagi tiada apa yg boleh di masak kecuali beras. Dady..? Entah hilang ke mana..

Mamy ada janji akan sihat dan tolong sy membuat kerja rumah. Kalau mamy sudah sihat sy pasti boleh bermain lagi. Sebab itulah sy semangat buat semua kerja rumah. Tapi semuanya ini bohong... mamy tidak akan sihat...

Mamy: kalau mamy tiada isha kena jaga diri yaa?
Sy: mamy mau pigi mana?
Mamy: tiada apa2... (senyum tapi menangis)

Mamy: berat hati mamy mau tinggalkan isha masih kecil begini. Tapi sakitnya ini hanya Allah yg tahu. Mamy tidak mampu lagi
Sy: sakit sangat kah mamy?
Mamy: (angguk kepala ya. Menangis)
Sy: marilah kita pigi hospital
Mamy: kita tiada duit.. lagipun buang duit saja penyakit mamy tetap membunuh mamy akhirnya
Sy: nanti minta duit sama dady kita p hospital
Mamy: (geleng kepala jangan. Menangis)

Duit? Apa lagi mau di minta sedangkan belanja dapur pun tiada lagi. Belanja sekolah pun tiada. Sy bersyukur sebab mamy sentiasa mengambil hati sy biarpun dengan benda2 kecil. Mamy bawa sy bercerita dan hiburkan hati sy dengan menonton tv sampai bosan. Mamy bilang jangan tinggalkan dia di rumah sendirian. Lepas dari sekolah mesti cepat2 balik sebab mamy sy rindu.. Rindu ini hanya Allah yg tahu

Satu hari

Dady datang membawa satu perempuan balik ke rumah. Kononnya hanya kawan biasa. Mamy marah dan kecewa. Rupanya dady memang mahu kahwin. Mamy menangis tidak setuju. Tapi adakah semua ini di kisahkan lagi? Adakah cinta itu senang berubah hati? Adakah penyakit itu menghalang hubungan suami isteri? TIDAK. Biarpun hubungan seks semata2 tapi salahkah cinta itu masih ada? Tidak kah perlu bersabar utk mamy pergi dahulu? Sedang pun dady tahu penyakit ini tiada ubatnya dan mamy hanya menunggu masa utk pergi? Benarlah cinta itu kejam. Sampai hati dady kan.. Dady tahu kah kecewanya hati sy? Kecewanya hati mamy? Semoga Allah ampunkan dady.. in shaa Allah

Selepas kejadian dady membawa perempuan balik rumah, dady dan mamy setiap hari bergaduh. Akhirnya mamy tidak mahu halang lagi. biarkan saja...

Keadaan mamy yg sudah tidak berdaya. Terbaring lemah dan semakin lemah. Hanya ehsan dari jiran2 yg datang melawat kami di sini. Jiran tidak tahu keadaan dady mereka fikir dady setia dengan mamy dan menjaga kami dengan baik. Padahal isi rumah ini sudah kosong termasuklah perut kami sendiri. Dady hanya tahu berseronok. Kononnya penat bekerja. Sy masih budak saat ini! Kenapa dady berikan sy memori sebegini..??!!!!

Dady makin kerap bawa perempuan balik ke rumah. Mamy sudah tidak mahu halang lagi. Kalau benarlah dady mahu kahwin lagi hanya satu permintaan mamy "Carilah perempuan yg baik2 utk menjadi ibu isha". Kenapa sy di carikan ibu lain? Apa maksud semua ini? Dady.. kau taukah ibu sy hanyalah satu. Sy tidak mahu mamy di gantikan oleh mana2 perempuan di dunia ini. Sy sayangkan mamy dunia akhirat

Pagi sentiasa suram

Sy dan mamy menonton tv seperti biasa. Tiba2 dady masuk rumah bawa satu perempuan lagi. Mamy hanya diam tiada cakap apa2 lagi. Mamy biarkan saja apa dady mau buat. Mamy bilang anggap saja tiada apa2. Mamy panggil sy dekat di pembaringannya. Mamy bilang jangan pedulikan dady.. biar sy di sini dekat mamy

Dady berlagak seolah2 mamy tiada depan mata. Perempuan tu pun buat bodoh! Kononnya itulah bakal mama tiri sy. Ciss!!

Dady bawa masuk perempuan tadi di bilik katanya mau berehat. Boleh2 di dalam bilik atas katil mamy dan dady. Sy budak2 pun boleh fikir ini salah. Dady kau dengarkah...?? Sy tidak pernah maafkan kau kerana lukakan hati mamy seperti ini

Mamy: sha biarkan nak.. mari sini

Kami duduk di ruangtamu. Dady hanya bersuka ria dengan perempuan tadi. Mamy menangis tanpa suara

Sy: mamy kenapa nangis?
Mamy: tiada apa sha..
Sy: apa dady buat tu?
Mamy: sha tutup mata dan telinga. Tiada apa2..

Mamy peluk sy dalam tangisan. Hanya dalam hati berdoa pedih. Sy tidak faham sepenuhnya.. apa yg sy tahu sy benci dady

Mamy: mamy sayangkan isha... kesian anak mamy... (menangis)
Sy: sy pun sayangkan mamy..
Mamy: jaga diri selalu ya.. mamy sayangkan isha dunia akhirat. Teruskan hidup biarpun tanpa mamy... (Air mata yg bicara)
Sy: mamy mau ke mana?

Mamy tunduk menangis

Sekejap2 kami mendengar teriakan dari dalam bilik. Suara perempuan tadi ketawa. Lepas tu ada nada seperti sedang asyik. Rumah kami ni pemisahnya hanya dinding nipis tiada double walling. Tiada syiling. Memang jelas lah suara sedang ehem ehem dari dalam. Sy marah! Benci! Tapi sy masih budak yg tidak tahu apa tindakan yg perlu di buat. Suara makin kuat. hentakan jelas kedengaran dari luar.. sy cuba tengok di celah2 pintu sebab tidak berkunci. Sy nampak dady dan perempuan tadi tanpa baju sedang rancak melayan di antara satu sama lain. Dady tidak malu kah? Kenapa sy rasa jijik! Dady sy benci kau!!!! Inilah hari yg sy tidak akan lupakan betapa bencinya sy dengan dady. Noktah!

Akhirnya mamy duduk dari pembaringan dan cuba berdiri itupun dalam keadaan yg sangat lemah

Sy: mamy mau pigi mana?
Mamy: mamy mau tengok dorang dalam bilik. Tolong kasi berdiri mamy

Sy bantu mamy berdiri itupun dalam keadaan perlahan-lahan. Mamy buka pintu yg tidak berkunci. Terkejutlah dua jahanam di atas katil tanpa baju. Dady fikir mamy tidak akan berdiri sebab itulah tak perlu kunci bilik. Kononnya dorang hanya baring2 berehat padahal berzina! Mungkin fikiran dady itu bakal isteri dia. Semua ini salah! Sial! Sial seorang yg bernama bapa..!! Dady kau taukah memori ini..? Mata ini..? Hati ini..? Sakitnya hanya Allah yg tahu..

Dady: kau kenapa..??!!!




Dady teriak di muka mamy dan cuba tutup pintu tapi mamy tolak buka

Mamy: perempuan murahan! Begini kah kau mau jadi mama kepada anak sy..?!

Dady cuba memukul tapi tidak sampai hati melihat mamy sedang sakit. Sy di pegang mamy utk berdiri. Dady dan perempuan tadi sibuk mengenakan pakaian masing2. Sungguh2 tiada maruah!

Mamy: sampai hati dady buat begini kan?! sy tidak akan maafkan abg..
Dady: sudahlah !!!
Mamy: Kau tengok bah anak kita ni!!! Apa dia sudah nampak!!
Dady: dia tidak tau apa2 lah ni!

Mamy menangis sekuat hati. Saya? Tidak tau apa2..? Mamy menangis begini pun sy tahu kesakitannya. Mamy sungguh2 menangis. Tangisan semakin reda pautan tangan mamy semakin lemah

Dady: Kau diam lah! Ini anak dari dulu memang menyusahkan kita!!!

Saya...? Menyusahkan? Sy faham itu maksud. Sy menangis sambil meeluk mamy. Mamy peluk sy sekuat hatinya tapi semakin lemah. Akhirnya pautan mamy terlepas. Sy cuba sekuat hati pegang mamy.. mamy tetap terbaring longlai

Mamy: Alisha anak.. mamy sayangkan isha..
Sy: mamy.....

Mamy: Asyhaduallah illahaillallah wa'asyhadu anna muhammadar rasullulah

Ertinya ;
Aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan ALLAH. Dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad itu adalah pesuruh ALLAH

Mamy menutup mata buat selamanya... Innalillah wa'inna ilaihi rojiun

* Kerana ini cerita benar mohon kepada readers beragama islam sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Ibu isha yg telah pergi ke Rahmahtullah pada Tahun 2010. Semoga Rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yg beriman. AL-Fatihah. * Bersambung..







LihatTutupKomentar