-->

Jaan punching bag full part 1-15 ( 2 )



* Terima kasih kepada readers yg sedekahkan Al-Fatihah buat arwah mamy. Sy pula melebih2 sedih sebab terimbas kenangan pahit yg lalu. Sy berjanji akan teruskan hidup ini sehinggalah sy menemui kebahagiaan utk diri sendiri. In shaa allah. *

Mata mamy tertutup rapat buat selamanya..

Sy rapatkan muka di muka mamy. Terasa badan mamy semakin berat, kaku dan pucat. Tangisan kuat mamy tadi tiba2 berhenti. Bagaimanakah sy ini? Dady kan teriak tadi dia bilang sy menyusahkan... saya? Menyusahkan..?

Sy: mamy kenapa ni...?

Sy: mamy.... mamy

Mamy pucat. Tiada hembusan nafas lagi. Kenapa mamy begini? Sy teriak dan menangis sekuat hati

Sy: DADY....!!!!!



Dady makin cemas. Perempuan tadi pun panik melihat keadaan mamy. Dady pegang mamy.. lepas tu dady berdiri pegang perempuan tadi "syg pulang dulu. Nanti abg call k?" Perempuan tadi angguk kepala ketakutan. boleh2 lagi dady p kiss tu perempuan depan sy! Depan jasad mamy bah.. sungguh durjana!

Perempuan tadi terus berlari keluar. Hanya tinggal sy dan dady meraung menangis

Dady: ya Allah.. Syg bangun.. bangun...
Sy: apa dady sudah buat?! kenapa mamy begini?!

Dady: kau diam!! Jangan cakap apa2 yg kau nampak tadi!! (Marah)
Sy: sy mau bagitau orang apa dady buat!
Dady: tau lah apa jadi kalau kau cakap!

Dady ugut akan pukul sy sampai mati macam dia buat pada mamy. Dady ugut boleh bunuh sy bila2 masa. Sy bukan saja menangis ketakutan tapi sedih kehilangan mamy

Sy goyangkan badan mamy tidak bergerak lagi... Mamy.... Mamy... Mamy janji akan sihatkan? Mamy tipu... Mamy...

Tangisan demi tangisan. Di usia 9 tahun tanpa mamy. Apa akan jadi? Benarkah kata orang 'Biar bapa yg mati, jangan mama' ?? Mamy apa sy perlu buat ni..? Mamy bangun lah...

Dady teriak ke rumah jiran sebelah minta tolong. Ramai jiran yg datang menolong keadaan. Ada juga yg sudah mengesahkan mamy sudah tiada lagi. Mamy di baringkan di tilamnya tadi. Kesiannya bubur tadi pun tidak sempat di makan. Beberapa hari ni memang mamy tidak ada selera makan mungkin sebab bersedih

Seorang imam dan beberapa bidan kampung datang ke rumah utk mengurus jenazah mamy. Saudara sebelah mamy ada juga yg datang membantu mengurus jenazah mamy. Hanya saudara jauh.. Dalam dunia ini sy hanya ada mamy dan dady. Bila sy mahu di bawa oleh makcik dady bilang "Sy boleh jaga anak sendiri. Sy boleh tanggung isha...". Benar kah? Ya Allah macam mana kehidupan akan datang?

Kesemuanya turut bersedih sebab mamy baik orangnya dan cukup di kenali oleh jiran2 kami. Hanya ayat ini berulang2 dari semua orang "kesian anaknya masih kecil lagi..."

Sy menangis dalam pelukan makcik2 yg datang ke sini. Dalam hati sy 'makcik pelihara lah sy.. makcik tolong lah sy..' tapi dady kejap2 datang ke tempat sy bagi amaran jangan bising atau cakap apa2. Sebab dady bilang sy hanya ada dady dan akan hidup dengannya

Dady lupakah dulu kau sayangkan mamy? Sayangkan sy..? kenapa dady berubah? Dady satu2nya yg sy ada tapi dady sudah mengecewakan hati mamy dan buatkan sy benci ada bapa!

Dady meraung menangis. Seolah-olah pedihnya kehilangan. Tapi itu semua lakonan. Air mata drama yg di buat2. Tangisan dady makin kuat sedang di tenangkan oleh beberapa orang. Benarkah nilai air mata itu..? Bagaimana membezakan air mata palsu? Sungguh2 manusia itu penuh agenda. Macam mana lah keadaan selepas ini? Entah..

Mamy di mandikan dan di kapankan. Hanya sekujur tubuh berbalut kain putih di atas tilam ini. Sy duduk menyaksikan keadaan mamy di pembaringan sehinggalah badannya di tutup habis oleh kain putih. Kenapa sy berteriak nangis? Perasaan apakah ini? Mamy kita akan berpisah kah? Inikah maksud mamy mahu pergi jalan jauh? Mamy bawalah sy bersama. Sy terus2 menangis dan di peluk oleh makcik yg ada di sini. Mata sy bengkak menangis. Hati sy sakit. Sy benci dady! Sy tidak mahu hidup dengannya!

Selesai saja majlis pengkebumian, sy dan dady balik ke rumah. Memang suasana sibuk dari tengah hari tadi hinggalah ke petang. Dady masih menangis sedih entah betul atau tidak. Dady di hujung sana masih menangis sendiri. Sy pula duduk dekat tilam mamy. Terbayang2 muka mamy baring di sini. Petang begini mesti mamy suruh masak bubur. Bubur berlaukkan kicap.. garam. Ya Allah sedihnya hati sy

Sy sapu2 tilam pembaringan mamy. Menurut makcik tadi tilam ini akan di bentang selama 7 hari. Sy boleh baring di tepinya seperti selalu. Sy baring sekejap dan tertidur sendiri kerana letih dari sejak pagi tadi menangis. Kejap2 sy terbangun sebab terbiasa mamy suka panggil nama isha.. terngiang2 nama sy di panggil.. 'isha anak...' Sy duduk tengok sekeliling kosong..

Mamy... mamy ada di sini kah? Bersama isha? Kenapa isha tidak nampak mamy..? Sy sambung baring di hujung katil menangis




Di luar sana ada beberapa orang bersembang dengan dady. Ada juga jiran2 sediakan minuman utk orang ramai. Sy pusing menghadap tilam mamy. Apa yg boleh di peluk lagi? kosong. Sekosong itulah hati sy sehingga kini..

Selama 7 hari ini dady balik2 ingatkan sy jangan terlepas cakap dengan orang ramai. Sy mesti diamkan diri. Kalau sy terlepas cakap dady akan bunuh sy. Sy takut di bunuh.. Sy tidak dapat lari ke mana2 lagi sebab dady penuh dengan drama lakonan

Sy baru berusia 9 tahun masa ini. Adakah begini keindahan dunia sebenar? Kenapa kawan2 di sekolah bercerita gembira keadaan di rumah mereka? Kenapa kawan cerita dady mereka penyayang belikan dorang pencil.. buku cerita dan macam2 lagi? Kenapa kawan harijadi di sambut di sekolah penuh meriah? Kenapa sy tidak merasa harijadi lagi? Sy sudah lupa bila kali terakhir harijadi sy di sambut. Sy masih kecil masa itu dan ternyata memori kecil ini tidak boleh ingat kesemuanya. Dan bila memori ini semakin membesar ia nya penuh dengan kenangan pahit! Bagaimana melupakannya bila inilah memori awal tercipta. Di sini. Di rumah ini.. pada keluarga sendiri..

Sy bersekolah seperti biasa tapi begitulah keadaan tetap stress. Dady......? Dia cuba kelirukan sy dengan kematian mamy. Kononnya sy lah punca mamy meninggal dunia. Mamy dapat penyakit kerana sanggup melahirkan sy. Mamy meninggal kerana dia lahirkan anak sial macam sy! Mamy meninggal kerana sy.. dan sy terus2 ingat mamy meninggal kerana sy. Mamy sy takut...

Tapi bila sudah melonjak dewasa ini, sy tahu semuanya berpunca dari dady. Dady.. kau bukan saja tidak layak menerima cinta mamy tapi kau tidak layak di jadikan seorang bapa! Sy berterima kasih kerana kau adalah bapa kandung sy tapi kalau ia nya boleh di ubah.. biarlah sy tiada bapa. Ya Allah ampunkan dady..

Setiap hari kehidupan penuh dengan tekanan. Dady asyik pulang dalam keadaan mabuk dan tidak terurus lagi. Sy akan jadi punching bag bila dady marah dan tiada duit

Ya punching bag.. Bantal pukul tu. Punching bag sesuai dengan diri sy.. Tempat org melepaskan geram, marah!

Punching bag fungsinya hanya utk di pukul. Di tendang apa pun tiada rasa.. sebab memang itulah tempatnya utk melepaskan geram. Bayangkan kalau badan manusia di jadikan punching bag? Rasanya best kah?! Cukuplah sy seorang yg merasanya.. Sakitnya mungkin boleh hilang. Parut luka itu pasti beransur pulih. Tapi... ingatan parut di hati itu kekal. Yaa ada di sini di hati sy. Jangan ada di antara kamu jadi macam sy yaa.. cukuplah sy seorang menahan derita ini

Sy bukanlah isha yg di sayangi seperti dulu. Dady bilang sy hanyalah budak yg tiada guna dan membawa masalah kepada dady. Dady bilang sy sudah membuang masanya utk dia menjaga sy dan sy adalah bebanan hidup dady. Kalau inilah pengakhiran kisah di antara bapa dan anak sy terima. Tapi darah itu tidak dapat di putuskan sesuka hati. Sy adalah darah daging seorang bapa durjana. Ya rabbi.. Ya Tuhan ampunkan dady

Satu malam

Sy sedang kusyuk menonton Tv, dady balik rumah membawa perempuan lagi tapi dalam keadaan senyap2. Mungkin takut kedapatan oleh jiran. Sy hanya mampu diamkan diri dan melihat kejahatan dady. Mula2 sy fikir semuanya adalah kawan biasa tapi ternyata salah. Mana ada lelaki dan wanita berkawan hingga ke dalam bilik bersama. Sy mesti diam sebab dady penuh dengan amaran marah dan bunuh

Malam yg sepi hanya suara dua insan durjana di dalam bilik kedengaran. Sy dekatkan telinga ke dinding memang ternyata mereka sedang melakukan benda yg sama sewaktu mama membuka bilik hari itu. Sy tidak mau ambil tahu takut kena marah. Sy hanya bersedia menunggu masa utk menyelamatkan diri saja

Pada usia 9 tahun ayat inilah yg sy akan ingat hingga ke hari ini 'sy benci dady!'. Entah apa cara yg akan mengubah diri dady... Alllahualam. Hanya Allah yg tahu..

Siap berasmara mereka keluar dari rumah seolah-olah hotel persingahan. Lepas dari tu tidak muncul2 lagi. Seingat sy perempuan tadi bukanlah perempuan tempoh hari. Pelbagai jenis perempuan yg berbeza2. Entah mahu benci lelaki atau perempuan? Adakah perempuan itu terlalu murah maruahnya hingga sanggup ikut ke mana saja.. Dan lelaki pula? pantang di sorongkan bantal mau saja! sy benci dady...!

Selepas kematian mamy hari itu. Sy tidak ke sekolah lagi. Apa lagi utk urusan sekolah sedangkan makan minum sy pun tiada. Harap makan telur atau sayur yg di pungut di belakang rumah. Kira baguslah kalau ada telur kalau tiada bubur sajalah. Entahlah macam mana kehidupan di hari akan datang? Sy hanyalah sebatang kara! Yatim! Tapi masih ada dady yg tidak berguna

Pagi

Sy sudah terbiasa membuat kerja di dalam rumah dan memasak. Sy pandai cuci kain.. entahlah bersih atau tidak tapi semuanya terpaksa di lakukan bersendirian. Pagi ini sy hanya makan bubur dari semalam hanya di panaskan. Bubur saja yg ada

Sedapnya makan keropok.. ice cream.. biskut.. semua tiada lagi. Sy mesti bersabar. Kadang sy hanya duduk di beranda rumah melihat sebaya sy sedang asyik makan dan bermain. Saya..? Sy adalah punching bag

Dari kejauhan kereta dady sudah memasuki parking depan rumah. Hati berdebar kencang perasaan takut bercampur sedih dan kecewa. Sy tidak boleh berpura2 tidur tidak pasal2 sy akan di tendang di perut atau pun di hambat lagi. Sy kena sediakan diri. Mengigil lutut, jantung mengencang laju. Sy pastikan dady tidak memegang apa2 di tangannya kerana benda itu pasti hinggap di badan ini. Ketakutan ini hanya Allah yg tahu

Dady masuk ke rumah terus2 menghempas barang. Marahnya sebab kalah judi. Main daun dan nombor ekor. Tak taulah kenapa dady pun pandai main judi. Apa yg sy tahu bila dady sampai di rumah pasti marah dan mula memukul dengan cara mengumban barang2 apa yg ada depan matanya. Sy perlu mengelak dan selamatkan diri

Dady: kau sudah masak kah?!
Sy: dady tiada apa yg boleh di masak. ada bubur ja..

Dady keluar rumah mencari beruti besar. Inilah garisan pertama di badan sy. Garisan kedua.. garisan demi garisan.. lebam dan luka bercampur air mata. Bestkah rasanya? Darah mengalir tapi parutnya ini ada di hati. Sakitnya hanya Allah yg tahu....

Dady: anak sial!! Pukimak kau !!!!!

Dady masih asyik dengan beruti.. Sy mahu lari ke mana? Memang tidak ada jalan keluar. Pintu di tutup rapat. Dady bilang jangan teriak. Sy menahan sakit dan tangisan. Ada juga terasa mau pengsan tapi dady siram dengan air lagi. Garisan luka demi garisan berwarna merah ungu dan berdarah. Lebam dan sangat2 pedih terkena air. Berapa kali sy cuba halang dengan tangan kecil ini? Tangan saja yg tidak putus di tibai dengan beruti...

Usia 9 tahun di pukul begini? Mungkinlah Tuhan masih mahu menyelamatkan sy. Tulang kecil ini kenapa begini kuat? Adakah sudah azali? Sakitnya... Tangan dua2 di mulut takut keluar suara

Dalam keadaan sakit begitu dady hanya buat bodoh masuk bilik dan tidur. Dady bilang jangan keluar rumah tutup pintu. Jangan kan tanah susah utk berpijak, matahari dan udara pun susah utk di nikmati... Kejam sungguh dunia ini! Kejam kerana semuanya berpunca dari rumah ini! Dari bapa sendiri!

Sy menangis di penjuru ruangtamu ketakutan. Sy lihat satu2 luka di badan, kaki bahu, tangan semuanya berdarah. Di ruang tengah ini masih ada beruti tadi berampai di ruangtamau. Sy perlahan2 ambil beruti tadi buang jauh dari luar dapur. Sy tahu kalau dady jumpa kayu ini pasti akan berakhir di badan sy lagi.. sy angkat kayu dan buang. Sy duduk di dapur menangis..

Sy mandi dan periksa badan sendiri terasa pedihnya terkena air. Sy menangis tutup mulut. Air paip sy bagi kuat supaya tangisan tidak di dengari sesiapapun. Sy mandi tanpa bersabun kerana pedihnya makin terasa. Lengan kecil ini memang berdarah dan bengkak. Belakang tengkuk pun ada darah pedih sungguh. Mungkinkah parut ini akan menjadi memori terbaik yg sy ada? Begitukah?? Sy benci ada ingatan sebegini...

Di usia 9 tahun

Kehidupan terpaksa di teruskan. Sy tidak bersekolah lagi. Jangan kan sekolah. Makan minum sy pun tidak di ambil peduli. Syukurlah kalau di belikan telur. Sy terpaksa memungut sayur di belakang rumah. Itupun sayur yg terbiar. Memang tiada pilihan lain utk teruskan hidup. Kalau semua makanan sudah habis.. terpaksalah berlapar lagi. Apa lagi harapan yg tinggal? Tiada apa2. Sy harus pergi ke mana? Entahlah.. tiada jalan

Satu pagi

Sy sedang sibuk mengemas bilik dady yg berselerak. Sy terjumpa satu serbuk putih berbentuk kristal. Sy hanya pegang letak semula takut juga mau buang dady kan cepat marah. Dalam bilik ni ada juga aluminium foil, lighter dan straw. Banyak gelas kosong dan botol minuman keras. Semua ini sy tidak tahu apa kegunaannya. Apa yg sy tahu inilah hobi dady. Semua barang ini kegemaraan dady. Sy hanya susun bagi kemas elok2 di atas meja. Tiba-tiba dady masuk ke dalam bilik.. Nah! meradang lagi

Dady: pukimak punya anak!! kenapa kau sentuh barang2 sy hahh?!! Mau kena lagi ni !!

Kali ini dady ambil paip hos hitam utk melibas ke badan sy. Taukah sakitnya macam mana? Sakitnya sampai ke hati. Hanya Allah yg tahu betapa sakitnya sehingga sy terbaring meronta utk minta di lepaskan. Air mata ada tapi bunyinya tidak di dengari.. Sebaknya di dada menahan kesakitan ini. Mungkin saja parut di badan akan hilang tapi memori ini kekal dalam ingatan. Ya Allah ampunkan dady.. Sy sentiasa mengampuni kesalahannya..

Sy berlari ke mana pun memang tidak dapat lagi. Hanya menunggu terkena libasan hos tadi. Sy menangis meraung minta ampun tidak di layan lagi. Dady sudah lupa sy anak kesayangannya.. satu2nya anak yg dia ada. Setiap hari dady ingatkan diri sy ini membawa malang dan menyusahkan. Paling pedih ayat yg keluar dari mulut seorang bapa

Dady: bagus kau jual badan supaya kita ada duit! bawa faedah lagi..!!

Jual badan tu macam mana pula? Apa maksud? utk umur 9 tahun di suruh menjual badan? Sy binggung dan takut. Perasaan setiap hari hanyalah ketakutan dan kesengsaraan. Ya Allah sy berlindung di bawah langitmu..

Selepas memukul dady akan buat bodoh.. suruh masak. Sy berdiri terinjut2 kesakitan sambil pegang pinggang yg sakit. Kesakitan semalam belum hilang lagi malah di tambah lagi. Sy berdiri mengeletar takut bersuara tiada apa yg boleh di masak beras pun tiada

Suara sy perlahan "Dady tiada beras..." Sy bercakap pun dalam keadaaan mengeletar ketakutan dan menangis. Dady terus berdiri dan mencari benda lain lagi utk memukul. Kali ini wayar besi yg selalu orang guna buat jemuran. Tau macam mana rasanya? HAHA tidak boleh di bayangkan lagi. Garisan demi garisan.. Tetesan darah menitik, lebam sana sini. Sy halang dengan tangan.. lengan lagi di tarik kasar. Sy di humban ke penjuru dinding di tendang. Sakitnya perut dan kaki terkena kerusi.. "ampun... ampun dady......"

" ampun... ampun.... sakitnya.. dady sakit.. ampun..."

Dady: Kau memang anak sial! menyusahkan hidup! kenapa bukan kau yg mati!!!! bagus kau yg mati!!!!!!

Dady: mati kau sial....!!!!!!!

Apa saja benda di dalam rumah ini akan di hempas ke badan sy. Kepala sy sudah biasa terhantuk sana sini.. rambut di tarik sekuat hati. Sy hanya menahan tangisan. Dady bilang kalau sy teriak dia akan bunuh sy. Sy terpaksa menahan tangisan. Kadang air mata sudah kering.. Sy menjadi bisu tanpa suara

Lepas memukul dady akan keluar rumah kadang balik kadang tidak. Sy di rumah hanya hidup dengan minum air. kadang ada bubur kosong ataupun langsung tidak makan. Dady bilang jangan keluar rumah sebab takut orang nampak keadaan sy penuh dengan luka2 di muka dan badan

Dady sudah keluar rumah. Tinggal lah sy di rumah sendirian itupun rumah berkunci. Sesekali tu ada juga orang mencari dady tapi tidak tahu apa urusan. Ada juga pakistan tua yg datang menagih hutang. Dady sudah tidak peduli hutang atau apapun urusan di dalam rumah

Satu pagi

Tiba-tiba rumah kami di ketuk. Sy buka pintu pelan2 itupun dalam keadaan takut2. Rupanya kawan dady. Sy tidak kenal. dia bilang mencari dady

lelaki: adik.. uncle mau tanya dady ada di rumah?
Sy: tiada uncle..
lelaki: kenapa tutup pintu?
Sy: tiada apa2 uncle

lelaki tersebut sy panggil uncle sebab beza umur kami pun mau2 15 tahun. Lelaki tersebut suruh sy keluar duduk di luar rumah sebab dia tidak mau masuk ke dalam rumah. Jadi kami duduk di luar rumah bercerita. Lelaki tersebut kesian melihat keadaan sy begini. Tak perlu di cakap.. hanya melihat keadaan muka dan badan sy pun memang taulah apa keadaan sy sekarang ni

Lelaki: nama uncle randy..
Sy: ...... (hanya diam)
lelaki: siapa nama adik?
Sy: isha

Randy: isha boleh panggil abang atau uncle pun boleh ja
Sy: ya
Randy: kesian dengan keadaan kamu sekarang ni.. mesti dady ada pukul isha kan?
Sy: (diam)
Randy: dady kamu ni baik bah orangnya tapi itulah gara2 syabu ni sudah memusnahkan hidupnya. Keliling pinggang hutang. kalah judi lah. lepas tu minum lagi.. hmmm
Sy: dady sy ada hutang kah sama uncle?
Randy: adalah tu..



Selepas dari hari tu uncle randy selalu datang ke rumah bercerita dengan dady. Memang uncle randy kawan dady entah rapat macam mana. Yang pastinya uncle randy sangat baik dengan budak hingusan macam sy ni. Uncle randy bilang dia kesiankan hidup anak kecil macam sy di dera dengan kejam. Sy merasakan sudah ada penyelamat sekarang. Uncle randy bilang sy mesti anggap dia seperti bapa sendiri. Uncle randy boleh mengantikan tempat dady. Terima kasih kerana ada juga manusia prihatin

Hampir setiap hari uncle randy dan dady berjumpa di rumah kami. Entah apa perbincangan sy pun tidak tau. Uncle randy kerap datang ke rumah bawa makanan KFC, McD dan macam2 lagilah. Inilah makanan pertama kali yg sy rasa cukup istimewa. Budak mana yg tidak happy dapat makanan dan di belai seperti anak sendiri. Uncle randy sudah menjadi bapa angkat sy.. Terima kasih kerana menjaga sy dengan baik. Merasa jugalah sy ada seorang bapa yg penyayang

Uncle randy juga rajin bawakan mainan dan bawa sy jalan2 ke taman permainan. Inilah saat yg sy rasa seronok di zaman kanak2 yg kurang kasih sayang. Sy sangat happy sebab masih boleh merasa permainan seperti anak-anak lain

Uncle randy juga selalu bawa makan di restaurant dan tidak pernah berkira. Rupanya dia bekerja di satu pusat kerajaan area sepanggar. Berduit dan semuanya serba lengkap. Uncle randy bilang dia mau mengambil sy sebagai anak angkat sebab dia pun banyak masa bukan ada isteri mau di jaga. Lagipun sebagai ehsan manusia uncle randy kesiankan hidup sy yg penuh dengan penderitaan. Sy okok sajalah sebab masih budak kan.. apa yg sy tahu uncle randy orang pertama yg paling mulia dan baik. Uncle randy menjaga sy dengan baik seperti anak sendiri. Sy bersyukur sebab merasa kembali di sayangi sebagai anak

Memasuki umur 10 tahun

Dady masih begitulah kadang balik rumah kadang tidak. Kadang naik angin kadang mau memukul lagi. Tapi semenjak ada uncle randy, dady jarang memukul lagi. Uncle randy selalu nasihat dady supaya jangan melepas geram dengan sy. Uncle randy juga kerap membawa belanja dapur jadi sy boleh masak. Dady pun tidak jadi menganas sebab ada makanan tersedia

Satu malam

Dady balik ke rumah dalam keadaan mabuk. Dady menghempas semua barang dan terbaring sana sini. Mengamuk entah apa2. Sy berdiri di sebelahnya kira mau betulkan keadaannya tidur. Dady pandang sy lain macam. Dady cuba merogol. Kuatnya pegangan tangan dady memang tidak dapat di kawal lagi. Sy kuatkan diri melawan. Dalam keadaan ketakutan sy cepat2 berlari masuk ke dalam bilik kunci. Dady meraung nama mamy " Sayang... sayang...." Mungkin kerana muka sy lebih kepada mamy, dady fikir sy lah mamy. Ya Allah selamatkanlah sy di malam ini..

Sy kunci bilik rapat. Sediakan benda utk memukul. Sy hanya duduk ketakutan. Sy kena sentiasa bersedia utk selamatkan diri

Tiada apa juga keajadian malam tu. Sy nekad akan menyelamatkan diri atau larikan diri jika ada kes begini lagi. Selepas kes malam tu bukan setakat sekali. Sudah berkali2 percubaan merogol tapi sy tetap lari dan teriak. Dady tidak teruskan dia hanya terus meradang tidak tentu pasal. Takutnya sy di pukul tapi lebih takut bila cuba di rogol. Emosi di zaman kanak2 begini rupa?! Sy benci dengan bapa sendiri! Sy bukan saja ketakutan tapi trauma dengan keadaaan yg berlaku selama ini...

Bermacam2 alat seperti kayu besi dalam bilik sy sediakan. Takut kalau dady cuba merogol lagi sy kena lawan balik dengan cara apa sekalipun. Sy hanyalah budak berumur 10 tahun.. Dady kau tidak kesiankan sy kah...? Dady bilang kalau sy ni boleh di buang saja memang lama sudah di buang tapi sy anaknya. Dia terpaksa bertanggungjawab biarpun dengan begini cara...

Mamy... Satu saja sy mau cakap kalau lah nyawa boleh di ganti biarlah sy yg mati bukan mamy. Kenapa sy di lahirkan ke dunia ini? Sy tidak mengerti apa erti kehidupan itu.. Apa erti nilai kekeluargaan itu? Semuanya hanya kesakitan dan kesengsaraan. Mamy serulah namaku biar sy mati pergi bertemu mamy di sana. Ya Allah cabutlah nyawaku...

pagi

Awal pagi lagi dady sudah keluar dari rumah. Entahlah apa dady mau buat kerja pun tiada. Setiap hari sy hanya berharap uncle randy akan datang ke rumah bawakan mainan atau makanan yg sedap2. Terima kasih utk ehsan manusia yg berbuat baik

Tiba2 ada lagi mengetuk rumah

Pakistan: Assalammualaikum..
Sy: walaikumsalam
Pakistan: adik.. bapa ada di rumah?
Sy: tiada
Pakistan: bapa tiada keraja kah adik..?
Sy: tidak tau
Pakistan: ok. nanti bapa datang bagitahu sy mahu jumpa sama dia
Sy: ok

hmmmm banyak hutang kami sama pakistan ni. Bukan saja di sebabkan perabot di rumah tapi dady juga mungkin pernah meminjam duit dengan pakistan ni. Bukan saja pakistan yg datang menagih hutang. Pelbagai jenis manusia datang mencari dady.. Mungkin juga sebab urusan hutang atau serbuk putih yg selalu di ambil dan berbayar. Serbuk kegilaan dady.. 'syabu'

Dari kejauhan kereta alza sudah sampai. yeyeee itu kereta uncle randy. Sy happy

Randy: nah makanlah dulu

Sy makan penuh selera dan di layan dengan begitu baik sekali oleh uncle randy. Biarlah lagipun dia anggap sy macam anak jugakan. Siap makan uncle randy akan bawa sy jalan2 di area kk. Uncle randy juga selalu belikan baju cantik2. Lepas tu hantar pulang macam biasa. Dkady..? mana kisah semuanya tu. Dady hanya hidup dengan dunianya main judi, hisap syabu dan moginum. Syabu adalah menu utama dady..

Syabu..? Methamphetamine atau 'ice'. Sejenis dadah perangsang. Berbentuk tepung kristal. Sekali merasa hari-hari mau. Maklumlah orang syabu ni boleh merasa syurga itu dekat. Bila masa berimaginasi jadi ultraman pun boleh jadi. Sekali dos boleh membahagiakan diri boleh tidur berhari2. Rasa sakit semua pun hilang. High tahap gaban dewa dewi kama menjadi Tuhan pun boleh jadi. Bila sudah berhalusinasi dia boleh melihat dinosour.. ular besar. Berlari lah tu ketakutan lepas tu beraksi macam ultraman berlawan dia fikir menang lah tu haha. Tapi... bila 'kicknya' sudah hilang.. Nah ! Jadilah buas, jadilah pencuri, jadilah bermacam2 karakter... Pemikiran sudah kena racun kan. Jangan kan anak bini dia lupa.. Diri sendiri pun dia tidak sedar. Kenapa perlu memilih jalan ini..? Kerana manusia itu mahu rasa lebih hebat.. mahu mencuba.. kerana haram itu lebih nikmat. Walau apapun.. sesiapapun yg pernah terjebak dengan gejala ini sama-samalah kita ambil iktibar yaa. Mungkin ini pilihan sendiri ingin menjadi penagih.. Tapi beringatlah dalam kehidupan kamu ada orang lain hidup bersama kamu. Ini bukanlah jalan terakhir.. Masih ada sinar di hujung sana. 'Kerana syurga itu bukan saja di penuhi oleh orang yg baik-baik tapi syurga itu di penuhi oleh manusia yg sudah bertaubat'

Sambung cerita balik haha..

Sedikit perubahan ada di dalam rumah ini sebab uncle randy selalu membawa barangan dapur. Uncle randy juga selalu belikan mainan dan keropok dll.. Bersyukur juga ada orang yg baik seperti ini dan langsung tidak ambil kesempatan. Uncle randy tidak pernah sentuh ataupun ambil kesempatan. Uncle randy tidak akan masuk ke rumah kecuali ada dady. Uncle randy sanggup duduk di luar rumah melihat sy bermain dan lepas dari tu baru dia balik. Apa keadaan kami di sini uncle randy sudah sedia maklum. Dia sudah tahu keadaan dady yg kuat memukul, berjudi, minum arak, hisap syabu dan cuba merogol. Uncle randy nasihatkan sy supaya sentiasa menjaga diri dan kena kuat melawan kalau dady cuba merogol. Uncle randy memang baik orangnya.. Terima kasih

Tapi benarkah orang itu berbuat baik mengharapkan balasan...?? Allahualam 😢
LihatTutupKomentar