facebook aktiviti

Blogger templates

Share dan Like Page KroniKrules okey... Click iklan juga ya!

d

Rabu, 22 November 2017

KEMUNGKINAN BESAR IPHONE SE 2 AKAN DI LANCARKAN TAHUN HADAPAN

Kebelakangan ini syarikat iphone seakan² mengeluarkan model yang agak besar, akan tetapi terdapat lagi sebilangan kecil pengguna yang masih lebih selesa menggunakan peranti dengan skrin sebesar 4″. Di pasaran sekarang tidak terdapat banyak peranti utama dengan skrin sebesar ini kerana rata-ratanya mempunyai skrin sebesar 5.5″ dan ke atas. Kekosongan ini diisi oleh iPhone SE yang dilancarkan pada tahun Mac 2016.



Peranti ini sudah agak berusia dan kini kedengaran ura-ura iPhone SE 2akan dilancarkan awal tahun hadapan. Menurut laporan Economic Daily News , iPhone SE 2 akan dihasilkan sepenuhnya di Bengaluru India. Ini ialah kilang terkini Apple yang dibuka awal tahun ini bagi menghasilkan iPhone untuk pasaran India.
Antara ura-ura lain yang didengari ialah iPhone SE 2 akan mengekalkan skrin 4″,  dijana pemproses A10 Fusion, memori 2GB RAM, storan 32/128GB. kamera utama  12-Megapixel, kamera hadapan 5-Megapxiel dan bateri sebesar 1,700 mAh.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sila like page Kronikrules TQ!~