-->

Pertimbang Naikkan BRIM Jika Harga Minyak Terus Naik - Menteri

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kerajaan boleh mempertimbangkan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) tambahan jika kenaikkan harga minyak terus berlaku.
Beliau turut menambah bahawa dana untuk pertambahan BRIM boleh dipertimbangkan namun pengagihan perlu dilakukan secara tidak tetap.







"Ini mungkin..kalaulah peningkatan harga minyak ini boleh menyebabkan kerajaan dapat lebihan (pendapatan) yang boleh kita sumbangkan (semula) kepada masyarakat berpendapatan rendah yang menerima BR1M.



"Kemungkinan besar kita boleh pertimbangkan (pemberian) BR1M tambahan tapi (jumlahnya) tidak tetap iaitu apabila (harga minyak) jatuh kita kurangkan (jumlah) BR1M tambahan ini," katanya lagi.






Beliau turut menambah bahawa kerajaan mendapat faedah pendapatan sekitar RM 300 juta bagi setiap peningkatan AS$ 1 (RM 4.20) harga minyak.

"Kalaulah kita hari ini (yang ditetapkan dalam) bajet AS$52 setong, katakan purata (naik) AS$62, maknanya kita sudah ada AS$10 (RM42), jadi kerajaan ada tambahan pendapatan RM3 bilion," katanya.

Sejak kerajaan melaksanakan sistem ampungan harga minyak yang kini ditetapkan secara mingguan, kerajaan menanggung kenaikkan satu sen setakat ini.

"Saya bagi sedikit maklumat, sejak kita apungkan harga minyak ini, kalau kita lihat, ada 12 kali turun dan lebih kurang 19 kali naik.



LihatTutupKomentar