-->
Razer Phone: Raja Gaming Telefon Pintar?


GAMBAR TechCrunch

Kita tahu Razer sememangnya cemerlang dalam bidang gaming. Tidak dapat dinafikan lagi peranti dan produk yang mereka hasilkan berkualiti dan memuaskan hati.

Tetapi terkini mereka mula melangkah ke arena baru, iaitu menghasilkan telefon pintar khusus untuk gaming. Sejauh manakah ia memberikan ekspresi terbaik dan prestasi terhebat?

Mari kita lihat dahulu spesifikasinya.



Spesifikasi Razer Phone:




  • 5.7-inch IGZO LCD
  • 120 Hz 'adaptive refresh rate'
  • 8GB RAM
  • Snapdragon 835
  • 64 GB ruang storan dalaman, sokongan microSD.
  • Bateri 4,000 mAH
  • QuickCharge 4.0+
  • 12MP F1.75 kamera bersudut lebar, 12MP F2.6 zoom
  • 8MP F2.0 selfie camera
  • Pembesar suara stereo dengan dual amplifiers dan Dolby Atmos
  • Tiada headphone jack, tetapi hadir dengan THX-certified dongle
  • Nougat 7.1.1

Ada beberapa kontra dan pro yang boleh ditimbang tara untuk anda yang berminat hendak mendapatkannya. Harganya untuk masa ini ialah 699$ atau lebih kurang RM2900+. Mungkin harganya akan menjadi kontra buat ramai orang kerana dengan harga seperti ini banyak lagi telefon pintar lain boleh dibeli.

Ia juga hadir tanpa headphone jack, dan meskipun didatangkan bersama dongle, ia pasti tidak akan memuaskan hati peminat jack audio 3.5 kerana telefon ini tidak boleh dicaj dan digunakan untuk mendengar muzik atau caj sambil bermain game dan digabungkan bersama headphone.

Android 7.1.1? Sayang, ia sepatutnya dimasukkan Android 8.0.

Pun begitu, antara pro yang ada padanya - skrin IGZO LCD 120 Hz dengan adaptive refresh rate. Saya tak dapat pastikan sejauh mana lancarnya skrin ini, namun video dari MKBHD dapat memberikan sedikit gambaran.

SUMBER:OMGHACKERS .


Selain itu, pembesar suara stereo menghadap ke hadapan, dipadukan lagi bersama Dolby Atmos, pastinya memberikan pengalaman dan rasa yang terbaik semasa bermain. Kombinasi skrin, dan pembesar suara, juga bateri yang berkapasiti 4000mAh, sudah semestinya memenuhi impian para gamers.

Cuma, nak tanya, berapa banyak permainan 3D yang padu, yang anda mainkan di Android - menjadi sebab berbaloi untuk anda sambar telefon ini?


LihatTutupKomentar