-->

Proton Preve mengejutkan, lebih rendah dari yang dijangka! Bermula dari RM59,540.00 sehingga RM72,990.00

senarai harga terbaru Proton Preve yang didedahkan dalam tempoh yang singkat di dalam laman web Proton Edar kelmarin, namun bagi saya ianya agak mengejutkan. Sebelum ini kita semua sedia maklum bahawa harga anggaran Proton Preve dijangkakan sekitar RM62K sehingga RM75K, namun harga sebenar yang ditawarkan kini terbukti lebih rendah.
Memandangkan kelmarin saya berada di kampung dan hanya mampu mengakses internet menggunakan telefon bimbit, tiada apa yang dapat saya muat turun berkenaan maklumat terkini Proton Preve. Namun apa yang saya paparkan di sini hari ini saya ambil dari blog FD dan Lowyat.net. Berdasarkan maklumat sahih dari laman web Proton Edar, harga sebenar Proton Preve untuk ketiga-tiga varian ditawarkan seperti berikut :
1) Proton Preve 1.6 MT Executive (Transmisi Manual 5-Kelajuan)
RM 59,990.00 / Metallic
RM 59,540.00 / Solid
2) Proton Preve 1.6 CVT Executive (Transmisi CVT 6-Kelajuan)
RM 62,990.00 / Metallic
RM 62,540.00 / Solid
3) Proton Preve 1.6 CVT Premium (Transmisi CVT ProTronic 7-Kelajuan)
RM 72,990.00 / Metallic
RM 72,540.00 / Solid
Kesemua harga ditawarkan atas jalan (on the road price) termasuk insuran (tertakhluk kepada perubahan tanpa notis).

Melihat kepada senarai harga di atas, harga yang ditawarkan untuk rakyat Malaysia bagi memiliki sebuah Proton Preve yang sarat dengan ciri-ciri terkini (anda boleh lihat spesifikasi penuh ketiga-tiga varian melalui link di bawah) adalah sangat berpatutan. Kalau ada yang merasakan varian Premium dengan enjin CFE masih mahal, varian permulaan MT dan CVT Executive bagi saya tidak kurang hebatnya.


P/s : Walaupun admin tak berapa minat dgn proton ni.. tapi bila tgk² ciri dan harga yang ditawarkan rasanya mcm Ok juga kan?.. Apa pun.. 4x4 tetap menjadi idaman.... huhuhuhh! 
LihatTutupKomentar