-->

Jaan punching bag full part 1-15 ( 15 )



Untuk part 15 ni tiada apa babak cerita dan tidak panjang utk sy ceritakan lagi. Sy hanya mahu info pada semua yg sy di sini sudah sihat sepenuhnya. Sedikit sebanyak parut di badan sudah berkurang. Sy semakin sihat dan bebas. Hati sy semakin gembira dapat menikmati hari baru. Banyak lagi yg perlu di pelajari di dunia luar ni.. sy baru melangkah. Doakan sy utk permulaan yg baru yaa... Aamiin

Syukur utk semua doa dan kata2 semangat. Huhu pelbagai cadangan dan jenis2 bantuan orang cuba hulurkan. Terima kasih semua yaa. Bukan tidak menerima tapi sy tidak mahu menyusahkan sesiapa. Apatah lagi sy tidak mahu mendedahkan diri sebenar.. Biarlah sy dengan jalan sendiri. Segala urusan pasti akan selesai tidak lama lagi. Sebab dady sedaya upaya akan urus kesemuanya dan keluarga baru di sini turut membantu sama..

Pertama sekali sy berterima kasih dengan Kakak Andrea kiss. Sahabat pertama yg sy kenali biarpun tidak pernah bertemu. Cukup sekadar di alam maya sy tahu kak andrea punya hati yg baik utk membantu sy seadanya. Kak Andrea ada janji bila dia terjumpa sy di mana-mana pasti dia bagi pelukan shiledkan? Semoga kami akan pertemukan oleh Tuhan di mana-mana. Terima kasih Andrea kiss kerana telah menjadikan jalan cerita jaan dengan begitu bagus sekali. Untuk pemenang cover Album Elli terima kasih utk covernya memang ngam dengan cerita jaan. Utk kesemua readers yg sangat2 baik hati. Doa kalian adalah jalan utk sy terus bersemangat

1.Oktober.2017



Bulan baru utk sy memulakan langkah kaki. Keadaan sy memang ok dan ceria. Jangan kamuorg risau yaa.. apa2 perkembangan sy akan info Sis Andrea utk di kongsi bersama readers semua

Selama tempoh penceritaan "Jaan punching bag" mata sy bengkak menangis setiap malam. Sy sangat terharu dan bersyukur pada Allah s.w.t kerana di kirimkan kawan2 yg menghiburkan hati sy iaitu semua readers di sini. Terima kasih kepada yg sudi berkawan dengan sy biarpun tahu kisah silam sy yg begitu perit. Selama ini tiada seorang pun mahu berkawan dengan sy. Semuanya menjauh. Terasa memori kanak2 di habiskan dengan begitu sia2 tanpa ada peluang mengenal erti kawan. Tapi apa kan daya sy lah manusia yg terpilih menerima ujian ini. Dari kisah ini sy mula menyedari ramainya manusia baik di luar sana. Isha sayang kamu semua

Awalnya sy buka fake acct fb ni kerana kak Andrea arahkan sy reply komen kamu semua akan tetapi sy bercadang selepas story publish sepenuhnya sy akan diactivated fb ni. Sy minta maaf sebab terpaksa meninggalkan kamu semua di sini. Hari ini kita semua akan berpisah di sini saja. Sy tahu semuanya ikhlas berkawan dengan isha. Jangan risau sy masih di kalangan followers Andrea yaa. Sy sentiasa follow cerita sis andrea pasti akan nampak komen2 kamu semua di sini. Biarpun kamu tidak mengenali sy tapi percayalah sy sangat gembira sebab begitu ramai yg sudi berkawan dengan sy. Sy tersedar satu perkara iaitu Tuhan mengambil orang yg sy sayang lalu di gantikan dengan lebih ramai orang yg sayangkan sy. Ini adalah kali pertama sy merasakan betul2 di sayangi dan di hargai. Kalaulah selama ini sy pendam kisah sendiri pasti akan terus2 rasa terhina dan jadi manusia bodoh sampai bila-bila. Terima kasih kepada mereka yg memperkenalkan sy dengan Andrea di KRTB masa tu. Sy tidak sangka dengan hanya meluahkan perasaan begini mampu memberikan rasa yg mendalam buat hati pembaca. Terima kasih kepada yg sudi merasakan kesakitan yg sama. Ya Tuhan.. sy begitu terharu kepada readers yg follow cerita ini tanpa mengira bangsa dan agama. Paling buat sy terharu semuanya mahu memeluk isha. Jauh di sudut hati, sy sudah merasa pelukan kamu semua di sini. Sy minta maaf tidak dapat tunjukkan diri sebenar

Sy tidak tahu ungkapkan bagaimana cara berterima kasih lagi. Apa yg ada di hati sy, sy akan sentiasa ingatkan diri masih di sayangi di luar sana. Terima kasih kepada yg sudi berkongsi kasih sayang dengan isha. Semoga Tuhan merahmati kita semua

Banyak juga mesej yg tidak dapat di balas dan mungkin tidak terbalas lagi. Banyak juga komen yg tidak dapat di balas lagi. Sy minta maaf yaa.. Sy sibuk bekerja. Ini adalah pertama kali sy merasakan erti pekerjaan. Mesti rajin dan kuat. Sy kerja sangat happy teruja begitu ramai manusia pelbagai rupa

Sebagai tanda terima kasih, Sy ada share gambar shanji sebagai kenangan utk kita semua. Sy tidak sampai hati ramai yg ingin tahu rupa sebenar kami. Biarpun gambar baby shanji tidak jelas asalkan kamu sudah nampak oklah kan? Doakan anak sy membesar dengan sihat dan baik walaupun mungkin dia tidak akan mengenali ibunya sendiri. Tapi percayalah selagi ada kudrat dan usaha sy pasti akan dapatkan shanji satu hari nanti. Terima kasih utk semua doa. Semoga doa kita terus mengiringinya.. Anakku shanji

2.oktober.2017

Pelbagai cadangan demi cadangan dari readers semua. Sy sangat2 berterima kasih. Ada yg mahu jadikan sy anak, ada mau ambil sy sebagai adik angkat.. Ada juga berikan sy peluang pekerjaan. Terlalu banyak.. bukan tidak mahu terima. Sy tidak mahu menyusahkan sesiapa.. terima kasih semua

Beberapa cadangan dari readers yg inbox personal sama Andrea utk terus memujuk dan membantu

Ini salah satu inbox dari pengirim

📩 Hai andrea.. Mcm sya tpikir pula bleh kah tu buat derma ikhlas sma c isha spaya dia dpt p ambil anak dia d pakistan? Kalo rmai2 pmbca bg derma pasti dpt dia kesana ambil anak dia huhu.. Ksian dii sya sma dia.. Kalo sya kaya buli daa sya tulung huhu.. dari- Vj

Sy bukan sombong tidak mahu menerima bantuan. Biarlah sy bina kehidupan atas usaha sendiri. Untuk bantuan kewangan tidak perlu lah sis sebabnya shanji pasti baik di sana. Terima kasih kepada pengirim mesej yg lain pelbagai jenis bantuan sbenarnya yg buat sy terharu. Ya Allah semoga kamu semua di rahmati..

4.oktober.2017

Setiap malam hati sy mula tenang utk tidur tanpa mengenangkan mimpi ngeri. Yaa masih terlalu baru kisah ni tapi sy berusaha utk melupakannya. Tipulah kalau sy tidak menangis atas semua yg terjadi.. Sy bersedih tapi apa kan daya. Sy manusia biasa yg hanya ada sekeping hati utk merasakan kebahagiaan diri sendiri.. Kali ini biarlah hati ini sy simpan utk diri sendiri dan belajar lebih menghargai diri sendiri

Bercerita pasal dady, Dady sudah menginsafi segala kesalahan lampau. Malah terus2 mahu berubah ke arah jalan yg lebih baik. Ya Allah terima kasih kerana memberikan peluang dady utk berubah. Dady juga mula belajar ilmu agama dan membawa sy bersama utk memulakan hidup baru. Ternyata tanpa sedar 5 bulan yg lepas semenjak kelahiran shanji dady sudah berhenti menagih benda haram. Sungguh2 shanji lah yg memakbulkan doa sy selama ini. Terima kasih ya Allah. Sungguh2 kuasaMU tidak terjangkau

Dady juga menjanjikan kehidupan yg lebih baik selepas ini utk kami berdua. Inilah wajah dady 8 tahun yg lalu. Wajah seorang ayah yg begitu sayangkan anaknya. Wajah inilah yg memberikan sy merasa mamy semakin dekat dengan kami. Terima kasih ya Allah

Ada juga segelintir readers doakan sy pasal jodoh yg baik2. Sy Aaamiinkan di sini. Soal jodoh atau siapa pun pasangan sy di hari akan datang belum pasti lagi. Kerana memberi peluang itu memang senang tapi adakah orang itu benar2 menghargai? Adakah mereka akan membalasnya dengan perkara yg sama? Sy hampir fobia utk menerima mana2 lelaki. Apa yg pasti buat masa ini sy bahagia bersama dady. Sy mahu mengubah kehidupan kami menjadi lebih baik. Dady juga rajin bekerja siang malam dan sembahyang. Semua urusan duit dan belanja sy yg urus. Dady ajar sy utk mematangkan diri sementara dady sibuk membina rumah kecil kami di satu perkampungan xx. Kenangan yg lalu sudah cukup mendewasakan diri. Sy masih berhak di beri peluang utk menikmati keindahan dunia sebenar..



Buat dady,

Saya Alisha anak kesayangan dady. Tunggal satu-satunya. Kewujudan sy di dunia ini adalah dari sekeping hati pemberian dari dady dan mamy. Sy bersyukur kerana hati ini tidak berdendam. Biarpun sy anak yg bodoh tapi sy tidak pernah menjadi anak yg liar disebabkan kekurangan kasih sayang. Hanya inilah yg sy ada sekeping hati utk diri sendiri

Shakid...? Memang penuh dengan pujuk rayu. Mahu kembali.. Entah mau cakap macam mana lagi. Hati sy sudah kering. Sy sudah memaafkan shakid namun tidak akan pernah kembali. Peluang kedua atau ketiga sudah habis dan mungkin tidak ada peluang lagi. Cukuplah sy pernah mencintai dia di mana ia nya kesakitan buat diri sy sendiri. Cukuplah penderitaan selama ini.. Hati sy hanya sekeping dan tidak mungkin akan di beri pada orang yg tidak tahu menghargai

Buat Shakid,

Apapun yg telah terjadi. Sy sudah memaafkan semua kesalahan selama itu. Hari ini sy akan block berkaitan shakid utk memberi ruang pada diri sendiri. Dunia ni kecil jika kita bertemu sekali lagi Allah pasti detikkan hati kita utk bertemu kembali. Utk memori suka dan duka pasti akan terpadam di hari ini. Terima kasih utk segalanya. Tidak ada yg perlu di ceritakan lagi semuanya sudah terhenti di waktu ini. Sebenarnya cinta ini terhentinya saat sy adalah jaan punching bagmu. Dari nyawa rambut hinggalah ke hujung kaki ini sy sudah ampunkan kau. Shakid semoga kau menjadi insan yg lebih baik dalam mencintai seseorang. Percayalah kita tidak akan di cintai kalau kita tidak pernah mencintai. Ya Allah berikan shakid sekeping hati utk terus menjaga anak kami. Berikan dia naluri kebapaan utk terus menyayangi shanji. Shakid adalah shanji. Shanji adalah shakid. Keduanya ada di hati ini. Utk kali terakhir atas nama penderitaan cinta ini sy tidak akan pernah kembali denganmu lagi.. sy bukanlah jaan. Bukannya Jaan punching bag

Buat anakku shanji,

Semoga membesar dengan lebih baik. Sihat dan cergas. Ammi tidak akan tahu perkembanganmu di sana lagi. Bagaimana shanji mula merangkak.. ammi tidak dapat melihat pertama gigi susu shanji.. ammi tidak tahu bila shanji akan mula makan bubur. Ammi pun tidak tahu kalau shanji demam atau sakit. Bagaimana keadaan shanji bila mula menyebut 'ammi'? Pada siapa shanji akan panggil ammi? Ammi menangis sambil menaip ini utkmu anak. Ketakutan paling besar kalau shanji tidak mengenali ammi. Kerana memori kecil itu mudah terpadam apa lagi anakku yg masih sekecil ini. Allahu akbar.. Allah itu maha besar pasti ada jalannya. Hanya kekuatan darah daging kita akan menyatukan kita di satu hari nanti. In shaa Allah ada rezeki kita pasti akan bertemu lagi. Jalanilah hidup di sana dengan penuh kesempurnaan biarpun tanpa ammi. Ammi akan sentiasa doakan di sini.. Ampunkan ammi kerana tidak dapat mempertahankan shanji. Anggaplah ini kesalahan ammi sebab shanji ada ibu yg miskin dan bodoh. Tapi percayalah cinta dan kasih sayang ammi pada shanji tidak akan pernah terputus oleh sesiapa. Sebesar2 bumi ini shanji adalah lebih dari segalanya. Anakku shanji ammi minta maaf sebab tiada pilihan lain yg ada hanya cara dengan melepaskan shanji adalah perkara yg terbaik dan sebenarnya ia nya amat menyakitkan hati ammi. Sakitnya tidak terkata.. Hati ibu mana yg tidak sakit bila tidak dapat memeluk anaknya sendiri.. Ya Tuhan.. cekalkan hati sy.. cekalkan hati shanji..

Tiada lagi luahan dari hati semuanya sudah di ceritakan di sini. Ini semua adalah kehidupan yg baru buat sy. Doakanlah kehidupan sy agar lebih baik di hari akan datang. Sy sedih berpisah dengan kamu semua.. 😢. Untuk jangka masa yg singkat ini kita semua berpeluang berkenalan tanpa mengira bangsa dan agama.. Segala suara dan pendapat sy dengari dan menerima dengan hati terbuka. Maafkan sy Isha yg membuatkan ramai sakit hati dan menangis.. Akhir sekali sy undurkan diri.. wassalam



Doa Andrea buat Alisha,

* "Ya Allah ya Tuhan kami. Maha memberi lagi maha mengasihani. Berikanlah kebaikan dan limpahkanlah kurniaanMU buat sahabat kami isha. Berikanlah isha kehidupan selayak-layaknya manusia. Berikanlah dia kekuatan dan ketabahan hati utk meneruskan hidup tanpa di sisi anaknya. Ya Allah,Ya Rahman, Ya Rahim.. Ampunilah dosa2 mereka yg memperlakukan isha sebegini. Berikanlah ruang taubat buat mereka semua ini. Untuk anak sekecil isha ini selayaknya utk di kasihi. Ya Allah ampunkan dosa2 mereka dan dosa2 kami manusia pendosa.. Aamiin ya rabbal alamin..." *

* Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua di luar sana. Apa ertinya nilai sebenar kasih sayang. Bukan dengan memukul itu cara terbaik menyelesaikan masalah. Bukan tanda cemburu itu sayang. Nilai kasih sayang sebenarnya adalah dari hati yg ikhlas menerima dan memberikannya pada sang penerima. Akan tetapi tidak semua cinta itu berbalas. Sama-samalah kita terus menghadapi kenyataan dengan tenang dan terus melangkah ke hadapan. Cerita ini sungguh banyak pengajarannya buat kita semua di mana seorang bapa penagih yg telah melibatkan masa depan anaknya sendiri. Kepada suami yg sepatutnya bertanggungjawab bukannya mengambil kesempatan semata2. Kepada mereka yg obses dengan cinta semata2 di kaburi oleh perasaan cemburu buta. Sungguh2 kisah ini akan menjadi iktibar buat semua readers di luar sana

Kisah "Jaan punching bag" akan berakhir pada malam ini. Terima kasih utk setiap kata2 sokongan buat isha. Sehingga kita bertemu dengan isha di mana kita mengharapkan dia mempunyai kehidupan yg lebih baik

Sy Andrea Kiss memohon maaf jika ada salah silap sepanjang penceritaan ini. Ingatlah sebaik-baik manusia itu adalah yg mempunyai sekeping hati utk memaafkan kesalahan orang lain

Salam sayang dari Alisha buat kita semua

Assalammualaikum w.b.t ~ A.k






LihatTutupKomentar