-->

Johnny Depp & Amber Heard bertunang


22 Jan – Pasangan pelakon Hollywood terkenal, Johnny Depp dan Amber Heard dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga selepas aktor tersebut dikatakan melamar kekasihnya pada malam Krismas lalu.
Menurut laporan Celebuzz, satu sumber berkata, "Dia menolak lamaran Depp sebelum bersetuju. Dia menunggu dan berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan."
Berita pertunangan Depp dan Heard mula diperkatakan selepas aktres tersebut dilihat cuba menyembunyikan cincin yang dipakai di tangan kirinya ketika makan malam di sebuah restoran di Los Angeles baru-baru ini.
Walaupun pasangan ini tidak mengesahkan perkara tersebut, beberapa sumber mengatakan Depp, 50, dan Heard, 27, gembira dan teruja selepas mengikat tali pertunangan.
"Sudah pasti mereka gembira selepas bertunang dan teruja untuk berkongsi kehidupan mereka bersama.
"Amber juga mempunyai hubungan baik dengan anak-anak Depp dan suka menghabiskan masa bersama mereka. Malah dia pernah membawa Lily membeli-belah bersendirian," ujar satu sumber kepada People.
Depp sebelum ini pernah bersama aktres dan penyanyi Perancis, Vanessa Paradis selama 14 tahun dan mereka mempunyai dua orang anak iaitu Lily-Rose, 14, dan Jack, 11.
Manakala Heard yang mengakui dia adalah biseksual pernah menjalin hubungan selama empat tahun dengan jurugambar Tasya van Ree.
Depp dan Heard pernah bergandingan dalam filem "The Rum Diary" pada tahun 2011 dan bakal muncul dalam filem "London Fields" tidak lama lagi.
LihatTutupKomentar