-->

Lelaki yang tidur sebelum jam 10.30 malam punyai sperma 4 kali ganda lebih sihat !!

Kebanyakan orang merancang untuk berkahwin, kemudian mendapatkan anak. Namun adakalanya perancangan itu tidak menjadi dan timbul kesukaran bagi sesetengah pasangan yang mempunyai masalah untuk mendapatkan anak. 

Baru-baru ini, ahli saintis mendakwa mereka menemui 'penawar' bagi menangani isu tersebut. Dalam kejadian terbaru mereka mendapati bahawa, lelaki yang tidur sebelum jam 10.30 malam mempunyai sperma empat kali ganda dan mampu menghasilkan sperma yang berkualiti berbanding lelaki yang tidur selepas jam 11.30 ke atas. 

Menurut pakar kesuburan berkata, apabila seseorang lelaki itu kurang tidur, sistem keimunan mereka terjejas lalu 'menyerang' sperma. Tambahan, kurangnya waktu tidur juga membuatkan lelaki tertekan, antara penyebab ramai yang mengalami mandul. 

Lapor The Telegraph, satu pasukan di Aarhus Universitu di The Netherlands mengesahkan kajian itu dan berkata masalah itu kian meningkat terutamanya di zaman moden hari ini di mana mereka kerap berjaga malam sehingga lewat malam. 

Mereka menjalankan kajian itu terhadap 104 peserta lelaki dengan purata umur 34 tahun dalam tempoh dua tahun. Corak tidur peserta ini dikesan dan dibandingkan dengan keputusan analisis sampel sperma mereka. 

Angka-angka dari keputusan menunjukkan bahawa, terdapat juga perbezaan antara lelaki yang tidur sebelum jam 10.30 malam dan lelaki yang tidur antara jam 10.30 malam hingga 11.30 malam, dengan menghasilkan 2.75 kali sperma lebih sihat. 

Dalam kajian ini yang dipersembahkan di persidangan European Society of Human Reproduction and Embryology, di Vienna, para saintis mengakui bahawa isu kemandulan pada lelaki telah dipandang remeh sejak sekian lama dan ia telah menyembung kepada perubahan fokus yang besar ke arah kesan sperma bawah kemandulan pasangan.


Puncanya mungkin psikologi kerana lelaki yang kurang tidur mengalami lebih banyak tekanan dan ini boleh memberi kesan ke atas kesuburan," kata Profesor Hans Jacob Ingerslev, pengarang bersama kejadian tersebut. 

Pasukan itu juga mendapati bahawa tidur antara tujuh hingga lapan jam adalah tempoh masa yang ideal. Ini kerana lelaki yang mengikut tempoh waktu ideal tersebut akan menghasilkan sperma enam kali lebih sihat daripada mereka yang kurang tidur. 

LihatTutupKomentar