Saya tidak pasti sama ada beliau ada di sini atau tidak. Ada beberapa jurulatih ada di sini, terima kasih Hendrawan dan Tey Seu Bock. Begitu juga dengan tenaga sokongan yang mengikut saya ke mana saya pergi, fisioterapi....(terus menangis dalam tempoh seminit),” katanya di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Selain cuba ditenangkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ada juga wartawan yang menjerit dengan sahutan 'ayuh sang juara'.
Bagaimanapun, Chong Wei tidak dapat menyambung ucapannya dan hanya mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia sebelum sidang media bersambung dengan sesi soal jawab.
Bekas pemain nombor satu dunia itu meraih pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali dan meraih kejuaraan Terbuka Malaysia 12 kali.
Tahun lalu dia disahkan menghidap kanser hidung tahap awal dan menjalani rawatan di Taiwan sebelum menyambung semula latihan selepas disahkan sembuh Januari
lalu.
SUMBER https://www.hmetro.com.m