-->

Pembunuh bersiri California meninggal dunia dalam penjara

LOS ANGELES: Pembunuh bersiri yang didapati bersalah membunuh 25 pekerja ladang, Juan Corona, meninggal dunia semalam pada usia 85 tahun, kata pegawai penjara.
Corona, yang menjalani hukuman penjara seumur hidup sejak sabitan pada 1973 di atas 25 tuduhan membunuh dengan niat, meninggal dunia kerana sakit tua di hospital, kata Jabatan Pemulihan dan Rehabilitasi California dalam kenyataan.


Pembunuh bersiri, Juan Corona. - Foto thoughtco.com
Bilangan pembunuhan adalah paling tinggi dalam rekod di AS ketika itu dan pihak berkuasa membuat spekulasi ramai lagi mangsa dibunuh dan tidak dijumpai.
Corona, yang dilahirkan di Mexico, berhijrah ke Amerika Syarikat ketika remaja pada 1950-an dan mengalami masalah mental susulan banjir besar di Sungai Yuba pada 1955, menurut San Francisco Chronicle.
Beliau dimasukkan ke institusi mental California kerana mengalami skizofrenia, tetapi kembali ke kawasan pertanian di Yuba City selepas dibebaskan, dan mula mengupah pekerja ladang.
Corona disabitkan bersalah merogol dan menikam mereka, kadang-kadang memenggal kepala mangsa dengan parang.
Pada Mei 2971, seorang pemilik ladang menemui mayat ditanam di ladang pic berhampiran Sungai Feather di Daerah Sutter, California, membawa kepada penemuan 24 mayat lagi.
Pembunuhan dikaitkan dengan Corona menerusi slip bank yang ditemui dengan namanya di atas kertas itu dan kerana mereka diupah menerusi perniagaan buruk kontraknya. — Reuters
LihatTutupKomentar