Prum Tam dan Loas Sreyne(kiri)
Mangsa dibawa jiran ke sebuah hospital berdekatan, tetapi meninggal dunia akibat luka parah.
Menurut Daily Mirror yang memetik media tempatan, suspek yang berkerja sebagai penjaga gajah di Pusat Penyelamat Hidupan Liar Phnom Tamao, Kemboja, cedera selepas mengelar lehernya sendiri menggunakan parang.
Kedua-dua anak pasangan itu selamat dalam kejadian berkenaan.
Timbalan ketua polis negeri, Kapten Chan Sokchea berkata, suspek percaya isterinya mempunyai hubungan sulit dengan rakan Facebook.
“Suspek digambarkan sebagai seorang yang panas baran dan cemburu. Dia memukul mangsa dan membakar rumah mereka selepas mangsa menuntut cerai,” kata Sokchea.
Suspek berhadapan dengan tuduhan membunuh dan dihukum sehingga 15 tahun penjara jika pulih daripada kecederaan dan disabitkan kesalahan.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Mejar Khun Lo, berkata: “Suspek sedang menerima rawatan intensif akibat kecederaan serius dan peluangnya untuk hidup rendah.” – Agensi
|