-->

Kacang, Madu, Daging Lembu, Beras Dan Telur Palsu Dijual Di China

Kacang Walnut Palsu
Undang-undang keselamatan makanan yang tidak efektif di China menyebabkan ada rakyatnya yang mengambil kesempatan membuat makanan palsu untuk mengaut untung lebih. Bukan saja meniru  produk keluaran pelbagai syarikat, yang lebih menarik makanan ciptaan tuhan pun hendak ditiru, tetapi sudah tentu hasilnya tak sama kualiti dengan makanan ciptaan tuhan.




Telur Buatan Manusia 
 Telur buatan manusia dihasilkan dari bahan kimia, asid alginik, potassium, kalium klorida, gelatin, parafin, pewarna tiruan dan air, dijual seolah ianya telur asli.  Ianya direbus dalam air kencing budak lelaki dan kulit telur pula dibuat dari kapur.  Tambah merosakkan, cara membuat telur palsu ini boleh didapati dari pelbagai laman sesawang. Adalah dikatakan yang telur buatan manusia ini nampak seperti telur asli, tetapi apabila dimasak, kuning telur akan melantun. Makan makanan tiruan yang menjijikkan ini secara berterusan boleh mengakibatkan amnesia dan kemurungan.


Beras Palsu
 Pihak berkuasa Singapura telah melaporkan terdapat beberapa syarikat di China yang menghasilkan beras dari plastik resin, kentang dan keledek. Dalam keadaan mentah, beras palsu ini kelihatan asli, tetapi apabila dimasak, ia akan menjadi keras dan liat. Makan tiga mangkuk nasi palsu ini sama kadar dengan makan sehelai beg plastik, kata seorang pegawai dari Persatuan Restoran Cina Singapura.




Madu Lebah Palsu
 Madu lebah palsu ini mula dikesan pada produk madu yang dilabel secara palsu dan dihantar melalui India ke Amerika Syarikat. Ia ialah hasil mencampurkan air gula, pemanis malt, sirap beras atau jagung, gula tidak ditapis dan pengawet yang lain dengan hanya sedikit kandungan madu lebah asli








Daging Palsu
Membuat daging lembu dari daging ayam dan daging babi kemudian meletakkan harga paling mahal sering berlaku di China. Nak membuat daging lembu palsu ini pun tidak sukar, hanya memerapkan daging ayam atau babi tadi dengan sedikit ekstrak daging lembu gred tinggi dan ejen penyadur selama 90 minit. Campuran ‘bahan perap’ ini sangat berbahaya. Ia didapati boleh meracun organ manusia secara perlahan, menghasilkan kecacatan dan juga mungkin kanser.
LihatTutupKomentar