-->

Penantian selama 25 Tahun

Emily Mortier,  25, menerima hadiah terbaik sepanjang hayatnya apabila dipertemukan dengan ibu kandungnya yang terpisah sejak lahir pada Krismas tahun ini.

Pertemuan mereka dirakamkan secara langsung dalam program TV Today Show sempena Hari Krismas.

Emily mula menjejak ibu kandungnya, Stacie Wall sejak dia berusia 18 tahun lagi.

Facebook akhirnya menunaikan impian Stacie apabila berdasarkan maklumat yang dikumpul dia akhirnya menemui akaun FB bapa saudaranya.

Stacie yang melahirkan Emily pada usia belasan tahun, terpaksa menyerahkan Emily untuk dijaga orang lain tiga hari selepas kelahirannya kerana tidak mampu untuk menjaga dan memeliharanya ketika itu.


LihatTutupKomentar