-->

KES BUNUH 3 BERADIK SELESAI, PEMBUNUH BERJAYA DITANGKAP?


Kes pembunuhan tiga beradik yang ditemui mati di dua lokasi berasingan masing-masing pada 30 November dan 1 Disember lalu dianggap selesai dengan tertangkapnya dua remaja lelaki pada Rabu lalu.

Mereka merupakan dua remaja lelaki berusia 18 dan 19 tahun yang ditahan di rumah masing-masing di Kampung Gelam berhampiran Jalan Datuk Kumbar antara pukul 5.30 petang hingga 11 malam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, mengesahkan remaja yang ditahan polis di rumah mereka kelmarin adalah suspek utama kes berdasarkan siasatan dan maklumat yang diperoleh ketika ini.

Beliau berkata, polis menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejak suspek sehingga mendapat maklumat yang membawa kepada penangkapan dua remaja lelaki terbabit.

Katanya, berdasarkan keterangan dan selepas dibawa melawat lokasi kejadian dua suspek itu juga didapati tahu mengenai tempat itu selain salah seorang daripada mereka juga didapati mempunyai rekod jenayah samun.

“Bagaimanapun motif pembunuhan masih lagi samar dan kita sedang meneliti beberapa perkara untuk menjalankan prosedur kes untuk dituduh di mahkamah.

“Dua suspek ini juga didapati mengenali mangsa dan jarak rumah mereka adalah kira-kira 150 meter,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


LihatTutupKomentar