-->

Jaan punching bag full part 1-15 ( 6 )


Terima kasih kepada semua readers yg mendoakan sy dan terus2 memberi kata2 semangat. Sy tidak dapat membalas semua komen dan mesej sebab sy sekarang sibuk membina kehidupan baru di sini. Setiap hari mengharapkan nafas baru semoga ia nya menjadi satu kenyataan. Doa kalian semua akan sy sematkan di dalam hati dan menjadi kata2 perangsang utk sy terus lebih maju ke hadapan. Sy sangat2 menghargai semua doa kalian yaa. Buat kakak Andrea yg bertungkus lumus menghasilkan cerita ini dan menyusun ayat satu persatu menjadikannya satu cerita yg penuh emosi. Cerita yg membuatkan sy sedar luahan hati selama ini telah di dengari dan menempatkan hati pelbagai pihak seperti diri sy sendiri. Terima kasih kerana menjiwai watak isha di dalam penceritaan ini.. ISHA SAYANG KAMU SEMUANYA.. ♡

Ketakutan ini hanya Allah yg tahu. Dengar cerita pakistan tadi sudah setuju utk berkahwin dengan sy. Matilah sy.. Sy nekad mahu larikan diri. Yaa!! sy mau lari di malam ini...!! Sy masih mendengar cerita dari luar

Shakid: ok baii.. boleh kah sy bawa isha keluar jalan2..?
Dady: dari kau saja bah..

Tiba-tiba pintu di ketuk

Tokk tokkkk



Sy buka pintu pelahan. Kayu di belakang sudah sedia di tangan. Kalau apa jadi jadilah. Sy sudah tidak kisah! Sy mau jadi pembunuh! sekalipun sy sanggup! Sy tidak suka pakistan tua ni! Sy takut di rogol!! Mata sy merah dan tangisan tadi reda

Sy buka pintu. Shakid pula yg ketuk ni. Apa hal lagi? Sy dengan kayu bersedia. Pandangan shakid penuh simpati..

Shakid: adik jangan nangis.. sy bawa adik jalan2. Mau?
Sy: (geleng kepala tidak)
Shakid: jangan begini... Sy tadaa jahat. Sy mahu bawa isha keluar saja. Jangan fikir bukan2 ok??

Suara dady menyampuk di ruangtamu dengan mata merah yg sengaja di besarkan. Suara yg penuh penegasan dan amaran

Dady: alisha kau ikutlah jalan sekarang! Kalau tidak mati lah kau sy kerjakan!

Hos hitam tadi masih ada di hadapan dady. Sy kecewa, sedih dan takut. Shakid pula berdiri di hadapan angguk kepala cuba tenangkan sy. Shakid bagi aksi supaya sy lap air mata. Kenapa pandangan shakid sayu? Mata shakid pun sedikit berair.. sy pandang shakid. Shakid pujuk lagi

Shakid: sy janji.. sy bawa adik jalan bukan buat apa2. Ok? Bapa masih mau pukul tu..

Sy minta izin mau bersiap2. Akhirnya sy ikut juga. Buat apa sy di rumah? Hos hitam tadi masih di sana. Bila-bila masa pasti kena lagi. Tapi dalam hati inilah kali terakhir sy pasti akan lari di malam ini

Siap saja. Shakid bawa sy keluar dari rumah. Dady begitulah rasa lega bila sy tiada di rumah. Sungguh2 kah sy ini anak yg menyusahkan? Sy masih mahu menangis.. tapi cuba bertahan dan terus diam

Shakid bawa sy masuk dalam kereta proton saga merah. Sy duduk di sebelahnya. Sebesar2 manusia shakid ni. Sy takut. Tapi sy ada persedian sendiri kalau apa2 terjadi sy pasti akan lari



Shakid bawa sy makan terlebih dulu. Sy tiada selera makan. Sy hanya duduk dan diam. Biar shakid saja yg bersuara. Selesai makan shakid bawa jalan2 di tanjung lipat. Adakah pertama kali sy melihat indahnya tg.lipat ni? Bandar kk kelihatan jelas dari sini.. cantiknya tempat ni. Ramai orang.. hati sy tersenyum.. hanya di hati bicara.. shakid pandang sy tapi dia faham sy baru melihat keadaan ni. Selama ini randy hanya sekali dua bawa sy di 1B itupun mengaku sy ni adik angkatnya. Sy tiada kesempatan meneroka dunia luar. Sy sudah di bentuk sebegini rupa.. harusnya apa lagi sy perlu minta? Tiada.... Sy berhenti menikmati keindahan pantai. Dunia seperti hitam kembali

Cahaya matahari jam4 petang memang panas. Kulit sy jadi merah. Shakid lagilah... merah habis. Siap berjalan di tepi pantai kami duduk. Ramai orang pandang kami.. pandangan serong lah tu, yalah budak hingusan dengan lelaki pakistan tua. Shakid ok saja dia tidak peduli semua tu. Shakid bilang duduk di bangku dulu...

Shakid: isha sy tanya.. kenapa bapa pukul itu macam?
Sy: 😊

Senyuman di buat2. Mata mula berair. Sy pun tertanya2 kenapa sy di pukul? Apa kesalahan sy? Apa dosa sy? Semuanya tidak berjawab. Sy diam dan tunduk sambil goyangkan kaki.. berpura2 ok

Shakid: sha jangan menangis..

Sy makin tunduk angguk kepala yaa sy tidak mau menangis. Tapi kenapa air mata ini jatuh sendirinya? Sy tetap berpura2 ok. Memori sy cepat berfikir shakid orang kedua yg bilang "jangan menangis.." Tapi benarkah ada manusia boleh hentikan tangisan ini? Adakah mereka berkata benar? Macam hanya satu tempias saja sy di jadikan isteri sementara. Hidup dan impian sy sudah musnah. Sy tidak tahu apa erti masa depan... Sy bodoh sebab percayakan manusia itu sendiri. Sy angkat kepala berpura-pura ok. Sy pandang shakid

Pandangan shakid, mata biru dan hensem bah dia ni. Sesekali dia senyum memang semanis senyuman. Shakid seorang yg tegas luaran. Dan sy tidak tahu kalau shakid jenis yg macam mana lagi

Shakid: Bapa tidak patut buat isha begini.. sha masih budak. Isha sakit kah?
Sy: tidak... (Sy pandang laut. Cuba yakinkan diri tiada kesakitan)
Shakid: Dady isha mau kahwinkan sy sama kau. Tapi sy tidak mau sebab kau masih budak

Sy diam. Dan sy jadi pendiam. Sy tidak mahu bersuara lagi. Suara yg tiada nilainya

Shakid: Bodoh bah dady kau tu! Kerja asyik main judi. Suka main perempuan. Hutang sana sini tadaa mau bayar..! Tengok anak lagi jadi mangsa..
Sy: ....
Shakid: isha kau setuju kalau kita kahwin?
Sy: (no respon)
Shakid: sy mau kahwin sama isha kalau isha sudah 15 tahun. Isha mau kahwin sama sy?
Sy: hmmm...
Shakid: sy tidak kisah apa cerita lama isha. Kalau sy jadi suami isha pasti kasi senang hidup isha

Sy tiada setuju mahupun angguk mahu kahwin. Shakid bilang dia sudah fikir masak2 dari hari tu lagi. Memang dia mahukan sy sebagai isterinya. Dia ikhlas. Randy pun bagi janji yg sama. Entahlah

Selesai dari berjalan tadi shakid hantar sy depan rumah. Memang betullah shakid langsung tidak sentuh sy pun. Shakid bawa jalan tadi supaya dady tidak pukul sy dan dia pun mau nyatakan mau kahwin dengan sy. Sy sudah nekad malam ini atau pun hari akan datang sy mahu larikan diri. Semua ni menyakitkan hati...!!!!!

Shakid terus jalan. Sy masuk ke dalam rumah. kosong. Dady sudah keluar agaknya. Sekarang sy plan utk melarikan diri. Sy masuk ke bilik kemas barang2 ke dalam satu beg sandang. Sy nekad mahu lari.. entah lari ke mana. Itu kemudian fikir. Duit? Sy memang tiada duit.. kalau ada 10sen pun memang sy lah manusia paling bersyukur. Ini memang kosong.. tidak mau fikir lagi. Malam ini sy pasti lari

Siap packing barang. Sy ambil selipar dan jalan. Hati bermonolog sayu ' Wahai rumah.. ini bukan syurga lagi. Rumah ini neraka. Ruangtamu yg kosong kenapa? Sebab semua isinya sudah pecah di badan ini. Kenapa sy di takdirkan begini? Dady maafkan sy.. sy mesti pergi jauh dari sini. Sy minta ampun.. Terima kasih kerana menjadi bapa sy di dunia ini'

Sy pelahan kunci pintu rumah. Sy tidak mahu pandang belakang lagi. Sy harus ke mana malam begini? Jalan pun tidak berapa tahu. Sy ikut laluan kereta yg selalu kami limpas. Sy berjalan sedikit rasa takut dengan hantu.. takut dengan manusia. Bermacam2 perasaan. Tidak apa malam ini sy mesti lari..

Sy nampak ada busstop di hujung sana. Sy duduk dulu. Buka handphone. Siapa perlu di hubungi? Tiada. Sy off telepon. Sy akan cuba jual telepon ni dengan sesiapa yg lalu supaya ada duit

Tiba-tiba

Ada seorang lelaki datang. Sy mengeletar ketakutan tapi cuba kuatkan diri bercakap. Dengan muka yg tidak terurus, sy baru berdiri lelaki tadi mengelak dan terus cepat2 jalan. Adakah muka sy begitu teruk? Sy duduk balik. Menunggu orang lain lalu lagi..

Ada seorang kakak. Sy beri salam dan minta pertolongan. Kakak tadi duduk di busstop kesian. Kakak bilang dia tiada duit utk beli telepon ni. Kakak hanya kesiankan sy dan cuba membantu. Akhirnya kakak tadi memujuk supaya sy ikut ke rumahnya. Dia cuba menolong. Mau tak mau sy terpaksa ikut. Memang sy ketakutan.. apa lagi otak sentiasa berfikir kalau dady tahu apa akan jadi? Sy berjalan sambil tengok kanan dan kiri. Bunyi kereta lalu lalang sangat kuat sy takut itu kereta dady



Setibanya di rumah kakak tadi. Memang keluarganya ok dan baik. Sy di suruh duduk. Taukah pandangan asing bila kita menumpangkan orang lain di rumah? Sy menahan tangisan. Sy berharap ada bantuan di malam ini. Malam ini sy minta izin mau tidur di sini. Mama bapa kakak ni memang baik. Sy baru terasa lega.. syukur

Dorang tanyalah sy dari mana dan kenapa begini rupa? Kamu taukah bila sy cakap bapa sy si anu tu... Sy cakap dari kampung ini, anak si ini... pandangan mereka lain macam. Berubah muka. Sy tahu memang dorang negatif sudah

Makcik tadi tiba2 bersuara..

Makcik: oh kau anak si anu tu. adik.. bukan apalah makcik minta maaf. Kami tidak dapat tolong adik. Sebab kami tidak mahu ada masalah. Kenapa adik lari dari rumah?
Sy: Entahlah makcik..
Makcik: macam mana begini..? Kami takut bapa adik datang sini buat kecoh..
Sy: sy minta maaf makcik. Boleh sy tinggal di sini dulu?
Makcik: boleh. Tapi kalau bapa kamu tau macam mana?

Orang mahu menolong pun takut. Sebab dady sudah terkenal dengan penagih dan banyak hal yg dady buat di luar sana. Sy berstatuskan anak penagih. Kalau sy nekad tidur di sini tidakkah sy akan menyusahkan mereka? Sampai bila pula sy boleh menumpang di sini? Sy berdiri minta diri tapi berat hati juga keluarga ni lepaskan sy. Sy faham. Sy pun tidak tahu kalau sy cerita masalah sy pasti menjadi buah mulut semua orang. Kampung ini sudah lali dengan keadaan dady. Tapi mereka tidak fikir dady ada anak yg tidak berdosa di buat begini. Tiada cuba memahami tapi hanya mau menjajah cerita. Tidak apa.. Sy faham. Sy tidak mau menyusahkan semua orang. Sy diam dan mau jalan

Kakak tadi pun tidak tau mau buat apa. Dia negatif sebab sy ni anak penagih. Anak pencuri.. Sy faham. Sy tidak mau menyusahkan orang. Lagi2 sy tahu kalau dady mengamuk habislah bergaduh dan orang lain akan terlibat

Sy keluar dari rumah tadi. Kaki longlai. Sy terpaksa berpatah balik ke rumah. Sy mahu lari ke mana malam ni? Tiada hala tuju

Sampai di hadapan rumah. Sy duduk di luar rumah. Pedihnya hati. Betul2 penagih syabu itu sampah masyarakat sehingga tiada ruang utk mereka. Apa yg paling kejam? Anak terlibat sama.. Entah2 sy pun sudah termakan hasil jualan haram. Sebab itulah tiada orang akan percayakan biar sedikit kebaikan lagi. Mereka pun takut sy akan membawa pengaruh jahat sama anak mereka. Bersabarlah wahai hati. Siapa manusia yg mau pungut diri sy? Diri sy yg sudah rosak! Diri yg tiada masa depan! Orang semua menjauh.. yaa langit itu lebih dekat dari manusia sekeliling. Sy menangis bawa beg masuk ke dalam rumah

Pintu di kunci dari dalam? Ya Allah ada dady kah di dalam? Sy cuba bertenang kawal pernafasan sendiri. Hati berdebar kencang. Di malam ini? Adakah sy akan kena lagi? Bahang neraka terasa lagi..

Sy ketuk pintu pelahan. Dady buka pintu. Mata merah.. marahnya sudah jelas. Sy berpura2 masuk. Masuk saja.. rambut duluan di tarik. Sy terjatuh. Dady tutup pintu. Memang sy tiada kudrat melawan lagi. Adakah dady kisah air mata ini? Jangankan memujuk kesian pun tidak! Malah ambil apa saja barang lempar lagi. Sy hanya mengelak takut tercedera lebih parah. Begitulah kalau ada dady yg durjana. Malam ini nyawa saja masih mampu bertahan.. nafas sudah tersekat2 sakitnya di dada

Buat readers di luar sana ada yg bertanya kenapa sy bertahan sekuat ini? Kenapa tidak lari? Ini adalah jawapan sy 'kerana inilah yg perlu sy pertahankan seorang bapa yg sy sayang. Kenapa tidak berlari? Buat apa lari?! Sedangkan orang menyelamatkan pun tidak pasti. Kenapa tahan di pukul? kerana diri sudah di latih begini. Kenapa tidak lapor polis? Kalau lah ada yg memberi akal fikiran utk budak sekecil ini. Kalau lah sy ada kawan utk berkongsi rasa.. ternyata langit itu lebih dekat dari manusia. Kalau saja mamy sy ada di saat ini adakah hidup sy begini? TIDAK. Ini semua tidak akan jadi! Mamy sy di bawah tanah itu masih berdoa utk sy supaya mendapat kehidupan yg lebih baik! Bersyukurlah kamu masih punya tempat bergantung hidup dan berkasih sayang. Dan kepada yg mengelar diri sy bodoh.. bersyukurlah kerana sebaik2 kehidupan yg Allah s.w.t telah berikan buat kamu..

Dady: kau mau lari..?
Sy: tidak da.. da.. dady ampun
Dady: habis apa dalam beg kau tu?! Sial!!
Sy: ampun.... dady sakit..

Pukulan demi pukulan. Amaran dady sekali ini saja.. Sebab dady sudah bagi tunjuk batang besi ini akan berakhir di perut sy. Ya Allah..Dengan keadaan sy yg kecil ini.. kurus lagi. Setiap pukulan mengena di mana2 tulang. Sakitnya... Sy menangis meminta ampun? Apa dosa sy??? Apa dosa sy yg perlu di ampunkan? TIADA. Dosa sy sebab menjadi begini.. ada dady begini! Sy cuba berdiri menahan sakit. Mengeletar seluruh badan.. kaki cuba berdiri tapi lutut tidak dapat menampung beratnya badan. Sy tersungkur sendiri. Dady hanya buat bodoh. Rupanya dady sedang asyik dengan serbuk putih di biliknya tadi. Akhirnya dady berhenti memukul dia sambung menghisap syabu

Sy cepat2 masuk ke dalam bilik tutup pintu. Kayu sy ambil dari bawah katil. Sy peluk kayu sekuatnya bila-bila masa sy akan memukul. Badan bergegar ketakutan dan kesakitan

Tapi sampai ke subuh tiada juga dady menganas. Sy tertidur di depan pintu.. sakitnya badan. Setiap kali tidur angan2 terakhir hanyalah mau mati dan tidak perlu di sedarkan lagi. Biar mati sekali dalam tidur. Tapi setiap hari sy bersyukur sebab di berikan peluang utk bernafas lagi di dunia ini

Pagi

Dady keluar dari biliknya. Sy bersiap sedia takut kalau ada benda akan di lempar lagi. Sy berpura2 sibuk di dapur mencuci piring. Dady datang minta makanan. Sy ketakutan sebab tiada apa yg boleh di masak lagi

Dady: kenapa belum masak?!
Sy: hmm.. mm.. da.. dady tiada apa boleh di masak
Dady: kau kan!!! Menyusahkan betul!!
Sy: dady jangan...... !

Sy sangga tangan sebab berfikir dady mau memukul lagi tapi sebenarnya dady tidak memukul. Dady kau sedarkah betapa takutnya sy dengan seorang bapa? Sehinggakan apa pun tindakan dady hanyalah ketakutan buat sy. Apa yg keluar dari mulut dady tidak pernah menyenangkan hati ini. Hanya ketakutan....

Dady: sha kau dengar sini baik2.. !!

Sy pandang dady ketakutan. Terasa mengigil dari isi kulit hingga ke tulang. Rambut tidak bernyawa pun merasa kesakitan ini. Tapi kenapa bila sy pandang dady.. sy teringat dady seorang penyayang dahulu kala. Ada terbit muka mamy di wajah dady.. Dady kau lupakah muka sy ini ada muka dady? Badan yg dady dera ini adalah sebahagian nyawa dady. Sy tunduk menahan tangisan. Dady dengan suara tegas..

Dady: isha kau kahwinlah sama pakistan tu!
Sy: sha tidak mau
Dady: Dady mau kau kahwin sama dia! Mulai esok kau layanlah dia bagus2
Sy: dady sy tidak mau.. (menangis)
Dady: jangan macam2 sana! Shakid bilang tunggu umur kau 15 tahun. Dia mau kawin sama kau! Bagus bah dia tu.. kaya lagi..
Sy: dady sy tidak mau kahwin..
Dady: sampai bila?! Kau ingat ada lagikah mau kawin sama kau?!! Sudah!!!!

Hari berganti hari. Hidup sentiasa dalam ketakutan. Sy memasuki umur 14 tahun. Tiada apa yg perlu di tunggu lagi. Kadang sy menunggu di luar rumah berharap randy akan datang ke sini memujuk ataupun mengambil sy sebagai isterinya lagi. Tapi langsung tiada khabar berita. Tempoh setahun ini hanya utk memulihkan hati sendiri. Susahnya utk melepaskan cinta pertama. Sy ingat memori kami, sejak dari kecil lagi sy hanya ingat randy begitu baik tapi kenapa akhirnya begini? Kenapa dia hina sy? Mungkinlah dady dia hina kerana diri dady sendiri. Tapi kenapa sy di libatkan? Hanya kerana sy punya darah daging sebegini akhirnya tempias ke sy juga? Randy kau apa khabar? Kau hilang entah ke mana. kali terakhir dengar berita call dari mama randy masa tu itupun penuh dengan cemuhan dan hinaan. Mama randy bagitau yg randy akan berkahwin dengan staf nurse. Jangan menyundal sama suami orang! Jangan ganggu randy lagi! Itulah khabar setahun yg lalu. Sekarang tidak tahu apa terjadi dan randy memang tidak pernah sesekali mencari call atau mesej lagi. Biarlah sy berdiam diri. Selama ini sy hanya duduk di dalam rumah. Tiada istilah jalan ke mana-mana. Tanah pun langsung tidak berpijak kecuali ada benda yg mahu di pungut terjatuh dari rumah ataupun mengutip sayur di belakang rumah. Memang sy patut tinggal di dalam gua yg gelap tidak nampak manusia dan manusia pun tidak melihat sy lagi

APA YANG ADA DI HADAPAN MATA ITULAH YANG KITA PERCAYA. Dan inilah yg sy lihat setiap hari. Tiada siapa yg boleh menerima sy lagi? Di hari akan datang belum pasti lagi.. tapi sy dapat rasakan ia nya pasti lebih menyakitkan hati. Ini adalah perjanjian di antara dady dan shakid. Saya? apa hak sy di sini? Tiada..

Semenjak kejadian melarikan diri dari rumah malam tu, dady tidak memukul lagi. Shakid sudah warning kalau dady pukul sy lagi shakid akan ambil tindakan. Terasa juga ada tempat perlindungan lagi utk berteduh. Shakid tidak seperti randy.. sebab shakid seorang yg pandai mengambil hati dengan bercerita. Kadang sy tersenyum sendiri. Jangankan makanan atau benda, apa sekali pun semuanya dia bagus. Paling penting shakid punya adat.. dan sy melihat shakid sebaik2 manusia yg penuh adat...

Di rumah yg sunyi.. tiada apa2 lagi. Kembali seperti dulu. Keadaan makin berbeza sebab shakid memang baik orangnya. Sangat2 bagus dan penyayang. Dady bilang sy kena sentiasa bercantik2 supaya shakid suka sy. Tapi ternyata shakid bukan memlilih kerana rupa memang dia cintakan sy sehingga kini. Ternyata sy memang cintakan shakid..😢

Dady sudah rancang kesemuanya masa depan sy akan jadi begini. Sy hanya mengikut apa saja yg akan terjadi. Tapi sy bersyukur kerana sy pernah merasai cinta itu dari shakid

Dady bilang shakid seorang yg kaya. Sebenarnya dia ada 4 buah kedai sendiri di area XX. Huhu... memang cukup kaya. Setiap kali shakid datang ke rumah bukan lagi tujuan menagih hutang tapi hanya melihat keadaan sy sihat atau tidak. Shakid tidak mau sy di dera lagi. Tiada ambil kesempatan malahan shakid ajar sy jaga kehormatan diri.. pemakaian macam mana.. macam2 nasihat

Sepanjang tempoh 2 tahun sy mula melonjak ke 15 tahun. Shakid lah yg menjaga kebajikan sy. Memang semuanya serba lengkap dan sy merasa senyuman ada di sini. Cuma cinta belum pasti. Saat ini sy hanya takut utk cintakan manusia lagi. Tapi ternyata sy pernah cintakan shakid selama itu dan cinta shakid adalah sebesar2 cinta buat sy.. terima kasih

Sambutan Tahun 2016 >>

Tahun sy memasuki umur 15 tahun. Adakah di tahun ini? berkahwin lagi? Usia masa ini belum memasuki 15 tahun. Cuma bila ikut pengiraan tahun memang sy berumur 15 tahun. Hati sentiasa berdebar kerana sudah tahu apa akan jadi di tahun ini

Pagi

Dady tidak ke mana-mana dari semalam. Pagi ni pun dady bersiap sedia seperti menunggu tetamu

Dady: isha kau p mandilah.. pakai kemas2 sikit!

Sy ikut arahan dady. Memang sy tahu kenapa dady suruh sy mandi dan bersiap2. Ini sebab dia mahu berjumpa dengan shakid lagi. Sy mandi sambil menangis. Adakah sy betul2 akan di kahwinkan dengan pakistan tua tu? Ya Tuhan...

Siap semuanya. sy duduk di hadapan dady

Dady: isha kau dengar sini aah.. Hari ini pakistan nama shakid tu akan datang sini. Dady mahu isha terima dia sebagai suami..
Sy: tapi sha tidak suka dia
Dady: kau jangan memilih sangat! sudah ada lelaki mau kahwin sama kau! Kenapa kau ingat ada lagi lelaki mau kahwin dengan kau?!
Sy: hmmm... (menangis)
Dady: kau jangan sesekali menangis depan orang! kau tau lah apa nasib kau!
Sy: dady sy tidak mau kahwin dulu..
Dady: sudah! Kau terima shakid tu supaya hidup kita pun senang. kau taukah dia tu belum pernah kahwin. banyak duit dan kaya.. kau fikir kalau kau jadi isterinya siapa yg senang? kau juga kan!
Sy: hmmm...
Dady: sy bilang kau jangan nangis sana! sekejap lagi family dorang datang tu

Jam8.40 pagi



Ada dua perempuan dan lelaki berbangsa pakistan datang ke rumah. Ini family shakid. Ya Tuhan muka shakid ni bikin takut bah. Serius dan tua Tapi hensem maklumlah pakistan kacukan iran. Bila ingat semua kebaikan shakid memang dia ok orangnya. sy cuba tenangkan diri. Sy menahan air mata. tunduk

Family shakid ada sudah yg berkahwin dengan bangsa melayu di kk. Mereka semua pun fasih berbahasa melayu. Perempuan 2 orang ni adalah sepupu shakid yg ada di kk. Menurut shakid family besar semua di pakistan. Dan bila tiba majlis kahwin kami barulah keluarganya datang ke sini. Hmmmm... Memang shakid tidak pernah berahwin. lelaki tua dan tegas

Dady explain juga dengan keluarga shakid bahawa sy sudah pernah berkahwin di usia 12 tahun. Tapi suami sudah ceraikan sy. Ya Allah malunya dengar cerita kisah silam begini. Di usia 13 tahun sudah jadi janda? Apa kali fahaman keluarga shakid ni? Sy hanya tunduk diam. Keluarga shakid bilang mereka tidak kisah pasal kisah silam yg penting mereka datang dengan niat yg baik. Lagipun mereka penuh dengan adat istiadat keislaman. Dady hanya angguk2 faham

Selepas perbincangan di antara dady dan keluarga shakid tadi. Akhirnya satu kata putus 'sy akan berkahwin dengan shakid bulan depan'. Sy masuk bilik tapi dady teriak lagi

Dady: Kau jangan macam2 sana! kau mesti kahwin dengan shakid! kali ni kalau kau cerai lagi taulah apa nasib kau! kali ini sy bunuh kau hidup2!

Sy masuk ke dalam bilik menangis. Sy rindukan randy. Randy selamatkanlah sy di sini. Sy akan berkahwin dengan lelaki yg sy tidak kenal. Tapi apa mau di tunggu pasal randy??!! Kifarah itu pasti ada.. Kau ingatlah randy kau akan sedar kesalahan itu bila terkena kifarahmu sendiri..

Shakid tadi pun langsung tiada bercakap dengan sy. Pandang pun tiada. Kehidupan mereka agak berbeza dengan kita di sini. perempuan tidak boleh bercerita dengan lelaki sesuka hati. Perempuan tempatnya di belakang suami. Kakak sepupu shakid pun tadi hanya eya2 bila bercerita dengan dady..

Ada calling masuk. Sy angkat call. rupanya calling dari kakak sepupu shakid. Kakak sepupunya bilang minggu depan sy akan di bawa utk baju pengantin. hmmmm sy eyakan saja

Tibalah di hari pernikahan kami 💐

Kami di nikahkan di rumah kami seperti biasa. Cara kampung. Bezanya kali ini semua orang kampung pandang negatif. Tiada satu pun yg sudi datang. Sy tidak perlu cakap banyak. Apa lagi mau bahas itu ini, sy seorang pendiam dan kekal berdiam diri. Kami nikah di saksikan oleh keluarga shakid saja. Keluarga jauh dari pakistan pun ada yg datang

Selesai akad nikah sy di bawa ke rumah shakid tengah hari tu. Banyak mau di sediakan pakaian, berinai dan macam2 lagi. Malam ini majlis kami akan di buat di rumah shakid. Di satu kondominium xx. Mewah dan memang kaya. Rumah serba lengkap dengan aircond huhu. Sy berdiam diri sebab berada di tempat orang. Memang meriah perkahwinan kami berbanding dengan randy dulu. Biarpun sy tidak kenal shakid tapi dia bawa sy kahwin dengan cara yg baik2. Yang pastinya malam ini sy akan di pakaikan sari dan aksesori bermacam2 di kepala dan tangan. Tangan sy sudah siap di ukir inai utk malam ini. Wowww memang jadi 'janam' sudah ni

Keluarga shakid dari seberang sanggup datang ke majlis kahwin kami. Sy berkenalan biarpun ada bahasa yg tidak di fahami. Memang benarlah shakid tidak pernah berkahwin selama ni. Kiranya dia hanya mahu meneruskan perusahaannya sehingga hari tua. Isu kahwin tidak pernah terfikir lagi sehinggalah dady yg offer diri sy utk di kahwinkan. Hmmm...

Tiba-tiba

Shakid: jaan..

Sy pandang shakid sekejap. Siapa dia panggil tu? Apa 'jaan' ? Mana sy tau.. sy buat bodoh. Shakid pandang sy lagi

Shakid: jaan...
Sy: Kau cakap sama sy kah?
Shakid: ya
Sy: O..

Entah apa maksud ayat tu. Kenapa pula dia panggil sy dengan nama tu? Pelik o. Majlis kahwin kami baru mau bermula ni. Sy sudah di hias secantik2 karishma kapoor 😂

Lagu bollywood rancak...

🎶Choori choori.. chupkee chupkee..🎶

🎶Mastaana mausam hai, rangeen nazaara...
Dhadkan kya kehti hai, samjho ishaara
Aaj se jaaneman dil hai tumhaara...
Aaj se jaaneman dil hai tumhaara... 🎶

Shakid berdiri dekat sambil pegang bahu sy. Tingginya mengalahkan tiang elektrik. Sy mendongak pandang ke atas. Badan dan umur dua tiga kali ganda. Mata kebiruan.. bulu-buluan di tangan dan dada. Badan yg tagap. Hensemboii

Adakah perlawanan matching 15 VS 49.....?

~ Beautiful Lisa beza umur dia dengan gentua 20 tahun kan? Beza umur sy dengan shakid pula 34tahun haha. Kalau saja duluan sy terbaca cerita beautiful me tidaklah sy terkahwin dengan shakid ni haha... Lisa kena ehem2 7 kali time honeymoon ja. Tapi sy kasihan kama 5 kali dalam sehari... stressssss!! ~

Shakid: jaan..
Sy: apa tu.....?
Shakid: sy panggil isha jaan ok?
Sy: apa maksud jaan tu?
Shakid: jaan tu ertinya sayang
Sy: 😊
Shakid: jaan.. muje pyar kartha tum
Sy: ....?




LihatTutupKomentar