-->

Berita Palsu 23 Remaja Hilang Di Villa Nabila



Pada 16 nov 2013 malaysia digemparkan dengan KONONYA 23 remaja hilang dari 30 orang yang telah memasuki VILLA NABILA .Berita palsu 23 remaja hilang di Villa Nabila pada 18 November 2013. Kecoh dilaman sosial apabila 23 orang dilaporkan hilang daripada jumlah 30 orang manakala 7 lagi terselamat setelah memasuki Villa Nabila. Hakikatnya, pihak polis hanya menerima satu laporan polis mengenai seorang remaja yang disahkan hilang di lokasi tersebut. Laporan yang tersebar di laman sosial Facebook yang mendakwa terdapat kira-kira 30 remaja yang hilang di villa terbabit menyebabkan villa tersebut dikerumuni orang ramai sejak awal pagi tadi. Sebelum insiden, seorang remaja yang berusia 16 tahun dilaporkan memasuki kawasan tersebut bersama beberapa rakannya sebelum hilang dan gagal pulang ke rumah sejak sabtu lalu


Identiti Remaja Hilang :Mohd Izzat Izzudin Hussin, 16 tahun

Izzat Izzudin yang dilaporkan hilang di Villa Nabila sejak sabtu lalu ditemui di rumah rakan yang dipercayai kekasihnya di Flat Desa Mutiara. Menurut sumber, selepas menonton filem seram Highland Tower Izzat Izzudin Hussin, 16, bersama kira-kira 20 rakan lain dipercayai tertarik untuk mengunjungi lokasi yang dikatakan ‘keras’ lalu memilih untuk memasuki Villa Nabila dalam kumpulan seramai kira-kira 20 orang lebih pada lebih kurang jam 4 pagi.
Setelah berada di situ, semua keluar melalui jalan belakang, dan berhenti rehat di Masjid Kolam Air sewaktu azan berkumandang, sebelum mereka bersurai. Izzat membuat keputusan tidak pulang ke rumah dan tinggal di rumah rakannya. Selepas Buletin Utama menyiarkan berita kehilangannya, orang awam menetap di flat terbabit, mengenali identiti Izzat kemudian bertindak menyalurkan maklumat tepat kepada polis.



 

NAK TAHU MESTERI VILLA NABILA CLICK SINI !!!!
LihatTutupKomentar