-->

kereta lebih 12 tahun akan dilupuskan

Tiada cadangan KERETA lebih dari 12 tahun akan dilupuskan

Berita mengenai cadangan kerajaan akan melupuskan kenderaan yang melepasi jangka usia 12 tahun telah tersebar dilaman sosial baru-baru ini
Penyebaran berita tersebut, menjadi perbincangan di kalangan pengguna laman sosial, rata-ratanya tidak bersetuju dengan cadangan terbabit kerana perkara itu akan memberi pelbagai implikasi dan hanya membebankan rakya


Sebenarnya, dakwaan itu tidak benar sama sekali dan disangkal oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Karpawi
Dalam satu kenyataan yang disiarkan media pada Khamis menurut Datuk Abdul Aziz Karpawi kementerian tidak mempunyai cadangan untuk berbuat demikian kerana tindakan tersebut akan hanya membebankan rakyat dan tidak mahu melaksanakannya
Ini sekali gus menafikan cadangan Kementerian Pengangkutan telah mengesahkan untuk melupuskan kenderaan yang berusia lebih daripada 12 tahun daripada digunakan di jalan raya
Selain itu, kajian terperinci perlu dijalankan sebelum membuat keputusan sama ada jangka hayat kenderaan perlu ditetapkan atau tidak pada masa sekaran
LihatTutupKomentar