NAMA Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma tiba-tiba sahaja menjadi topik perbualan masyarakat.
Bukan kerana perihal politiknya, sebaliknya Zuma menjadi tumpuan gara-gara satu rakaman videonya yang tular.
Dalam rakaman berdurasi 35 saat itu, Zuma dilihat berhempas pulas untuk cuba menyebut frasa 'in the beginning' dengan betul.

Dalam rakaman berdurasi 35 saat itu, Zuma dilihat berhempas pulas untuk cuba menyebut frasa 'in the beginning' dengan betul. -Foto YouTube |
YouTube Viral Vids
Sehinggalah ke penghujung video, Zuma masih gagal menyebutnya dengan baik.
Pun begitu, rakaman itu dipercayai telah disunting pihak-pihak tertentu dan ucapannya juga telah diubah.
Video itu dikatakan telah dirakam di sebuah acara tahun lalu, namun ia mula tular selepas dimuatkan dalam satu program televisyen, Tonight Live with Dr.Ofweneke, yang disiarkan di saluran EBR, minggu lalu.
"Kami sayang penonton-penonton kami di Afrika Selatan, tetapi apa kata anda nasihatkan presiden anda untuk mencuri buku terlebih dahulu, sebelum mencuri duit," kata Ofweneke dalam nada berseloroh selepas rakaman itu disiarkan.