BALI: Status amaran Gunung Agung dinaikkan daripada peringkat kedua tertinggi kepada peringkat tertinggi hari ini.
Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) mengumumkan amaran dinaikkan dari status 'siaga' sebelum ini kepada 'awas' susulan aktiviti gunung berapi itu yang meletus pada Sabtu lalu.
Menurut jurucakapnya, Gede Suantika yang dipetik daripada portal Kompas, selain kemunculan sinar lava, Gunung Agung terus menyembur asap dan abu yang mencapai ketinggian 3,000 meter dari puncak

Status amaran Gunung Agung dinaikkan daripada peringkat kedua tertinggi kepada peringkat tertinggi hari ini. -REUTERS |
Pemantauan Aktivitas Gunung Agung Bali -YouTube Telkomsel Balinusra
Selain itu, letusan gunung berapi itu turut disertai bunyi dentuman yang kedengaran sehingga radius 12 kilometer.
"Ciri-ciri tersebut menandakan potensi letusan besar akan segera terjadi. Oleh sebab itu, statusnya telah dinaikkan," katanya.
Kali terakhir Gunung Agung meletus ialah pada 1963, mengorbankan 1,100 orang