Aplikasi Wechat sememangnya antara pilihan ramai remaja zaman sekarang. Apps ini sering digunakan oleh remaja untuk berhubung kerana kemudahan yang terdapat di dalamnya. Namun di sebalik kecanggihan apps ini, ia sebenarnya mendatangkan banyak keburukan.
Seperti kisah yang dikongsikan ini, kerana cinta WeChat, wanita kerugian RM40,000 dan kini hidup dalam ketakutan diugut disebar video dan gambar bogelnya.
Lelaki berkenaan mendakwa berasal dari Amerika Syarikat (AS) dan bekerja sebagai jurutera sivil serta mempunyai ibu yang sakit hepatitis B dan sakit buah pinggang.
Hubungan kami menjadi semakin rapat selepas tiga bulan berkenalan di alam maya dan pada November lalu, lelaki itu mengatakan dompetnya hilang serta ingin meminjam wang termasuk kononnya untuk rawatan ibunya.
Saya kemudian beberapa kali memasukkan wang yang kesemuanya berjumlah kira-kira RM24,000 ke dalam akaun bank milik seorang wanita tempatan yang diberikan lelaki berkenaan.
Menerusi Harian Metro, mangsa yang dikenali sebagai Amy itu telah berkenalan dengan seorang yang menggunakan nama Morgan Deavour Andrew di laman sosial berkenaan September lalu.
Menurutnya, pada awal perkenalan, mereka hanya berbual menggunakan aplikasi berkenaan sebelum menjadi semakin rapat hingga berhubung melalui telefon dan juga WhatsApp. Amy berkata, lelaki berkenaan turut berjanji ingin membuat pelaburan di Malaysia dan akan membeli rumah atas namanya.
Saya mengatakan tiada lagi duit, namun lelaki itu menggugut ingin menyebarkan gambar bogel saya.Sepanjang berkenalan di alam maya dengan lelaki itu, saya ada menghantar dua gambar dalam keadaan tidak berpakaian kepadanya selain turut membuat panggilan video ketika berada dalam keadaan sama.
Amy berkata, selama kira-kira lima bulan berkenalan, dia hanya berbual dalam laman sosial dan melalui telefon serta membuat panggilan video.
Ketika membuat panggilan video, paparan skrin lelaki terbabit hanya gelap dan saya tidak sangka boleh diperdaya sebegini.Saya menyesal dan kini bimbang gambar atau video saya akan tersebar serta harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera berhubung kes ini.
Menurutnya, dia juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 15 Januari lalu dan berharap kejadian yang didedahkannya itu menjadi iktibar kepada orang lain agar tidak terpedaya dengan taktik penipuan cinta di alam maya atau ‘love scam’.
Sumber : Harian Metro