-->

Vida Anggap Pendedahan Aishah Jatuhkan Maruahnya, Tidak Akan Minta Maaf

Hartawan Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida menegaskan bahawa dia tidak akan memohon maaf kepada Aishah berhubung menipu mengenai kalung berlian yang dihadiahkan pada penyanyi itu setelah memenangi Gegar Vaganza 2017.




Melalui penelitian dan laporan ahli gematologi, kalung itu didapati palsu dan hanya menggunakan batu nilam sintetik dan kubik zirkonia. Vida mendakwa pendedahan Aishah telah menghancurkan reputasi yang telah dia bina:
Saya tak akan sesekali mohon maaf. Maaf bukan boleh membasuh maruah saya yang sudah tercalar. Perkataan maaf walaupun senang diungkapkan tapi reputasi saya jatuh hancur berkecai.
Adakah dengan memohon maaf itu boleh menggembalikan kepercayaan orang ramai? Saya berbesar hati nak bagi hadiah kalung itu tapi akhirnya kebaikan saya itu memakan diri.




Kepada mStar Online, Vida memberitahu permohonan maaf tidak akan menghentikan kutukan orang ramai terhadapnya berhubung kalung itu malah reputasinya juga kini telah hancur.

Gara-gara kalung itu satu Malaysia kutuk saya. Bukan (permohonan) maaf itu satu benda yang boleh mengubah keadaan dan kekeruhan yang berlaku.

sumber : beautifulnara.com 
LihatTutupKomentar