-->

Dua Buah Kereta Berdebu Di ‘Parking’ Selama 6 Tahun Terjawab, Dipercayai Milik Penumpang MH370


 Misteri dua kereta mewah yang didakwa ditinggalkan di kawasan parkir Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing selama bertahun-tahun akhirnya didedahkan.

Kereta jenis Porsche dan Lexus itu telah dikatakan ditinggalkan di kawasan parkir tersebut selama enam tahun.dua-dua kereta tersebut adalah merupakan kereta mewah yang memiliki harga yang tinggi di pasaran.

Menurut sebuah laman web China bernama vansky.com, kerana telah hampir enam tahun ditinggalkan, caj parkir yang terkumpul oleh kereta tersebut telah mencecah sebanyak 80,000 yuan.

Kelibat kedua-dua kereta tersebut telah banyak menimbulkan persoalan ke atas orang ramai yang masuk dan keluar dari kawasan tempat letak kereta itu. mana pemiliknya pergi? Adakah mereka lupa bahawa kereta itu diparkir di sini?

Warganet yang ingin tahu misteri di sebalik kereta itu telah bertindak membuat pemeriksaan berdasarkan maklumat nombor plat daripada kereta berkenaan dan hasilnya amat mengejutkan.

Menurut vansky.com, hasil pemeriksaan yang dibuat itu mendedahkan bahawa kedua-dua pemilik kereta berkenaan adalah merupakan antara penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur dan mendarat di Beijing pada 8 Mac 2014 lalu.

Pemilik kereta ini dipercayai telah meletakkan kereta mereka di kawasan parkir itu untuk pergi ke luar negara menaiki kapal terbang dan seterusnya kembali dengan menaiki pesawat MH370 tersebut.

Sekiranya tragedi tersebut tidak berlaku, mereka telah dijadualkan mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pada 8 Mac 2014.

Selepas daripada itu, mereka mungkin memandu kereta tersebut untuk pulang bertemu semula dengan orang yang tersayang.

Pun begitu, pengakhirannya bukanlah seperti yang diimpikan kebanyakan orang terutamanya pada keluarga mangsa.

Pesawat Malaysia Airlines MH370 telah hilang selama lebih dari enam tahun, dan kesemua penumpang dan kru yang berada dalam pesawat tersebut langsung tidak dapat dikesan.

Keluarga mangsa didakwa sengaja tidak mengalihkan kereta-kereta itu kerana mereka percaya dan masih menaruh harapan bahawa pada suatu hari nanti, insan tersayang mereka itu akan muncul jua.

Mereka akan memandu kereta itu dan menjelma di hadapan pintu rumah mereka dengan senyuman sambil mendakap mereka seolah-olah kehilangan mereka dalam tempoh yang lama itu adalah kerana mengambil persimpangan yang jauh.

Sehingga ke hari ini, kereta tersebut didakwa terus berada di kawasan parkir Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing dalam keadaan yang penuh berdebu sambil menantikan kepulangan tuan mereka.

Sumber: vansky


LihatTutupKomentar