-->

Lelaki Bunuh Diri Di Bilik Sewa Bakal Tunang Di Sinsuran

Pasukan polis menjalankan proses sanitasi bagi memastikan tiada sebarang kemungkinan jangkitan Covid-19 daripada mayat mangsa.

Polis menjalankan proses sanitasi bagi memastikan tiada sebarang kemungkinan jangkitan Covid-19 daripada mayat mangsa.


KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang menziarahi bakal tunangnya ditemui mati selepas menggantung diri di tandas bilik sewa, di Bangunan Sinsuran, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa berusia 32 tahun dikatakan baru sampai daerah Kudat bersama seorang lagi rakannya ke bilik yang disewa bakal tunangnya.lepas tiba, mangsa dikatakan sempat menjamu selera bersama rakan dan tunangnya sebelum masuk ke bilik air untuk mandi manakala rakannya pula pulang semula ke Kudat.

Mayat mangsa diangkat oleh pasukan polis yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Namun, mangsa dikatakan tidak keluar daripada tandas berkenaan selepas beberapa ketika sebelum disedari bakal tunangnya yang mengetuk pintu untuk bertanyakan keadaannya namun tidak dijawab.

Bakal tunang mangsa terpaksa meminta bantuan daripada jiran bilik sewa untuk memeriksa keadaan mangsa di dalam bilik air berkenaan.gaimanapun, mereka terkejut selepas menyedari mangsa sebenarnya menggantung diri di besi tangki air di tandas berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, bakal tunang mangsa bersama jiran berjaya memecahkan pintu tandas sebelum menurunkannya dengan memotong tali yang menggantung mangsa.

Katanya, dalam keadaan panik, bakal tunangnya terus tampil ke Balai Polis Kota Kinabalu untuk melaporkan kejadian berkenaan.

“Sebaik menerima laporan sepasukan polis dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

“Pasukan paramedik yang turut tiba di lokasi kejadian kemudiannya menjalankan pemeriksaan sebelum mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,”katanya ketika dihubungi, hari ini.

Habibi berkata, siasatan di tempat kejadian tidak menunjukkan sebarang unsur perbuatan jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa.

Katanya, mayat mangsa sudah dirujuk ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE1) untuk ujian Covid -19 sebelum proses bedah siasat dijalankan.

“Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kematian mangsa.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.- AsiaTimes

LihatTutupKomentar