-->

Jaan punching bag full part 1-15 ( 12 )





Dengan linangan air mata sy menuju ke sungai. Banyaknya kain mau cuci. Sy rindukan suami. Kenapa keluarga shakid begini? Kenapa sikit pun tidak mendengar penjelasan apa yg terjadi? Sy cepat2 mencuci mau siapkan sebab risau shanji menangis tadi minta susu. Badan sy basah2 terkena air sungai.. sejuk lagi. Mana lagi hati terus risau keadaan kami di sini. Siap mencuci terus menjemur. Lega sudah habis kerja. Hati berfikir laju bagaimanakah 3 hari ni tanpa suami di sini? Sudahlah di tempat orang..

Sy duduk rehat sekejap pandang air sungai. Tiada apa yg boleh di lihat di sini. Hanya bunyi mata air yg deras seperti air mata sendiri. Ya Tuhan adakah Engkau melihat penderitaanku? Bilakah semua akan berakhir? Perlukah di pertahankan rumahtangga yg rapuh ini? Mamy... mamy... sy rindukan mamy. Sy pandang kedua tangan yg kecil ini sudah mampu membuat pelbagai kerja. Kalau mamy ada di sini pasti tidak akan membiarkan sy hidup begini.. Sy rindukan mamy. Sy lap air mata.. sy mesti kuat demi shanji

Adnan datang

Adnan: Isha kalau sudah siap ammi suruh masak

Sy pandang adnan. Adnan simpati tapi tidak boleh buat apa2

Sy: adnan.. sy tidak salah. Anak tu terjatuh sendiri (menangis)
Adnan: ya sy tahu. Kamu sabar ya

Sy lap air mata

Adnan: cepatlah nanti ammi bising..
Sy: hmmm...
Sy: adnan kenapa perlu cuci di sungai? Kan ada mesin basuh..
Adnan: ada baju yg tidak boleh cuci guna mesin basuh. Isha kesian kamu. Mesti penat kan?
Sy: hmm..
Adnan: kau cepat2lah siap nanti ammi marah lagi
Sy: kejap lagi lah sy datang
Adnan: sy jalan dulu...

Sy berdiri menuju balik. Perlu masak lagi? Ini malam keluarga akan makan nasi. Beberapa hari makan naan ja. Sy pun tak tau macam mana mau sesuaikan diri. Mereka bukannya faham sy orang asing di sini. Apa benda pun tidak cuba memahami bangsa lain

Sampai di rumah bukannya di bagi peluang pegang anak. Sy terus di suruh ke dapur masak. Sy masak sajalah apa yg shakid pernah ajar. Time makan semua komplen tak sedap. Cairlah! tiada rasalah! Ada juga yg tak sanggup makan. Mulut dorang terus2 bercakap tapi sy bukannya faham. Adnan pandang hanya diam..

Shanji menangis kuat. Sy cepat2 mau ambil baby. Adik shakid yg seorang lagi namanya Laila pun benci sy. Sy ambil shanji di tangannya.. dia tak bagi

Sy melawan mau ambil. Kesiannya air mata shanji menangis begini kuat. Entah apa laila sudah buat ni. Sy bersuara saja biar laila tidak di faham

Sy: laila bagi anak sy..!!

Laila bising2 tidak mau bagi shanji. Dia terus masuk bilik. Tangisan shanji tidak di dengari lagi. Biliknya di tutup rapat. Sy ketuk pun tidak di layan lagi. Laila adik shakid yg ke 4 sudah berumahtangga lebih dari 5 tahun tapi tidak punya anak. Mungkin sebab itulah dia mau ambil sayang2 shanji. Ya Tuhan.. sedihnya sy berpisah dengan anak

Adnan di suruh bercakap lagi

Adnan: malam ni isha jangan tidur di bilik. Tidur di ruangtamu sini ja
Sy: kenapa..?
Adnan: hmmm kau dengar sajalah apa mereka cakap. Supaya tidak gaduh
Sy: tapi kenapa...?

Adnan pun seperti malas sudah mau sampaikan apa hal di rumah ni. Sy duduk kepenatan. Malam ni tidur di luar? Keadaan sejuk begini? Hmmm



Laila ada lain sikit orangnya.. kuat bising. Tapi suaminya pendiam. Entahlah pendiam2 pun ubi berisi juga macam syaitan. Nama husband laila si khismat. Khismat keturunan iran tulen. Tinggi dan hensem orangnya. Mata kehijauan. Selama sy di rumah memang tidak pernah bercerita dengannya. Sy takut shakid marah. Sy hanya boleh bercakap dengan adnan. Itupun sepatah dua kata. Khismat pernah datang ke Malaysia. Melayu tidak lurus.. tapi dia faham

Malam

Malam yg dingin tidur di ruangtamu yg sangat gelap. Lampu akan di tutup habis memang tidak akan nampak satu pun cahaya. Orang di sini awal tidur dalam jam 9 malam sudah lena. Sejuknya di malam ini

Hati sedih anak dari tadi tidak di beri peluang utk pegang. Betul2 hidup sy di buli di sini. Tiada istilah menghormati orang lain. Terasa diri sy hanyalah orang yg bodoh. Mama shakid bilang mulai hari ni shanji akan di susukan botol sebab shanji akan tinggal dengan mereka. Sy menangis hanya peluk bantal

Pagi

Memang sy awal bangun. Sy sudah biasa.. kami baru seminggu di sini tapi keadaan rumah sy sudah arif. Sy menyapu dan mop belakang rumah. Sy pegang shanji sekejap saja terus di ambil lagi. Laila seolah-olah tidak puas hati. Shanji di ambil lagi dalam keadaan menagis

Adnan bilang janganlah melawan. Tiada orang akan dapat tolong sy di sini. Tunggu shakid pulang pasti boleh dukung shanji lagi

Hmmm

Sy di suruh cuci kain lagi. Sy menangis sendiri. Dua hari shakid di bandar pasti malam ni atau esok dia pulang. Sy rindukan shakid. Sy cepat2 siapkan cuci kain sebab lapar

Sampak di rumah penuh lagi dengan maki hamun. Segala hentakan benda2 di depan sy. Memang adik beradik shakid kaki gaduh dan panas baran. Rambut sy di tarik.. entah apa masalah lagi ni. Anjana masih dendam anaknya sakit. Ya Tuhan..

Sy berlari ke sungai

Sy menangis. Penat menangis sy balik ke rumah lagi. Ada khismat di sini duduk pandang sy menangis. Tapi apa tindakan pun tiada. Kenapa seperti sy yg salah dalam hal ni? Sy masuk ke rumah duduk diam. Perut sangat lapar tapi niat mau makan terhenti sebab maki hamun dari mentua dan ipar

Malam

Sy mengemas ruangan dalam rumah. Sapu dan mop. Penatnya. Malam ni sy masih tidur di ruangtamu. Gelapnya. Sy sangat2 lapar dari pagi tiada makan. Sy menunggu semuanya tidur barulah sy makan di dapur. Jam 9 malam semuanya sudah tidur. Keadaan ruangtamu gelap gelita. Sy pelahan2 menuju dapur. Gelapnya.. sy curi2 makan. Itupun roti naan kosong ja. Sy makan roti naan dan minum segelas susu. Cukup ada alas perut. Sy pelahan2 berjalan dalam keadaan gelap

Tiba-tiba

Ada tangan merayap dari belakang. Hati gembira sebab shakid sudah pulang. Sy menangis.. shakid biarkan sy menangis dalam keadaan membelakang.

Sy: abg... nantilah..

Shakid tiada respon. Di cubit ganas. Tak pernah2 shakid sebegini ganas. Sy tolak badan shakid tidak berganjak malah terus2 kasar.. Gilakah apa ni.. sy cuba pusing tidak dapat. Hati rasa lain. Sy paksa tolak tidak dapat.

Sy: isssshhhhh!!!! Apa ni bang!!!

Sy terus teriak...Sy cepat2 lari cari suis lampu. Buka lampu dapur

Lampu ON

Ya Allah.. ini bukan shakid. Ini khismat suami laila. Khismat datang ke suis tutup lampu. Dia tutup mulut sy dan bawa ke satu stor bilik dapur. Khismat masih tutup mulut sy

Khismat: Isha you shut up....!!
Sy: ..........

Hati berdebar ketakutan. Apa lagi suami laila mau buat ni? Mata sy ligat mencari kayu atau benda utk memukul. Fikiran terus2 ke shanji dalam jagaan laila. Bagaimana kalau shakid tahu hal ni? Sy menangis. Mahu melawan memang tidak dapat lawan. Sy minta di lepaskan. Dia mahu merogol sy.. ya Allah selamatkanlah sy..

Khismat sedikit tahu bahasa melayu tapi tidak lancar

Khismat: isha jangan bagitahu orang..!! Kau nahas!!

Khismat buka mulut sy dia bagi signal diam. Keadaan yg gelap dan samar2..

Khismat: sssshhhhhhhhhhhhh..... !!!

Dia suruh diam, keadaan yg menakutkan

Khismat: Tiada orang percaya kau! Bagus kau diam saja!!

Badan sy mengeletar ketakutan. Sy bersuara juga

Sy: khismat apa kau buat hahh?!!
Khismat: sy suka kau. Dari mula sy nampak memang sy suka.. bangsa lain dari lain. Kecantikan yg lain dari perempuan pakistan

Sy cepat2 keluar dari stor. Khismat tarik sy. Sy tolak dan teriak. Akhirnya dia lepaskan juga..

Khismat: awas kau kalau bagitahu orang..!!!

Khismat terus jalan. Kurang ajar punya lelaki! Sy ketakutan hampir2 sy di liwat tadi. Ya Allah sy sungguh takut di dalam rumah ni. Semuanya syaitan!! Sy baring di ruangtamu langsung tidak tidur sebab takut di rogol oleh khismat. Nampak saja pendiam rupanya manusia binatang!

Sy tidak tidur sampai ke pagi terus sambung buat kerja. Kejadian semalam bikin trauma hampir2 di rogol. Memang hidup tidak selamat. Kalau sy bersuara memang tiada orang akan percaya. Sy buat seperti biasa menyapu dan mop lantai

Siap saja sy masuk ke dapur minum air. Ada khismat di sini. Pandangan dia penuh nafsu.. Sy benci!! Khismat datang ke tempat sy kedua2 tangan sy dia pegang hanya guna sebelah tangan

Sy: apa lagi kau mau buat hahh?!!!! Kau mau sy teriak?!!
Khismat: kau ingat ada orang percaya?!!

Sebelah tangan khismat sudah masuk di baju. Sy tidak dapat melawan lagi. Muka penuh nafsu yg menakutkan. Tangan dia cuba buka seluar sy

terus2 sy ludah mukanya dan teriak

Sy: binatang kau !!!!!!!

Khismat tampar muka sy kuat. Hanya sekali tamparan hidung sy berdarah

Khismat: kau berani melawan!! Kau ingat kau siapa?!!

Khismat ambil mulut sy. Sy tolak. Sial punya binatang!

Khismat lepaskan badan sy buat tidak tau. Sekali isteri dia laila datang tanya apa berlaku.. apa lagi dia mau fikir kalau perempuan dan lelaki berdua-duaan. Laila tarik rambut sy dan tampar. Sy mahu melawan tidak dapat sebab adik beradiknya yg lain datang memukul juga. Sy sekuat hati melawan.. tidak dapat. Adnan datang leraikan semua pergaduhan. Akhirnya terlerai juga cuma mulut mereka tidak berhenti sebut nama shakid. Mungkin dorang menunggu kepulangan shakid baru info kejadian ni. Ya Allah sy betul2 takut

Adnan: isha kenapa tadi..?
Sy: sy tidak buat apa2..
Adnan: kau jangan cerita atau dekat2 sama suami mereka. Tidak boleh mesra.. isha sy kesian kau. Kau pergilah keluar dulu dari rumah sebelum mereka pukul lebih teruk
Sy: adnan sy tidak salah..... khismat tu yang...

Ayat terhenti di situ. Semua mata mereka pandang hina dengan sy. Sy tidak teruskan kata2 tadi. Biarlah sy harap saja shakid tidak percaya apa pun cerita dari dorang. Sy menangis terus keluar menuju sungai. Sy duduk di sana berfikir.. habislah sy kalau shakid pulang nanti

Tengah hari

Sy masih duduk di sungai. Memang langsung tidak boleh pegang anak sendiri. Sy menangis meratapi nasib sendiri. Pada siapa mau di luahkan? Semua orang jahat.. shanji anak.. ammi rindu shanji.. sy rindu mamy

Sy cuba balik ke rumah, harap2 tiada apa lagi berlaku. Memang pandangan dorang semua jijik. Sy buat tak tau terus saja dukung shanji di ruangtamu. Sy dukung anak.. menitik bah air mata sy. Entah dorang perasan kah semua ni atau tidak

Shakid: Assalammualaikum..

Shakid di hadapan pintu. Senyuman yg begitu manis. Shakid terus saja duduk di sebelah sy dan manjakan sy dan shanji

Shakid: jaan.. abg sudah sampai. I miss you..
Sy: ....

Sy diam dan tunduk saja. Pandangan semua orang macam tembus ke belakang kami. Shakid manja2.. dia tunjukkan selendang dan susu segar yg dia bawa dari bandar. Sy senyum2 saja.. mood shakid memang ok

15 minit kemudian

Keluarga shakid seperti ada perbincangan. Shakid berubah muka. Khismat di panggil juga. Dalam hati sy memang pasal hal pagi tadi. Semuanya bersuara sy tidak faham tapi sy tahu mereka sedang cerita pasal sy dan khismat

Shakid ke tempat duduk sy. Dia tarik baju sy berdiri. Kemudian shakid heret sy naik tangga.. Di heret begitu ja..

Sy: abg sakit... lepas

Shakid tutup pintu bilik rapat. Pandangan sudah berubah. Dia hempas badan sy kuat di atas katil. Tali pinggang di buka dari seluarnya. Dia tunjuk kepala besi tali pinggang

Shakid: jaan... apa kau sudah buat???!!!!!!
Sy: sy tidak tau apa yg abg faham dorang cerita. Tapi semua tidak benar!
Shakid: NO..... !! you shut up !!!

Sy: Apa yg dorang cakap? Kau bagitau sy sekarang!!

Shakid terus2 libas kepala tali pinggang di badan sy. Terasa besi mengena di tulang tangan dan belakang. Sy menangis dan pegang tali pinggang tadi

Sy: abg kenapa pukul sy? Abg sudah janji kan??
Shakid: jaan sy tidak mau pukul kau! Tapi kau selalu buat masalah! Jaan hari ni sy bunuh kau !!!
Sy: sakit bang.. berhentilah !!

Shakid: Kau jenis perempuan macam mana? Tidak puas satu lelaki?!! Kenapa kau goda adik laki sy hahh???!!!!!



POKKK!!!! Shakid tumbuk muka sy sekuat hatinya. Sekali lagi pokkk! di tumbuk di bahagian mata. Pandangan sy hitam. Sy gosok mata berdarah. Sy pegang kedua mata berdarah campur air mata. Sungguh2 banyak darah.. mata sy jadi kabur. Tidak dapat melihat apa2 lagi. Shakid masih memukul, tendang di perut sy. Terasa bekas jahitan sakit lagi. Sy terjatuh dari katil meraba lantai. Pandagan hitam. Shakid angkat baju sy Pokkk!!! Tumbukan lagi di hidung. Hidung, mulut dan mata sy berdarah

Shakid angkat sy tinggi ke dinding semen dalam keadaan kedua2 tangan di cekik ke dinding. Muka terasa biru dan darah dari hidung terasa makin laju. Sy tidak dapat bersuara lagi. Sakit tekak teramat sangat sehingga sesak nafas

Adnan cepat2 masuk bilik kami

Adnan: sudah baii... sudah..l!!

Shakid menangis tunduk. Masih mahu memukul. Adnan tenangkan keadaan

Adnan: isteri kau orangnya baik. Mungkin dia tidak ngam sama orang rumah. Kau bawalah dia keluar. Jangan pukul
Shakid: dia goda khismat!!!!! Itu perangai tidak baik!!!!
Adnan: jangan percaya benda yg tidak jelas. Kita tiada bukti.. tiada saksi melihat kejadian. Baaiii sabar
Shakid: Sy tidak boleh terima... sy mau bunuh dia!

Sy hanya terdengar suara adnan tapi penglihatan tidak nampak lagi. Adnan leraikan shakid supaya tidak terus memukul

Sy: ad.. adnan.. sy merayu tolong halang shakid jangan pukul sy.. adnan tolong sy...

Shakid berdiri terus memukul

Shakid: Kau bagus mati jaan...!!!
Adnan: MashaAllah..! Isha banyak darah ni..

Shakid: kau mati jaan...!!

Sy terbaring menahan sakit di kepala dan perut. Mata tidak dapat buka lagi. Sy buka mata sekejap kabur. Nampak shakid masih berdiri dengan adnan. Shakid bercerita dengan adnan. Puas adnan leraikan shakid dari terus memukul

Shakid suamiku.. di mana kau letakkan maruahku sebagai isterimu? Sy terbaring di sini kerana kesakitan yg kau buat oleh tanganmu sendiri. Shakid kenapa tidak percayakan sy? Sy tidak boleh terima kau lagi..

Shakid duduk masih marah. Adnan datang dekat ke arah sy cuba dudukkan sy. Tiada pilihan lain terpaksa adnan bantu sy hari ini

Adnan: isha kau jangan pengsan.. shakid sy merayu tolong bawa isterimu p hospital sekarang..

Shakid: dia perempuan sundal! Perempuan perangai begitu adalah orang jahat! Sy tidak sangka ada isteri yg jahat! Ingkar ! Tidak setia!!

Adnan: kau belum siasat betul2. Terus2 hukum isteri kau begini! Apa perasaan kalau sy pukul adik perempuan kau macam ni?!!
Shakid: Kenapa dia goda laki orang..?!!!

Shakid berdiri lagi menendang sekuat hati. Adnan cuba halang. Tidak dapat di halang. Mana semua orang di dalam rumah ni? Kenapa semua diam? Kenapa sanggup melihat sy begini?!!! Adakah ini rumah neraka??? Penghuninya semua syaitan!

Adnan: sy merayu shakid tolong bawa isteri kau p hospital dia sakit ni..

Badan sy mengeletar kesakitan..

Sy: sampai hati abg buat sy begini.. apa dosa sy?! Kau hukum sy begini?! Kasi matilah sy supaya kau puas hati

Shakid: memang jaan! sy mau kasi mati kau!!!! Mati kau...!!

Pakkk!!! Shakid tampar sy sekuat hati berpinar dunia. Kepala besi tali pinggang di hayun lagi. Shakid hempas badan sy di dinding kuat. Terasa tulang belakang sy mengena semen. Sy tersungkur jatuh tiada daya melawan lagi. Darah mengalir bercampur air mata.. suara tiada lagi. Kesakitan membuatkan suara tersekat. Sy tidak dapat bangun lagi.. tidak dapat bergerak

Adnan: Shakid !!!!!!! Istighfar baiyya!!!
Shakid: sy mau kasi mati dia..!!
Adnan: sy merayu baiii.. bawa dia p hospital sekarang! Banyak darah ni

Adnan goyangkan badan sy. Sy terasa sakit, betul2 tidak dapat gerakkan badan lagi. Adnan panik.. matanya berair

Adnan: isha.. kau mesti kuat..

Adnan: baii isha pengsan!! Baii demi Allah atas dasar perikemanusiaan bawalah dia p hospital sekarang! Ya Allah..!!

Shakid seperti orang baru sedar dari mimpi. Dia p dekat2 sy yg sedang pengsan. Mata hidung dan mulut berdarah.. kepala sy berdarah. Kaki dan badan penuh lebam dan darah. Tajam sungguh besi2 yg mengena kulit tadi

Shakid dukung sy panik. Terus bawa ke hospital

Setibanya di hospital terus2 masuk emergency. 3 hari di emergency tidak boleh bergerak lagi. Kepala berbalut, kaki dan lengan sudah di tampal plaster luka. Leher sy di pasangkan satu alat utk sokongan. Mata tidak boleh di buka. Ya Tuhan adakah sy sudah buta? Sy cuba buka mata tidak dapat. Sy gerakkan tangan dan kaki tidak dapat lagi. Jari sy gerakkan..Staf nurse cepat2 tengok keadaan sy. Nurse panggil doktor sebab sy sudah ada respon.. selama 3 hari ni sy langsung tidak menunjukkan tanda2 bergerak. Pengsan begitu lama

Doktor: madam don't push to open your eyes..

Mata sy tidak dapat di buka. Sakitnya tidak terkata. Melekat tubir mata oleh darah2 beku terasa bengkak. Ya Allah..

Doktor: take slowly..

Sy tidak faham apa yg doktor cakap. Akhirnya shakid masuk ke bilik emergency dan bercakap dengan doktor. Sy tidak dapat bersuara mungkin sebab terlampau di cekik. Tekak terasa sakit

Doktor berlalu pergi. Entah apa perbincangan dorang. Sy mahu bercakap minta pertolongan tapi tiada kesempatan bercakap

Shakid peluk sy. Terasa sakit

Shakid: jaan sakitkah...? My God... jaan abi minta maaf. Sy tidak boleh maafkan diri kalau jadi apa2 sama jaan.. jaan please wake up

Shakid terus menangis. Sy tidak dapat melihat wajahnya lagi. Mata sy susah utk di buka. Sy hanya rasa tangisan shakid yg memeluk. Terasa sakit bila sy di peluk

Beberapa jam kemudian doktor pelahan2 bantu sy utk buka mata. Ya Allah kaburnya penglihatan. Doktor signal tangannya

Doktor: you see this..? (Doktor tunjuk apa benda sy tak pasti)

Geleng kepala pun tidak dapat. Bercakap pun tidak

Doktor bagi sy berehat. Mata sy sudah terbuka sedikit demi sedikit.. Bila mata terbuka luas sy jelas melihat semuanya. Sy berada di emergency room. Banyak wayar melekat di badan. Ada drip dan satu paket darah. Sy baring tidak dapat pusingkan kepala. Sy hanya nampak bahagian atas syiling hospital. Cahaya lampu jadi silau. Sy cuba bergerak tidak dapat..

Doktor datang lagi

Doktor cuba baringkan sy separa duduk dari katil. Terasa badan terangkat sedikit. Sakitnya

Doktor: slowly.. (doktor arahkan staf nurse adjust tilam tadi)

Sy separah duduk dengan leher berbalut. Kepala berbalut

Doktor: can you see this..?

Sy: aa.... aaa... aaah...

Doktor: ok don't push. Madam can you see us right now? Just blink once.. like this (doktor tunjuk kedip mata sekali)

Doktor: can you see us now?
Sy: (kedip mata sekali)
Doktor: Oh my.. Thankgod..

Doktor tadi panik sebab selama tiga hari badan sy tidak respon. Mata tidak terbuka. 3 hari pengsan

28.Ogos.2017

Sy di rawat selama 5 hari di sini. Akhirnya sy boleh balik rumah pagi ni. Badan memang tidak boleh gerak. Peti suara hilang.. sy terus2 jadi orang yg bodoh dan tidak tahu apa perlu di buat lagi. Sy mesti sembuh bawa anak sy lari

Shakid: jaan.. mari..

Sy tiada respon. Shakid angkat sy duduk di wheel chair. Dia sudah belikan sy kerusi roda sebab sy tidak boleh berjalan ataupun di dukung. Permasalahan sy sekarang adalah tulang yg membengkak dan hampir2 patah

Shakid: ok jaan..?

Sy duduk di kerusi roda. No respon. Shakid kiss kepala sy. Dia bagi manja lagi. Sy tidak mau bercakap lagi

Setibanya di satu bandar. Shakid bawa sy check in di satu hotel tengah2 bandar. Shakid bilang tidak perlu balik ke rumah lagi sebab semuanya tidak suka sy lagi

Kami sampai di hotel. Sy duduk di kerusi roda menghadap cermin. Barulah sy nampak keadaan muka sy sekarang memang teruk. Muka seperti kalah bertinju. Lebam di mata dan bibir. Kepala berbalut. Mata merah dan bengkak



Sy tunduk menangis. Shakid memujuk lagi. Tapi sy tidak dapat bersuara saat ni. Sakit keseluruhan badan.. peti suara tidak boleh bercakap. Shakid peluk sy terasa sakit.. sy mengerang kesakitan shakid berhenti peluk

Sy pandang shakid menangis. Shakid menangis juga. Shakid menangis sekuat hati seperti orang gila. Sy tidak peduli

Sy pandang shakid seolah2 mahu bertanya mana shanji. Shakid faham

Shakid: jaan jangan risau.. shanji ada sama keluarga abi

Sy menangis. Mata sy pedih sebab masih luka. Ada kesan merah di bebola mata. Lebam di luaran tepi mata. Sy tidak boleh menangis kuat terasa muka sy sakit..

Shakid: jaan esok kita balik sabah..

Shakid: sy minta maaf bawa jaan ke sini dan seksa jaan macam ni. Ya Allah semoga sy di ampunkan.. jaan ampunkan abi

Sy tidak layan. Sy jadi tunggul hidup. Tanpa suara dan respon. Semuanya menyakitkan badan sy. Sy diam menahan air mata. Sy cuba mengingat kali terakhir pegang shanji. Kali terakhir sy menyusukan shanji.. ya Allah.. sy akan berpisah dengan anak

Shakid: jaan kenapa diam? Maafkan abi..

Shakid: jaan jangan risau shanji akan hidup bagus di sini. Kita tidak boleh bawa dia bersama sebab dia waris pertama keluarga kami. Shanji anak abg.. dia mesti di utamakan. Jaaan.. jan.. say something..

Dengan keadaan sy begini. Tidak boleh bercakap. Menangis pun sakit. Apa sy boleh buat? Gerakkan badan pun tidak dapat. Air mata yg mengalir hanyalah kepedihan yg tidak terungkap. Untuk dosa ini sy tidak maafkan kau shakid!! Kau berdosa kerana pisahkan anak dengan ibunya.. anak yg masih perlukan ibunya menyusu. Anak yg belum merasa kasih sayang seorang ibu. Kenapa kau fikir anak itu perlukan kemewahan? Tidak! Anak itu tempatnya di sisi ibu dan ayahnya! Sy teringat perasaan di tinggalkan mamy. Apa perasaan tanpa ibu? Kau kejam!! Kau manusia bertopengkan syaitan!!!

Shakid: jaan.. cakaplah.. jangan nangis. Abi risau..

Shakid: shanji pasti ok di sini. Dia akan hidup di sini di jaga penuh kasih sayang. Jaan... jangan nangis. Cakaplah

Apa yg perlu di suarakan? Tiada lagi

Malam

Shakid masih memujuk maaf. sy di baringkan pelahan di atas katil. Esok penerbangan ke KL transit ke Sabah. Sy sedih tidak melihat shanji kali terakhir. Bagaimana sy mahu membuat permintaan? Sy tidak dapat bersuara.. badan pun tidak dapat di gerakkan. Ya Allah

Shakid: jaan mau makan..?

Sy tutup mata tidur. Bukannya tidur tapi hanya mahu melihat gelapnya dunia. Gelapnya hati utk melihat manusia lagi. Shakid terus2 memujuk sy hanya diam

Sepanjang malam sy hanya baring. Shakid angkat sy ke tandas dan mandikan sy pelahan. Shakid siapkan diri sy terlebih dahulu baru didudukkan di kerusi roda. Diri seperti orang OKU. Sy menangis mahu berjumpa syanji.. tapi suara tidak kedengaran lagi. Badan terasa sakit.. mata pedih bila ada air mata

Shakid bawa sy ke airport dalam keadaan berkerusi roda. Sy langsung tidak merasa apa2 lagi. Hanya kesakitan hati dan dendam

Tibanya di sabah

Kami kembali ke rumah. Mata sy bengkak menangis tapi shakid tidak mengerti apa yg sy rasa. Shakid suapkan bubur sy tidak mau makan.. sy terus2 menangis

Shakid menangis. Merayu di kaki sy utk di maafkan. Shakid menangis sekuat hati

Shakid: jaan... cakaplah..

Shakid menangis sekuat hatinya. Minta di ampunkan. Sy diam dan cuba bersuara

Sy: sy... sy minta cerai

Shakid menangis sekuat hatinya. Badan sy di peluk terasa sakit. Shakid lepaskan

Shakid: tidak jaan.. abg tidak mau ceraikan jaan. Jaan jangan tinggalkan abg. Abg minta di beri peluang sekali lagi.. kali ini saja

Sy menangis. Entah peluang berapa kali tetap sama

Shakid: jaan.. maafkan abg jaan. Abg janji tidak sakiti jaan lagi. Kalau tangan ini sampai ke badan jaan....

Shakid tidak teruskan. Terus2 menangis. Shakid cium kaki sy berkali2 minta di ampunkan. Apa lagi yg perlu di ampunkan? Keadaan sy sudah begini sakit. Badan sy tidak boleh di gerakkan lagi. Lebam di badan.. sakitnya sampai ke hati. Dendam dan benci..

Sy sudah tidak takut utk di bunuh oleh sesiapa. Apa pun terjadi lepas ni sy tidak akan kisah lagi. Dady mahu membunuh? Bunuhlah.. sy sudah tiada nilai. Anak sy di mana? Sy sudah di pisahkan dengan anak. Kejamnya dunia ini.. tiada orang yg baik dalam dunia ini

Shakid: jaan bagi sy peluang kali ini. Sekali saja

Shakid: jaan.. sy minta ampun..

Shakid: JAAN.. SAYA BERSUMPAH KALAU SAYA SAKITI JAAN LAGI.. JATUHLAH TALAK 1! SAYA AKAN CERAIKAN JAAN..


LihatTutupKomentar